Tuesday, September 16, 2014

tip menjual




Hari ni saya nak beri anda 8 tip menjual produk anda dengan cepat...

Siapa yang mahu tip yang menarik ini?

===============
Tip menjual cepat
===============

1. Jangan menangguh buat PROMOSI.

Siapa yang nak beli barang atau produk kita sekiranya kita tidak membuat promosi. Promosi perlu dibuat dan jangan sayang untuk keluarkan sedikit peruntukan untuk tujuan tersebut. Promosi adalah nyawa sesuatu jualan.

2. Tingkatkan KUALITI produk

Tiada siapa yang mahu membayar mahal dengan produk yang kurang berkualiti. Berusaha dari masa ke semasa meningkatkan kualiti produk anda.

3. Berikan diskaun khusus

Diskaun yang wajar adalah dari 10% -30%. Jika tidak anda menanggung kerugian. Berikan jangka masa untuk anda berikan diskaun.

4. Memberi penawaran yang menarik.

Memberi diskaun tidak sama dengan memberi penawaran menarik. Contohnya anda memberi penawaran peluang mendapat hadiah jika terpilih pembeli bertuah atau pelanggan akan mendapat potongan harga jika membeli dengan jumlah yang tertentu.

5. Tegline yang menarik

Produk anda perlu ada tegline. Ini kesan penting untuk mempengaruhi pelanggan membeli. Contohnya jika anda menjual ubat kuruskan badan " tak perlu bersenam, kurangkan berat badan 5 kg dalam masa 21 hari ".

6. Menjual pada target yang betul dengan masa yang betul.

Anda perlulah menjual pada bakal pelanggan yang betul. Ini sangat penting menentukan jumlah jualan anda. Masa anda menjual juga penting, jual kepada mereka yang berduit.

7. Hasil produk yang nampak menarik.

Hasil kemasan produk yang nampak profesional menentukan anda dapat menjual produk tersebut dengan mudah.

8. Harga yang MURAH

Jual dengan kuantiti yang banyak. Tekan harga semampu anda. Kini ramai pelanggan membeli dengan harga mampu.

Jika mahu..saya masih ada 10 tip yang berkesan untuk menjual laku keras. Dapat 501 like saya kongsikan ..

Friday, September 12, 2014

Berlakon

Tengoklah

Kaya dalam masa singkat







Nak kaya dalam masa 60 hari je....tak percaya, cuba baca cerita ni sampai habis

Minggu lepas saya ke perlis, saya bertemu seorang usahawan tani. Kerjanya bercucuk tanam, katanya dengan tanah kita boleh buat duit. Saya mula tertarik dengar dia bercerita bila dia menjual jagung dan mendapat hasil jualan RM350 ribu semasa pesta MAHA yang lepas. Saya korek rehsianya.

Dia menanam jagung dan menjual jagung. Dia menanam ikut musim. Jagung dijaga dari mula tanam hingga tuai hanya 60 hari. Rahsianya kita perlu tahu bila mahu kita tanam , dan bila masa menuai. kalau lambat sikit jagung tak dapat dijual. Se ekar kita dapat 21 ribu pokok jagung.

Jagung manis perlukan air yang cukup. Modal untuk sepokok jagung adalah 0.45 sen. Bermakna jika kita menjual sebiji Seringgit, bermakna kita untung 0.65 sen sebiji. Seekar untung bersihnya adalah RM11,962.50. Kalau 5 ekar atau 10 ekar mungkin anda sudah boleh mengiranya.

Sahabat saya mempunyai 150 ekar tanah yang di sewa dengan kerajaan negeri. untuk tanaman jagung. Jagung di tanam secara berperingkat untuk masa menuainya tidak serentak.

Anda graduan ? anda masih tidak bekerja ? Boleh agaknya anda mencuba nasib menjai bos untuk diri anda sendiri. Jika anda tidak boleh mendapat sebanyak untung seperti saya nyatakan diatas.

Sekarang untuk membuatkan anda percaya cakap saya, cuba anda kira bila anda menjual jagung bakar dengan harga biasa di kampung saya RM2.00-RM2.50 sebiji. tentu banyak untungnya kan. untungnya berganda jika anda menjualnya sendiri.

Belajarlah berniaga dari kecil-kecil, tanamlah sedikit di belakang rumah dan tanah terbiar. usahalah sendiri. Insyaallah anda boleh berjaya.

Nasihat kalau nak Tanam Jagung
========================

1. Jangan sesekali gunakan gunakan benih dari hasil tenaman yang lepas. Perlu mendapatkan benih yang berkualiti.

2. Rendam biji benih sebelum menanamnya. masukkan 2 atau 3 biji dalam lubang.

3. 10 KG benih untuk se ekar tanah

4. Air perlu cukup

5. Masa menuai perlu sesuai, jika nak target nak jual MAHA atau event besar. Perlu tepat waktu menanam.

6. lebih baik rancang jagung pada permulaan dalam musim hujan

7. Perlu dibaja, guna baja gemuk dan baja buah 15:15:15

Siapa yang berusaha, merekalah yang mendapat untungnya.

share dan like untuk banyak lagi perkongsi bisnes

Coach Bahar

Thursday, September 11, 2014

Nasihat



Setiap kali saya ke universiti semula bersama pelajar, saya akan teringat cerita bisnes saya masa student dulu.

Bisnes student bukan untuk cari duit, bisnes student untuk cari makan. Dari tahun pertama dah ada bisnes sendiri masa di universiti dulu. Bisnes saya " gerakan " , tak gerak tak makan. Asal benda boleh datangkan duit.

Saya nasihatkan mereka untuk jangan terlalu berharap untuk bekerja makan gaji. Mengapa tidak kita berusaha bergaji dan ber bos kan diri sendiri dengan berniaga. Boleh kita tentukan sendiri berapa gaji kita sendiri.

Pada ibu bapa yang punya anak dikolej. Galakan mereka mencuba berniaga, saya yakin jika pandai mengatur masa, kesibukan bisnes kecil-kecil langsung tidak mangganggu prestasi pencapaian pelajaran mereka. Malahan mereka lebih matang.

Saya nasihatkan mahasiswa kalau nak berbisnes ada beberapa tip dan panduan

1. Cari dan pilih jenis bisnes yang melibatkan keperluan pelajar. Jual banyak, untung sikit tak pa.

2. Buat dari kecil dan perbesarkan sikit demi sikit.

3. Buat bisnes depan mata. Bisnes yang boleh dijaga sendiri. Jangan bisnes perlaburan.

4. Buat bisnes melalui rangkaian rakan sekolej.

5. Buat duit dulu bukan besarkan bisnes.

6. Orang muda lambatkan kegembiraan untuk kejayaan masa depan yang lebih besar.

7. Jangan putus asa mencuba dan terus mencuba. Untuk berjaya anda perlu mencuba 1001cara untuk berjaya.

8. Masanya untuk belajar. Banyakan membaca buku motivasi bisnes.

9. Rajin macam semut.

10. Fokus dengan bisnes anda.

11. Jangan tamak

12. Cari dan simpan dan simpan lagi banyak. Dah banyak buat modal jangan meminjam.

12. Buat bisnes untuk belajar dan buat duit. Bukan untuk kaya raya. Kalau kaya itu bonus jangan boros. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab semasa belajar. Habiskan ...habiskan degree tu...hidup semasa belajar adalah tempoh fantasi...dunia sebenar diluar lebih mencabar dan realiti.

Saya cerita bagaimana saya sudah bergaji 5k sebulan masa masih belajar lagi... nak tak..nak tak....saya ceritakan.

Ada rakan saya masih belajar si universiti? Angkat tangan...

Doakan saya memandu dari melaka ke utara lebih 500km untuk jemaah bisnes.

Ada orang utara nak minum kopi dengan saya...nanti saya maklumkan.

<< Cerita Mak >>



Bila saya dah kerja, saya akan beri mak duit tiap bulan . mak tinggal dikampung dan jarang saya nampak mak guna duit. tapi setiap kali saya beri duit kat mak dia akan senyum dan ambil seperti puas pada hatinya.

Satu hari, saya pernah susah dalam bisnes. Susah dan susah betul, masa tu mak hulurkan duit kat saya " ini duit yang kau beri mak tiap bulan, mak tolong kumpulkan . Pakailah ni duit kau, berniagalah dan bangun semula ". Walaupuan saya tak nak duit tu tapi mak paksa saya ambil. mak suruh guna duit tu.

Perkongsian kasih ibu
http://www.youtube.com/watch?v=yQHka33alrs

《《 Bisnes pengeluaran produk dan rangkaian. 》》



Dua tiga minggu ni saya banyak melawat kilang rakan-rakan niaga saya. Mereka keluarkan produk antaranya produk makanan dan produk kesihatan.

Saya belajar bagaimana mereka buat untung, saya belajar bagaimana rangkaian niaga boleh majukan bisnes kita.

Satu kilang yang saya pergi membuat produk makanan. Kilangnya mengeluarkan lebih 10 ribu unit sehari. Kilangnya letak dikampung sahaja.

Satu unit dia buat untung 0.60 sen. Produknya di edar melalui lebih 100 stokis di seluruh negara.

10 ribu × 30 hari x 0.60 = RM180 ribu sebulan untung bersihnya.

"Patutlah beli kereta audi gti beli cash", sampuk kawan saya.

Beberapa tip bisnes pengeluaran produk.

1. Cari produk yang orang akan ulang membeli

2. Buat produk sebaik bolehdan sesedap boleh macam untuk makan kita.

3. Produk perlukan beri orang rasa.

4. Berkembang sendiri setiap hari.

5. Jaga Stokis dan rangkaian.

Kita perlu belajar buat produk. Tapi cabaran lebih besar adalah menjualnya. Insyaallah. Tumpukan pada stratigi jualan produk.

Makan produk halal buatan muslim.

Monday, September 8, 2014

seni berniaga


Mulakan niaga dengan semangat sendiri

Bila anda mulakan bisnes, anda perluka

n jati diri yang tinggi. Hebat sangatlah sebenarnya kalau baru setahun berniaga dah untung berjuta-juta.

Berniaga ni anda perlu macam baby. Baby tak tahu erti putus asa. Bila jatuh dia bangun semula bila mula belajar melangkah.

Bisnes ni kekadang kita ada untung, kekadang rugi. Tapi arwah abah cakap " berniaga ni untung belum tahu rugi dah pasti " kepada mereka yang luar biasa je yang berani. Dulu-dulu arwah abah berniaga jual cendol, dah dibuat air gula dan santan tetiba hujan. Mana boleh berniaga.

Ramai orang cerita yang senang-senang je berniaga ni. Mereka tak mahu cerita yang ruginya berniaga. Ramai yang anggap gagal dan kalah adalah kebodohan sedangkan kegagalanlah guru paling baik untuk kita terus mau dalam bisnes.

Saya biasa diperli, saya biasa dipandang rendah, lebih teruk saya pernah diherdik dan dihina.semua perkara itu tak pernah mematahkan semangat saya untuk terus berniaga.

Sekarang semua orang nak jadi jutawan. Bagus le tu tapi bagi saya , usahlah berlumba-lumba untuk kaya. Usahalah dan berdoalah moga dimurahkan rezeki. Takut kita alpa, takut kita hanya mementingkan keuntungan dan lupa prinsip berniaga untuk membantu lebih ramai orang.

Malam ni saya kongsikan beberapa tip teknik naga

1. Berniaga perlu berani. Tanpa keberanian anda tidak akan kemana-mana.

2. Buat sahaja bisnes. Jangan terlalu berharap besar. Berharap besar kecewa besar.

3. Lebihkan bertindak dari berangan dan merancang yang tak sudah-sudah.

4. Terus belajar setiap hari memperbaiki diri dan bisnes.

5. Fokus dengan impian bisnes anda.

6. Bekerja keras, tiada formula lain untuk berjaya.

7. Jangan berhutang...jangan..jangan dan jangan.

8. Jangan tamak.

9. Jaga bisnes anda sendiri.

10. Kerja usahawan anda 70% menjual.

11. Asas berniaga adalah menjual, asas menjual adalah menjaja.

12. Usah malu.

Adakah anda belajar sesuatu dengan perkongsian saya?. Adakah anda membaca sehingga habis kebanyakan perkongsian saya?. Adakah anda membaca setiap baris ayat disini, takut-takut ada yang tertinggal dan membuatkan anda rugi.

Kenapa saya berkongsi ?

Saya mahu anda berjaya, saya tak mahu anda kecewa semata-mata kerana jatuh sekali dalam bisnes. Saya doakan anda berjaya dan bergembira.

Saya bukanlah yang terbaik untuk menasihatkan anda, tetapi saya berkongsi dari hati. Saya tak kenal siapa yang membaca penulisan saya. Lebih penting anda belajar sesuatu dari perkongsian saya.

Coach Bahar
Peniaga jalanan.

Dari CEO menjadi penjaja ? Adakah anda bersedia ? .

bisnes kedua


Tahun pertama buat bisnes anda sendiri. Fokus bisnes sampai buat duit banyak. Kalau nak buka bisnes lain lepas tu . Ikut step ni.

1. Kenalpasti bisnes yang berkeuntungan.

2. Kenalpasti siapa yang mengurus bisnes tersebut.

3. Beri 100% kepercayaan dan keyakinan.

4. Readjust. Beri mereka motivasi.

Pesanan :: jangan pilih bisnes yang anda tahu. Supaya anda belajar dan percaya pada orang lain. Supaya juga anda tidak masih bekerja dalam bisnes anda.

Faham ke ni..

bisnes ni gampang pak


"Bisnes ini gampang saja pak "

Perlu menguasai tiga ilmu

1. Ilmu barang

Tahu barang nak beli kat mana, tahu barang nak kasi jadi, tahu barang nak beli kat mana. Tahu apa kelebihan barang.

2. Ilmu dagang

Ilmu seni menjual, tahu kira untung, tahu bila nak jual, tahu kat mana nak jual.

3. Ilmu orang.

Ramai orang tak ada...ilmu macam mana jaga orang, kenal orang

Berbual dengan seorang usahawan kaya .

Monday, September 1, 2014

Kayuh

Benar



Ramai orang mengeluh dengan kegagalan semalam. Tetapi dengan meratap kegagalan semalam tidak membawa kita kemana-mana untuk sebuah kejayaan. 

Lebih ramai yang terbuai dengan kejayaan semalam mereka. Tetapi untuk lebih berjaya anda perlu melupakan kejayaan kecil semalam dan bekerja lebih kuat ke arah itu.

Perjalanan hidup kita seperti sedang mengayuh basikal. Jika tak mahu jatuh, kayuhlah walaupun perlahan.

Salam jumaat.

Motivasi ::



Jangan perlekehkan diri anda sendiri, belum cuba belum tahu. Keyakinan diri adalah azimat paling berkesan untuk anda maju kehadapan. 

Dari pengalaman saya, ramai yang mengalah sebelum berjuang, sabotaj diri sendiri, berfikiran akan gagal walaupun belum mencuba. 

Suara-suara negatif selalu mempengaruhi anda seperti : tentu tak boleh, nanti apa orang kata, tak kan dia nak aku dan banyak lagi. sudahlah berubah lah...

siapa nak berubah untuk maju boleh 'like' dan komen.

Merentasi sempadan




Semalam saya bersama dua sahabat saya saudara Toh dan saudara Cheng Po Cen. Toh sudah lama ikut saya, belajar ilmu bisnes. Saudara Cheng adalah sahabat saya dari kelantan dan penulis bersama buku terbaru saya. Beliau penulis terkenal, banyak projek baru bersama beliau.

Mereka yang berjaya adalah mereka yang suka mencuba dan suka meneroka. Memilih jalan yang sedia ada adalah menempuhi pengalaman yang sama setiap hari. Mencuba melalui jalan yang berbeza menghasilkan pengalaman yang berbeza.

Saya belajar dari siapa sahaja. Sahabat saya merentasi sempadan bangsa dan agama. Banyak pengalaman berbeza saya dapat dari mereka.

Nasihat dari Sabahat untuk sahabat


Saya berjumpa seorang sahabat saya berbangsa cina yang berniaga. Dia cakap dengan saya...

" bahar, ...lu tahu ke? . Mana ada benda ajaib dalam dunia. Nak kaya kena kerja kuat lah. 

Keluarga gua, buka kedai runcit. Buka kedai cermin mata. Buka jam 9 pagi tutup jam 10 malam. Tujuh hari kerja, jaga bisnes sendiri.

Kumpul duit sikit- sikit ada peluang mereka beli emas. Ada peluang besar mereka jual emas beli tanah.

Bila bisnes teruk....kami pergi bank re-loan tanah cairkan aset.

Mana ada orang kata kami bangsa cina ...senang berniaga. Mana kalau nak kaya kerja sampai jam 5 je....mana boleh"

Saya mendengar dengan teliti. Saya memang tahu hanya kerja keras sahaja anda akan berjaya menguasai. Bisnes dan kerja tak boleh main-main, kena bermati-matian untuk berjaya.

Dia cakap lagi...

" itu bukan lama, bila semua dah ok...anda boleh relax. You tak payah kerja....orang lain kerja ..beri duit untuk you"

" you faham ke bahar. "

Saya menganggukkan kepala..

<< Motivasi Pagi >>



Semalam dalam usrah bisnes saya nyatakan kepada rakan niaga saya. "Ilmu ini milik Allah, marilah berkongsi ilmunya." 

Usahlah sombong dengan ilmu yang sedikit. Ilmu ini bukan milik kita. Sebelum kita ni pandai sesuatu pun tentu ada yang lebih pandai dari kita yang mengajar kita. Manalah ada ilmu yang original betul-betul dari kita sendiri. Walau kita dah menulis berpuluh buku, membaca beratus kertas kerja atau berkebat degree.

Selalunya ilmu yang kita dapat pun dari tunjuk ajar orang lain atau pembacaan dari buku-buku lain. Kalau ada pun sedikit ilmu baru ianya ilham dari Allah. Segan saya bila ada yang mengaku dan bercakap " ini ilmu dari saya dan ilmu ini yang original dari saya.. yang lain semua meniru dari saya. "

Jadinya kita ni bukan lah hebat sangat. Ilmu yang kita ada ni apa lah sangat, itu pun mungkin satu bidang kecil. Setiap insan punya kelebihan masing-masing. Hormati antara satu sama lain. Janganlah bila kita jadi guru kononnya kita yang paling hebat. Lebih teruk melekehkah guru yang lain macam kita yang paling pandai.

Jadilah resam padi lebih tunduk lebih berisi.

Nasihat bisnes baru bangun



Jika anda baru teringin nak berniaga, bermulalah dengan kecil-kecilan. Belajarlah menjual dulu, sudah pandai nanti baru belajar berniaga. 

Jika anda baru nak berniaga, belajar cari duit, kawal duit keluar masuk. Jangan banyak ambil orang bekerja dan kawal kos operasi. 

Jika anda baru nak berniaga, buatlah apa yang ada ditangan. Usah di impikan yang terlalu tinggi. Pakai duit sendiri.

Jika anda baru nak berniaga, belajar kumpul duit. Nanti duit tu boleh buat modal kecil-kecil.

Jika anda baru berniaga, belajarlah untuk mengira. Kira untungnya dulu bukan besar bisnesnya.

Jika anda baru berniaga, rajinlah seperti semut. Jika kurang modal berkawanlah dengan singa.

Moga anda menjadi peniaga hebat

Cerita Abah Dan Mak

Abadikan nama ABAH sebahagian rangkaian bisnes saya 



<< Cerita Abah >>

Masa saya kecil, arwah abah selalu suruh saya cari duit sendiri kalau nak beli apa-apa. Saya kerja kat kebun tebu kawan dia, saya kerja angkat batu merah buat jalan kat kebun cina. saya akan jual keladi, ubi dan sayur yang abah petik dari hasil kebun akan saya jual keliling kampung. hasil jualan di bahagi dua dengan abah. Saya suka dapat barang yang saya mahu. Abah suruh saya usaha untuk dapat apa saya nak

Abah selalu nasihat saya, simpan duit..simpan duit..lama-lama jadi bukit. Dulu arwah abah bawa teksi. dia ada satu tabung duit kecil. dia akan masuk kan duit 20 sen dan sepuluh sen dalam tabung tu. dia kata " simpan duit tiap hari, walau sedikit duit tu berguna masa kita memerlukannya". Arwah abah suruh saya menyimpan, duit yang di simpan berguna bila kita memerlukan.

Bila saya mulakan bisnes pertama saya, saya buat perkara yang sama. Saya ingat lagi bila saya pecahkan tabung, saya dapat lebih 20 ribu setelah lebih setahun menabung. Antara bisnes pertama saya adalah cyber cafe. Semua duit kecil saya masuk dalam tabung tiap hari ikut petua abah.

<< Cerita Mak >>

Bila saya dah kerja, saya akan beri mak duit tiap bulan . mak tinggal dikampung dan jarang saya nampak mak guna duit. tapi setiap kali saya beri duit kat mak dia akan senyum dan ambil seperti puas pada hatinya.

Satu hari, saya pernah susah dalam bisnes. Susah dan susah betul, masa tu mak hulurkan duit kat saya " ini duit yang kau beri mak tiap bulan, mak tolong kumpulkan . Pakailah ni duit kau, berniagalah dan bangun semula ". Walaupuan saya tak nak duit tu tapi mak paksa saya ambil. mak suruh guna duit tu.

<< Pengajaran >>

Jika ada orang tua lagi, ikutlah cakap dan nasihat mereka. Apa yang mereka cakap itu keramat. Jika manpu berilah mereka duit jika sudah bekerja. walau sedikit ataupun banyak. Mereka bukan macam kita, mereka sangat teliti dalam hidup dan melihat masa depan. hidup kita berkat.