Monday, January 21, 2013

Saya MALU jika saya GAGAL




Ada yang tanya saya, kenapa perlu anda berniaga dan bekerja kuat?

Saya kata saya MALU, jika kita tidak ada lagi perasaan malu, kita tak akan berusaha keras. Saya malu jika saya gagal berniaga, jika saya gagal bermakna bangsa saya gagal iaitu melayu. Jika saya gagal bermaksud islam malaysia juga gagal. Saya dan anda perlu berusaha keras.

Jika kita gagal, kita akan miskin. Jika kita miskin, kita akan meminta. Jika kita masih meminta, kita masih berharap. Jika kita masih mengharap, kita akan ikut cakap orang. Jika kita masih mengikut cakap orang, kita tak akan bebas berfikir. Berfikir untuk menolong, berfikir untuk berjaya dan kita tak boleh gagal. Kita perlu MALU diri sendiri, malu dengan bangsa dan orang lain.

Anda perlu MENANG, supaya anda LEBIH KUAT, jika kalah semua atau sebahagian anda akan terus LEMAH. Orang yang lemah memang akan jadi PENAKUT. Jadi seorang yang penakut anda tidak akan menang lagi.

No comments: