GAGAL itu biasa, Teruskan usaha...itu baru LUAR BIASA. |
Peraturan 4 untuk
bebas kewangan :: Kuatkan semangat untuk berniaga.
Sekiranya
ditanyakan ramai orang, “siapa nak kaya?” tentu ramai yang angkat tangan dan
berkata “saya mahu bebas dengan masalah kewangan sekarang”. Tetapi ramai yang
tidak tahu kenapa dia perlu kaya dan dia perlu berniaga. Menyebabkan
sesetengahnya akan negative dengan kekayaan dari sejarah hidup mereka. Kaya
selalu di kaitkan dengan seorang yang sombong, ramai yang selalu menyebut kita
perlu bersederhana dan kaya akan membawa kealpaan dunia. Mungkin setengahnya
betul dakwaan mereka. Anda mesti mempunyai alasan yang lebih kukuh untuk
menjadi kaya dari jawapan biasa-biasa.
Saya
kongsikan beberapa sebab kenapa saya mula berniaga dan berusaha untuk bebas dari
kesempitan kewangan. Pertama saya tidak mahu bekerja sepanjang hajat hidup
saya. Saya tidak mahu sekadar bekerja kononnya terjamin mendapat gaji setiap
bulan dan hanya membeli sebuah rumah dengan berhutang bertahun-tahun rupanya
ianya adalah liability bukan asset. Saya tidak suka menjadi hamba duit dan
berebut-rebut membayar hutang ke bank setiap bulan untuk pinjaman saya.
Saya tidak
suka menjadi pekerja bawahan yang hanya mengajar impian orang lain, impian syarikat,
impian kerajaan dan melupakan impian saya. Saya tidak mahu selalu terlepas ke
majlis penyampaian hadiah sekolah anak saya, maslis sukan mereka dan mengajar
mereka membaca kerana saya terlalu sibuk dengan kerja, saya mahu masa lapang.
Saya tidak mahu kerja keras saya selama ini diambil orang lain atau syarikat
atau kerajaan setelah saya tiada diduna ini, orang kaya mewariskan segala
hartanya kepada anak-anaknya atau orang yang dia sayang.
Saya mahu
bebas melancong kemana sahaja saya suka dan saya mahu lakukan semua ini semasa
saya masih usia muda. Saya hanya mahu hidup bebas dengan mengawal hidup saya
sendiri dan kehidupan saya. Saya juga mahu wang bekerja untuk saya bukan saya
bekerja untuk wang.
Ini semua
lahir dari lubuk hati saya dan bagaimana dengan anda?. Jika kita tidak cukup
kuat semangat dan tidak cukup alasan untuk mengubah diri kita, kita tidak akan
mencapai apa yang kita impikan. Saya lihat kebanyakan mereka yang berjaya pernah
gagal, tetapi perbezaan mereka yang Berjaya dengan mereka yang terus gagal adalah
mereka dapat menangani masalah mereka dengan terus berusaha menuju kejayaan.
Saya targetkan untuk bebas kewangan pada umur saya 40 tahun dan umurnya makin hampir
tiba tetapi target nya belum lagi tercapai.
Saya berharap
perjalanan untuk kaya itu satu laluan yang mudah tetapi pada hakikatnya
bukanlah sangat mudah. Tetapi ianya juga bukan sesuatu yang terlalu susah dan
mustahil untuk dicapai. Pengajaran yang saya dapat dalam perjalanan ini adalah
sekiranya kita tidak mempunyai sebab yang kukuh atau matlamat yang jitu dengan
sesuatu perkara, semua apa yang hendak dicapai menjadi semakin susah.
Baharuddin
Mohamed :: Rakan Motivasi Kewangan Anda.
No comments:
Post a Comment