Wednesday, January 23, 2013

Lapan tip bagaimana ebook boleh membuat anda KAYA



  1. 1.       Memberi  lebih maklumat
  2. Mungkin ramai penjual e-book tidak sedar dengan cara ini. Lebih 10% pembeli e-book anda mahukan lebih informasi dari bab-bab yang terdapat dalam e-book anda yang anda tulis. Anda boleh membuat jualan susulan dari apa yang mereka mahukan.
  3. 2.       Jawab setiap persoalan e-book anda
  4. Anda perlu melayan semua persoalan yang ditanya oleh bakal pembeli atau pembeli e-book anda kerana akan menambah kepercayaan mereka kepada anda dan syarikat.
  5. 3.       Membina database pelanggan
  6. Anda harus membina  database pelanggan yang baru atau pelanggan yang pernah berurusan dengan perniagaan dengan anda. Ramai antara kita tidak menguruskan perkara ini dengan betul. Mereka yang berkemungkinan membeli e-book anda adalah mereka yang pernah berurusan niaga dengan anda kerana mereka mempercayai anda, kebarangkalian lain adalah rangkaian pelanggan anda. Berikan satu e-book percuma atau harga yang sangat murah, minta mereka yang berminat menghantar email mereka kepada anda. Itu salah satu cara cepat untuk anda membangunkan database pelanggan yang berminat dengan cepat.
  7. 4.       Mencari rakan penjual
  8. Didalam pasaran jualan internet banyak antara mereka yang menjual e-book. Berusaha untuk bekerjasama dengan penjual e-book yang besar supaya ruang kebarangkalian pasaran anda besar. Berkongsi keuntungan dengan mereka.
  9. 5.       Memberi keutamaan pemasaran
  10. Mungkin anda baik dalam menulis e-book dan boleh menghasilkan penulisan yang berkesan. Anda sepatutnya memikirkan untuk memberikan tugas pemasaran kepada syarikat lain yang lebih menumpukan pemasaran.
  11. 6.       Membina nama  dan kredibiliti penulis
  12. Membina rangkaian bisnes adalah sama usahanya dan caranya membina kepercayaan pengikut yang sukakan penulisan anda. Anda perlu faham tentang target palanggan, jika penulisan anda sebuah e-novel kanak-kanak anda perlu tumpukan kanak-kanak yang mempunyai kuasa beli atau ibu bapa mereka. Begitulah seterusnya.
  13. 7.       Masuk dalam alam digital
  14. Anda tidak boleh lambat dan jangan buang masa. Zaman digital ini bukan lagi masa anda membeli buku, tiada kos mencetak, tiada kos penghantaran, dan membuatkan harga e-book boleh dijual dengan murah.  Semuanya kearah itu.
  15. 8.       Mudah diterima semua format
  16. Pastikan ebook yang anda tulis bolah dibuka dalam apa sahaja format termasuk  PDF, ePub or Kindle bagi memudahkan ianya dibeli oleh ramai orang. Pastikan juga ia mudah dibuka dalam semua aplikasi computer atau smart phone.

No comments: