Bukankah masjid dijadikan tempat ibadah, tempat berkumpul, tempat berjual beli, tempat bermusyuarat, tempat berehat untuk orang islam pada zaman Rasullah. bukan kah masjid tempat terbaik membuat marketing, tempat terbaik dan tercepat menyebarkan maklumat kerana tempat orang pelusuk kampung dan bandar datang?. bukan kah ianya satu kelebihan besar untuk jemaah islam.. tetapi kenapa kini persepsi masjid hanya tempat beribadat?. mungkin masih tidak terlambat untuk mengubahnya.
Perkataan siddiq membawa maksud benar. Benar dalam erti kata memberitahu sesuatu perkara secara benar dan tidak ada unsur penipuan ataupun unsur penyembunyian sesuatu. Dewasa ini meringkali kita melihat di dada-dada akhbar bagaimana pengguna merasa tidak puas hati terhadap sesuatu produk.
Contohnya perniagaan ’menang dan gores’. Ketidakpuasan ini timbul disebabkan ramai pengusaha tidak mengamalkan prinsip siddiq di dalam memasarkan produk mereka sehingga sanggup menipu dan merasuah asalkan jualan mereka laris dan habis di jual. Produk yang di jual pula tidak seperti yang diiklankan. Oleh itu bagi seseorang usahawan Muslim pendekatan pemasaran secara siddiq perlu dilaksanakan dan dipraktiikan di dalam perniagaan mereka.
Saya mengkaji Al-Quran untuk mengaplikasikan isinya dalam perniagaan seharian saya.
“Sesungguhnya, seseorang yang membawa tali, lalu dia memikul seberkas kayu, lantas menjualnya, (dengan usaha itu Allah S.W.T menjaga dirinya) adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang, baik mereka yang dipinta itu memberinya atau menghalangnya” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
konsep Siddiq, Amanah , Tabligh, Fathanah dalam perniagaan anda sekarang. bagaimana konsep ini boleh membawa perniagaan anda berkembang cepat dengan sendirinya. Sungguh menarik.
Friday, January 25, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment