Nasi beriani Batu Pahat |
Di Batu Pahat,
makanan yang selalu di sebut orang adalah nasi beriani. Anda perlu belajar
masak nasi beriani, perlu tahu resipinya, kalau tak ingat ditulis dalam buku
dan melihatnya semula bila hendak memasak. Orang kata kalau nak masakan nya sedap
perlulah belajar pada mereka yang pakar dan lama memasak dan berniaga nasi beriani.
Nasi beriani gam dan beriani power kambing selalu disebut-sebut disini. Begitu juga
halnya syarat yang sama diperlukan untuk memjana wang, anda perlu tahu
bagaimana resipinya membuat duit.
Kita adalah
apa yang kita pelajari. Anda akan berubah cara pemikiran anda hari ini
berbanding semalam bergantung kepada buku yang anda baca dan orang yang anda
jumpa. Jadi, berhati-hati siapa yang kita jumpa kerana minda boleh mempengaruhi
keputusan kita setiap hari.
Di sekolah
atau universiti mengajar formula yang sama iaitu bekerja demi wang, belajar
bagaimana bekerja untuk mendapatkan wang. Formula biasa adalah ramai orang
bangun tidur, pergi kerja, tunggu gaji, bayar bil, kadang-kadang menyimpan,
melabur dan pergi kerja semula. Ini formula asas atau resipinya. Jika anda bosan
atau penat dengan apa yang sedang anda buat, caranya mudah dengan menukar
formula diatas yang dapat menjana wang.
5 tahun dulu
saya menghadiri sebuah seminar mengenai hartanah di Kuala Lumpur. Dari hari itu
saya minat belajar mengenainya setiap hari. Seterusnya saya mempraktikkan apa
yang diajar dan akhirnya saya telah membuat untung yang banyak dari perlaburan
yuran dalam kursus itu, sangat banyak beribu kali ganda. Maksudnya saya telah
belajar formula atau rasipi baru bagaimana menjana wang dan mengaplikasinya. Malangnya
ramai diantara kita telah banyak belajar formula tetapi tidak diguna pakai. Berapa
lama pun anda belajar, berapa banyak pun buku yang anda baca, berapa ramai pun
pakar yang anda jumpa tetapi anda belum bermula ianya tidak ada apa-apa makna.
Saya sudah
suka dengan formula tersebut, cara baru menjana wang. Selepas menguasainya saya
mencari peluang mempelajari formula baru. Saya baca lebih banyak buku, saya
hadir lebih banyak seminar dan bengkel. Saya akui bukan semua maklumat saya
terima digunapakai. Memang banyak bengkel, seminar dianjurkan tetapi banyak
mengajar dalam pelaburan tradisional. Kolej-kolej, sekolah atau university itu
ilmunya baik, bagus untuk bermula. Tetapi saya selalu mencari formula yang
lebih pantas. Belajar dengan pantas dan mengaplikasikan dengan pantas. Dengan
formula itu, anda boleh menjana wang pendapatan setahun anda sebelum ini dengan
hanya bekerja sehari. Ianya bukan
mustahil.
Saya
percaya, dalam dunia serba pantas ini apa yang kita tahu tidak lagi diambil
kira kerana selalunya apa yang kita tahu adalah perkara lama. Yang lebih
penting dan diambilkira adalah berapa cepat kita belajar mengaplikasikannya.
No comments:
Post a Comment