Sunday, January 13, 2013

Semua boleh mencapainya


“ Ramai orang berfikir mereka yang telah berjaya itu mempunyai NASIB yang lebih baik, sedangkan mereka sebenarnya telah berusaha untuk mencapainya. Sesiapa sahaja boleh mencapai apa yang mereka kehendaki dengan izin Allah asalkan berusaha tanpa cepat mengalah “.

Saya punya beberapa  contoh nyata didepan mata saya. mereka yang dulunya adalah anak murid saya sekarang mereka adalah seorang yang berjaya. Mereka Berjaya dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi bezanya cepat atau lambat. Ada juga mereka yang telah diberi peluang untuk Berjaya tetapi mempersiakan peluang itu akhirnya ketinggalan, mereka terus ketinggalan kerana TIDAK MENCUBA LAGI. Kita perlu meminta, memohon padaNYA, berusaha sedaya upaya dan akhirnya menerima dan bersyukur apa sahaja yang diberi pada kita. Allah memberi kita pada 3 keadaan iaitu kita layak menerimanya, waktu  terbaik untuk kita terima dan terbaik untuk kita. Sebarang pemberianNYA membuatkan kita sentiasa bahagia. 

No comments: