Wednesday, January 9, 2013

Peraturan 7 :: Pilih kawan anda


Nabi s.aw. bersabda... 

"Seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu "

Saya tidak memilih kawan mengikut penyata kewangan mereka. Saya mempunyai kawan yang pelbagai dari yang bergelaran tan sri, berpangkat dan jutawan mahupun orang biasa-biasa. Pekara yang paling penting bagi saya adalah saya belajar setiap hari dengan mereka. Jika saya berkawan saya akan sangat setia.
Benar, ada beberapa orang yang saya berkawan mereka mempunyai wang yang banyak. Tetapi bukan wang mereka yang saya kejar, saya mahu belajar dari mereka. Ramai yang saya berkawan berpangkat, juga sebab pangkat mereka tetapi banyak pengalaman mereka yang saya dapat. Saya banyak belajar dari pengalaman orang lain untuk mematangkan diri saya. Semua pengalaman tersebut saya bandingkan dalam saya membuat keputusan masa depan.

Saya dapati kawan yang mempunyai wang akan bercakap tentang wang dengan positif. Mereka tidak menunjuk-nunjuk tetapi suka bercakap dan berbincang berkenaan hal tersebut. Oleh itu saya belajar dari mereka dan sesekali mereka belajar dari saya. sebaliknya rakan-rakan saya yang mempunyai masalah kewangan tak suka bercakap tentang pelaburan, kewangan dan kekayaan tetapi saya masih belajar dari mereka iaitu jalan yang patut saya elakan. Mereka berkata hal kewangan adalah sangat sensatif dan terlalu pribadi untuk diperbincangkan dengan mereka.

Ada satu cerita yang sangat menyentuh perasaan saya. saya mempunyai seorang kawan yang sangat Berjaya mempunyai 30 syarikat, warak dan mempunyai ramai pekerja. Beliau menjana jutaan ringgit setiap bulan. Dia masih mempunyai kawan-kawan yang biasa-biasa dan mereka yang biasa-biasa itu tidak pernah datang bertanya dengan beliau bagaimana menjana duit dan tak pernah belajar dari beliau. Tetapi mereka berjumpa beliau kerana mahu memohon kerja atau mahu meminjam duit. Beliau bukan seorang yang taksub dengan duit, beliau tetap memberikan kepada mereka tetapi mereka yang miskin tidak belajar dan akan tetap miskin.
Itu sebabnya, jika anda seorang usahawan jangan dengar cakap 90% orang biasa-biasa yang diluar. Bukan sombong, tetapi mereka sedang berkeadaan takut dan miskin. Saya juga sayangkan mereka seperti anda tetapi dalam diri mereka ada chicken little. Biasanya jika bercakap tentang kewangan, chicken little akan mula bersuara “jangan...lari... hujan mahu turun”. Mereka selalunya takut dan mempunyai pendapat sendiri semua yang akan dibuat akan menemui kegagalan. Akhirnya jika anda dengar cakap mereka .

Saya mempunyai ramai kawan yang boleh menasihatkan saya tentang pelaburan. Seorang kawan selalu menakut-nakutkan saya dengan beberapa pelaburan yang saya lakukan dan masih meminta masuk dalam pelaburan yang dia buat. Dipuji-puji pelaburan nya terjamin, selamat, senang. Tetapi sudah 5 tahun berlalu dia masih mendapat pulangan 6% setahun dan saya mendapat lebih 25% pulangan setahun. Bagaimana jika saya ikut cakap beliau pada 5 tahun dulu. Sebenarnya semuanya keputusan diatas tangan kita.

Suatu sikap yang paling sukar dalam diri dalam membina kekayaan dan kebahagiaan adalah bersikap jujur kepada diri sendiri dan rela tidak mengikut cakap orang lain. Di pasaran, ramai orang yang akan mebeli saham yang telah dijual tinggi harganya dan dilihat berpotensi masa depan, sebenarnya dia telah disembelih dengan harga tinggi. Hanya sedikit mereka yang membeli saham dengan harga rendah dan bersabar menunggu harga sahamnya meningkat dan percaya dengan keupayaan syarikat yang dilaburkan tadi. Perkara ini sukar bagi banyak pelabur kerana membuat sesuatu menentang arus dan tidak popular juga keputusan yang menakutkan. Tetapi anda akan berkeuntungan tinggi jika Berjaya mempercayai diri anda.

Saya pernah berniaga dan melaburkan semua wang saya dengan menjual kuih raya, ramai orang cakap saya akan bankrupt kerana kuih yang saya beli untuk stok yang sangat banyak dan saya kurang pengalaman dalam perniagaan pada masa itu. Saya percaya dengan diri saya dan  akhirnya semua kuih tersebut habis dijual dengan untung berlipat kali ganda. Anda boleh membacanya di sini (http://mybaha76.blogspot.com/2011/09/bab-18-kerja-sebulan-makan-setahun-satu.html ). juga peristiwa saya membeli 40 ribu pasang kasut kawat dengan harga murah dan menjualnya sedikit-sedikit dengan keuntungan berlipat kali ganda pada hujungnya, akan saya ceritakan.

Akhirnya, berkawanlah biar seribu dan usahlah bermusuh biar pun satu. Anda boleh melihat diri anda dengan 5 orang yang biasa dengan anda. Jika kawan anda positif dan suka dengan kejayaan, anda akan Berjaya. Perkara sebaliknya akan berlaku jika anda memilih pada mereka yang berfikiran negative anda akan negative dalam semua perkara. Anda ada kuasa memilih, itu pilihan anda. Maafkan saya

No comments: