Monday, December 30, 2013

coach bahar

Coach berkata, setiap nasihatnya bergantung kepada level seseorang. Apa yang saya tulis ini adalah tips-tips yang diberikan berdasarkan level yang dikatakan beliau sebagai sesuai dengan saya. Tidaklah terlalu besar, baru nak bertatih. Ok, Tak perlu mukaddimah yang panjang, saya senaraikannya di bawah. Kita mulakan dengan tips pertama:

1. Sebagai Usahawan/business owner, kita jangan terbeban dengan kerja-kerja yang tak perlu. Kerja operasi harian yang rutin. Contohnya, kerja kena check barang mentah cukup atau tidak. paip bocor siapa nak baiki, pengeluaran cukup atau tidak dan pelbagai perkara lagi yang mana ia boleh di selesaikan oleh orang lain. Kita sebagai pemilik perniagaan mestilah bebas, fikiran bebas, bebas dari rutin kerja seharian yang mana setiap bahagian sudah ada orang yang sesuai berfikir untuk kita. Bagaimana kita mahu tenang dan mencari idea untuk kembangkan perniagaan jika selalu dibebani oleh kerja-kerja remeh temeh? Walaupun remeh temeh, ia tetap memerlukan kudrat dan masa emas kita. Tapi, bagaimana mahu bebas? ok, kita ke point no.2,

2. Jangan takut gajikan orang yang mahir dan pandai. Nak tunggu lubang jadi dulu, baru nak cari cangkul? Tak boleh bang, kena cari cangkul, baru boleh buat kerja (gali lubang). Sememangnya kebanyakan dari kita takut dengan tanggungan gaji atau dengan kata lain, takut nak bayar gaji lebih dari kemampuan kita. Saya setuju sebab saya pun begitu. Cuma selepas satu masa, saya buat kerja gila. Duit tak ada tapi staff berbelas orang. Tapi dengan adanya staff barulah saya boleh buat duit. Duit itu dibayarnya gaji berbelas orang itu. Apa yang nak saya katakan disini adalah, KEBERANIAN. Dan perkataan itulah yang membezakan antara usahawan berjaya atau tidak. Berani mengambil risiko. Kebanyakan usahawan yang bersenang lenang hari ini adalah usahawan yang BERANI. Tapi bukan juga yang berani membuta tuli. Berani bukan sebarang berani, berani mereka, BERANI BERILMU. Buat apa ambik staff jika tak ada kerja. Nak besarkan pasaran pun kena ada staff tambahan. Dan satu lagi, setiap tindakan kita mestilah di mulakan dengan doa. Allah akan memberikan kita ketepatan, kekuatan dan keberanian dalam membuat keputusan yang berisiko jika kita ‘tanya Allah’ dulu.

3. Jika anda sudah jumpa sesuatu perniagaan yang bernilai dan sesuai dengan anda, JANGAN MENOLEH KEBELAKANG LAGI, teruskan, go ahead, jalan terus dan jangan pikIr panjang lagi. Gomo ia sampai ia jadi mesin duit kita. Dengan istilah lain, FOKUS. Sebab kesemua orang berjaya adalah orang yang fokus. Orang yang baru nak stabil pun boleh collapse jika tak FOKUS, apatah lagi kita yang belum lagi. Ada masanya untuk kita diversify business kita. Dan kita sendiri yang akan ketahuinya nanti. Bagaimana? “ Surround your management team with staff better than you”

4. Jangan takut beriklan. Iklan, Iklan, Iklan. Teruskan beriklan. Teruskan memberitahu umum apa kita buat, apa produk kita, apa kelebihan kita, kelebihan produk kita dan apa-apa saja. Kita akan berjaya jika kita memiliki ‘brand’ yang bagus dan dikenali. Brand ini yang memudahkan kerja kita jadi kaya, ‘hari-hari hari raya’..

5. Berfikir di luar kotak. Cari kaedah bagaimana orang lain yang buat duit untuk kita. Bagaimana kita boleh buat duit dengan tanpa adanya kita, duit masuk macam air pasang dalam. Tidak logic? Logikla.. Cuma kena fikir, study, baca buku dan yang paling penting, bergaul la dengan orang yang lebih hebat dari kita. Orang itu akan cara tak sengaja akan keluarkan idea bagaimana duit boleh bekerja untuk dengan sentuhan minimum dari kita. 

6. Gajikan ‘budak jahat’ sebagai pengurus Quality Control kita. Sebab, apa? Sebab dia memang suka complain dan cari salah dan sememangnya itu tugas QC untuk mencari apa yang tidak sempurna.

7. Gajikan orang yang bijak tapi malas bagi menjadi pengurus kerana ia takkan sibuk-sibuk nak cari kerja di tempat lain walaupun bertahun-tahun mereka bekerja dengan kita. Sebab apa? Sebab dia pun malas nak cari kerja. Hahahaha. Bunyi macam gila dan tak logic, tapi itu juga yang berlaku di syarikat saya. Yang kekal paling lama adalah yang paling pemalas… hahaha..


Seminar BMC di seberang jaya



Rahsia mamak

Rahsia Restoran Mamak

1. Meja banyak, supaya ramai orang boleh duduk.

2. Pekerja ramai, mereka mementingkan services yang pantas.

3. Buka 24 jam.

4. Tempat luas dengan TV besar, sesuai utk lepak sekeluarga.

5. Kedai nampak murah, bayar belum tahu murah. Simple

6. Semua ada

7. Ada makanan special cth nasi kandar.

8. Kedai di corner , lokasi cantik

9. Sama konsep dimana mudah org faham utk seluruh negara

guru

Ramai orang cerita itu dan ini untuk jadi jutawan. cerita buat duit mudah, cerita buat bisnes ni senang je. Sampai ada orang yang menganjurkan seminar itu dan ini. 

Benar dan benar. Mereka bercakap benar. Mereka yang berjaya telah punya rahsia bagaimana dia berjaya. Tetapi sesetengahnya berjaya setelah membuat banyak kesalahan bisnes sebelum mereka berjaya. Itu yang menyebabkan mereka tak nampakkaya.

Mereka fikir jika ramai orang yang berjaya tak perlu buat banyak salah adalah lebih baik. Itu yang mereka mahukan berkongsi rahsianya.

Ramai yang percaya dan lebih ramai yang tidak percaya. Ramai yang telah berjaya dan ramai lagi tak bertindak tak dapat apa-apa.

Tak kisah jika ada yang percaya dan tak apa kalau ada yang tak percaya. Hakikat sebenarnya tak perkara yang mudah untuk BERJAYA.

Ramai guru diluar sana, anda pilih sahaja. Jika tidak berguru anda perlu bertindak. Cuma jika berguru mungkin anda boleh lebih cepat. 10 tahun perniagaan saya tidak berguru. Saya bertapa sendiri. Akhirnya banyak pengalaman saya dapat dalam perkara betul dan salah.

Dalam satu peringkat, saya fikir ada baiknya belajar dari kesilapan. Dalam hidup untuk mencapai kejayaan kita tak mahu melakukan kesilapan.

Hidup bukan sahaja ada perkara baik ada juga sebaliknya. Jika hujan dan mendung ibarat KEDUKAAN, matahari ibarat KECERIAAN. Kita perlukan kedua-duanya hujan dan matahari untuk melihat kejayaan dan keindahan pelanggi.

Belajarlah betul-betul, beribadatlah sekuat mungkin, berniagalah sehabis baik.

Insyaallah.

Saturday, December 21, 2013

Mengapa tidak bermula

Malam ni tak boleh tidur, dilelapkan mata ... dikejamkan mata...tak juga tidur

Saya banyak dapat SMS dan masej dari pelbagai pihak tentang mahu memulakan bisnes mereka.

soalan mereka kenapa mereka tidak boleh bermula sedangkan.... 

- dah baca buku motivasi bisnes yang banyak, dah baca dua tiga kali dah.
- dah pergi seminar semua usahawan yang buat, siap nanggis - nanggis lagi bila dalam seminar.

tapi tak tahu

- nak berniaga apa?
- nak berniaga kat mana?
- macam mana nak mula?
- dan paling masalah nya tak ada modal.

ada tak yang jadi macam keadaan diatas ni...

soalan pertama : nak bernaiga apa?

juallah apa sahaja, asal barang boleh dipakai orang...barang boleh dimakan orang pasti laku dengan cara yang betul. dimalaysia senang jual barang..

soalan kedua.

nak jual kat mana?

buatlah dari yang kecil, jual lah dimana -mana asal laku. betul ni....asal jangan ada malu. kat mana ada orang berkumpul kat situ banyak duit..jual je lah

macam mana nak mula?

kalau lambat bertindak maka lambatlah result nya. mulakan sekarang. buatlah dengan apa yang ada ditangan.

modal ?

gunalah duit yang ada dalam poket. memang lah berniaga perlukan modal tapi kenapa nak memilih menggunakan modal yang tinggi untuk memulakan bisnes pertama anda. pilihlah bisnes yang hanya menggunakan modal yang rendah. modal terbesar adalah idea dari anda dan jati diri yang tinggi untuk berjaya.

-----------
CERITA
======

di kampung saya suruh anak muda bekerja sendiri , mencipta kerja sendiri dan menjadi bos kepada diri sendiri.

saya minta mereka tanam serai, ditanya saya "boleh untung ke dengan menanam serai je". saya cerita kan...

ditanya lagi "kat mana nak dapat benih", saya katakan "ambil lah dari tanah saya"

ditanya lagi "siapa nak tolong usahakan, dimana nak dijual"

saya menyampuk , "jika begitu lebih baik saya beri sahaja duit pada awak dan awak tak perlu buat apa-apa"

kita boleh beri alasan pada diri kita untuk tidak berjaya....

Buku Lama



Saya terjumpa dan diberi pinjam sebuah buku ditulis tangan jawi lama bercerita pengalaman berniaga seorang saudagar. Saya sedang membacanya sungguh teruja. Buku itu ditulis untuk anak nya. Buku itu berumur lebih 60 tahun.. insyaallah saya kongsikan isinya.

Salah satunya...

Wahai anak ku.

Berjual beli umpama menjala ke laut. Nasib baiknya ada ikan dibawa balik.

Yang pasti peluh, keringat , modal
Pasti habis ditengah jalan jika pualng tangan kosong.

Itu pun bernasib baik jika belum dipukul ombak badai. .

Tetapi ke laut juga banyak rezekinya , tak terhingga banyaknya.

Belajarlah dengan angin, melihat bintan dimana ada ikan. Mungkin itu rezeki kita.

Tuesday, December 17, 2013

Buku wasiat untuk saudagar



Wahai anak ku

Sebagai peniaga kau perlu berkawan dengan angin,
Angin bawa berita, 
Sama ada hujan mahu turun,
Atau ribut akan melanda,
Kau perlu selalu bersedia. 

Wahai anak ku.

Sebagai pendokong, kau perlu mambawa penyokong mu.
Bila berperang perlu paling hadapan.

Wahai anak ku.

Jangan bersiap perang, hanya kerana angin.
Jangan dibuang air tempayan mahukan hujan janjinya turun
Rupanya mendung berarak pergi
Penyokong mu sudah berlalu pergi.

Wahai anak ku

Berniaga ilmunya sama
Berperang ilmunya serupa.

Bezanya

perang ada menang dan kalah.
Berniaga kau boleh menang sepanjang masa.

wasiat untuk saudagar

wasiat untuk saudagar. 

Wahai anak ku 

Dalam berniaga keputusan mu perlu yakin 
kadang-kadang perlu menjadi degil
walau akhirnya kau kalah, itu takdir.

murai menyanyi berkicap riuh
biarkan kerana mereka memang begitu
walau hujan, walau panas ...waktu petang mereka bersidang
riuh sekampung , walau betul walau tidak lagu alunan nya.

Wahai anak ku

orang bekerja, kita orang berniaga perlu berfikir
orang berfikir, kita orang berniaga perlu bermula
orang bermula, kita harus sudah sampai titik nya.

kerana itu simpang kanan selalu diguna
simpang kiri semak tidak diredah, kita yang menebasnya

Wahai anak ku

peniaga perlu berhati pemimpin
jadikan berita jahat seperti embun
bila matahari datang, embun berlari pergi.
matahari membawa cerita benar dengan penuh ceria.

kau perlu tabah menghadapi kelainan ini

Monday, December 16, 2013

anda perlu buat apa yang perlu sahaja.

Nasihat

semalam minum kopi bersama seorang sahabat saya yang sekarang adalah 'orang kanan' menteri. Dia mengadu dan meluah perasaan dengan saya yang kerjanya banyak. mungkin dia nak beritahu saya yang sebenarnya dia seorang yang sibuk. saya mencelah, "sibuk bukan kayu ukur kepada seseorang itu berjaya atau pun tidak". dia memandang tepat mata saya macam nak dimakan nya saya ni..saya senyum je sebab selalu bergurau dengan sahabat saya yang seorang ni.

"hidup sebenarnya pilihan, kita sibuk dan banyak kerja kerana kita buat kerja yang tak perlu kita buat." saya mulakan bicara , dia dengar dengan teliti.

"betul agaknya", dia menyahut

Anda perlu buat apa yang perlu anda buat sahaja dan jangan buat yang tak perlua anda buat.

anda perlu buat dan memilih barang apa yang anda mahu beli
anda perlu memilih hanya kawan yang boleh memberi anda ke arah kecemerlangan
anda hanya perlu buat apa yang boleh mendatangkan pahala sahaja
anda perlu hanya perlu memulakan bisnes dengan se simple mungkin dan secepat mungkin.
anda hanya perlu buat yang anda perlu buat.

sekarang anda tahu kan apa yang tak perlu untuk anda....faham ke yang ni.

Saturday, December 14, 2013

Seminar Bangkit 2014


----------------------
TAWARAN HEBAT
----------------------

Tajuk :: Seminar bisnes baru mula 2014
Tarikh :: 18, 19 dan 20 Dec 2013 (Rabu, Khamis dan Jumaat)
Tempat :: D'impian Country Resort Muar, Johor

Bagaimana dengan matlamat bisnes anda pada 2013 ni, adakah sudah tercapai atau belum lagi tercapai? atau semua matlamat anda gagal langsung tahun ni. Jangan terlalu kecewa.

Sebelum berakhirnya tahun ni saya ingat nak anjurkan satu seminar power yang best iaitu seminar bisnes baru mula 2014. Seminar jati diri untuk menjadi seorang usahawan yang hebat.

Insyaallah, saya akan membawa modul keusahawanan yang bukan sekadar motivasi semangat tetapi saya bawakan tip dan cara-cara untuk anda bangkit berjaya dalam bisnes anda tahun 2014.

Sebagai pesarta seminar kali ini apa yang uniknya adalah saya akan bawa semua peserta meninjau semua operasi bisnes D'impian Group termasuk perhotelan dan trianing centre, D'impian Agro, Kilang Baja, Bisnes Training, Bisnes restoran, bisnes catering, tanaman serai dan bisnes on-line. Saya bawa pusing semua dari muar ke batu pahat semua bisnes kami. Anda boleh belajar terus dari apa yang anda lihat dan bagaimana boleh membuat untung dari bisnes.

Seminar ini adalah dalam kumpulan yang kecil supaya saya sendiri boleh melayan sendiri semua peserta yang hadir, buat sama-sama BMC bisnes anda sampai jadi, menjawab soalan strategy marketing plan bisnes anda dan lain-lain masalah bisnes anda.

Mungkin anda rasa mahal seminar ni, mungkin anda rasa dan beri alasan jauh, mungkin anda fikir macam mana nak cuti kerana dibuat hari bekerja itu semua adalah alasan untuk anda mendapat sesuatu yang bermakna dan menukarkan anda menjadi seorang usahawan yang luar biasa. Saya yakin, sukar untuk mencari seminar seumpama ini.

Bayaran beribu ringgit pun selalunya anda akan duduk didalam dewan seminar dan tidak dapat melihat contoh bagaimana rahsia menjalankan bisnes sebenar dan sekadar motivasi sahaja jika anda hadir seminar bisnes yang biasa. Bayangkan bagaimana anda mendapat ilmu dan tip membeli dan membina hotel anda sendiri, mempunyai syarikat catering yang menguruskan 30 event sebulan, belajar dan tahu bagaimana selok belok bisnes fizikal dibuat. Ini sebuah seminar yang mahal pengalaman nya.

Bukanlah saya boleh memganjurkan selalu seminar seumpamanya, mungkin setahun pun sekali sahaja dengan kesibukan saya. Anda boleh bercuti sambil mendapat ilmu, membesarkan rangkaian bisnes anda dengan rakan peserta yang hadir.

Insyaallah saya buka pendaftaran awal seminar ini hari ini untuk 10 peserta terpantas mendaftar. Saya beri 50% potongan harga kepada mereka yang mendaftar awal. pendaftaran nya amat mudah dengan 4 langkah sahaja

1. SMS " seminar " dan hantar ke 013-7999415
2. Anda akan mendapat balasan SMS arahan detial yuran dan number akaun.
3. Setelah yuran telah dibayar anda boleh email NAMA, ALAMAT EMAIL, PHONE NUMBER, BUKTI PEMBAYARAN ke mybaha76@yahoo.co.uk. Hantar atas tajuk :seminar bangkit 2014.

+ yuran seminar yang saya tawarkan adalah termasuk penginapan 3 hari, 2 malam dan makan dan semua pembelanjaan lain semasa seminar.

Coach Bahar.

Seminar BMC di utara

--------------------------------------------------------
"Business Model Canvas Workshop" di UTARA 
(untuk orang kedah, penang dan perak)
============================

TEMPAT :: Seberang Jaya, Pulau pinang (Sunway Hotel)
TARIKH :: 28 December 2013 (SABTU : 9 PAGI - 6 PETANG)

[ SMS " Promosi " dan hantar ke 013-7999415 untuk mendaftar ]

Ramai kawan-kawan saya bertanya, apa yang sebenarnya business model dan bagaimana mengunakanya dalam perniagaan.

Dulu, semasa 4 tahun pertama saya memulakan perniagaan D’impian Group saya selalu bertanya pada diri saya bagaimana caranya agar bisnes saya boleh berkempang dengan pantas?. Bagaimana agaknya caranya agar saya boleh mendapatkan pendapatan dan hasil jualan yang lebih baik dari yang ada. Bagaimana caranya mengukur perkembangan bisnes pada masa itu. Walaupun perkembangan D’impian maju dari hari ke hari tetapi saya masih tercari-cari teknik yang betul. Jadi apa yang harus saya lakukan untuk semua itu?. Bagaimana stratigi saya dan bagaimana juga gambaran bisnes saya masa hadapan masih kurang jelas.

Semua perkara dan pertanyaan itu susah sekali saya menjawabnya. Saya tidak tahu apa yang harus saya buat dan apa yang harus saya lakukan, apa yang harus saya cari jawabnya. Kerana pada masa itu saya tidak punya alat untuk saya melakar semua apa yang saya usahakan dalam perniagaan. Ianya dipisah-pisahkan dan tidak ada rangkaian antara satu dengan yang lain. Pemasaran, imej syarikat, operasi berasing antara satu dengan yang lain. Saya lebih menumpukan pemasaran sedangkan jika jualan saya meningkat kos tetap akan meningkat. Dimana mungkin ada yang boleh mengajar saya satu perkara yang boleh saya rangkumkan segalanya.

Sampai satu ketika saya mendengar tentang busness model canvas. Saya bukanlah usahawan namanya jika saya malas untuk belajar dan tidak punya niat untuk belajar sesuatu yang baru. Sebagai langkap pertama, saya telah membeli sebenan buku Business Model Generation yang di tulis oleh Alexander Osterwalder.

Tetapi ternyata masalahnya belum selesai dengan mudah. Ini adalah kerana saya terus terang masih ‘gelap’ dalam itu semua dan tidak tahu bagaimana hendak saya mengaplikasikan model ini dalam bisnes saya. Saya membaca dan membaca, dan saya habiskan hampir sebulan untuk setiap hari mentalaah dan mengaplikasikan model tersebut untuk semua cawangan bisnes saya, dan resultnya sangat menakjubkan saya. Hari demi hari saya dapat merasai satu tranfomasi berlaku dalam perniagaan saya, dari yang biasa menjadi luar biasa hasilnya. Dan akhirnya saya dapat menjawab semua persoalan tadi.

Dari latih tubi dan mengaplikasikan 20 jenis syarikat milik saya dan menggunakan Business Model Canvas.Baru saya tahu ianya adalah satu alat untuk membantu kita melihat lebih menyeluruh bagaimana rupanya perniagaan yang sedang atau kita akan jalankan. Dengan tool ini kita akan melihat bisnes dari gambaran besar namun tetap lengkap dan mendetialkan apa sahaja eleman penting yang berkait dengan bisnes kita. Dengan itu ianya dapat menjawab semua persoalan masa depan bisnes yang kita ingin jalankan. Dengan keseluruhan gambaran itu juga dapat kita lihat dan menganalisa apa yang kurang tepat dan pada akhirnya kita boleh mengambil langkah untuk mencapai matlamat perniagaan kita.

Alexander Osterwalder dalam bukunya Business Model Generation menciptakan sebuah framework yang sangat mudah diaplikasikan untuk mengambarkan bisnes kita iaitu Business Model Canvas. Pada business model canvas ini ada sembilan kotak yang merepresentasikan elemen kunci yang secara umum akan ada pada semua model bisnes. Kesembilan hal tersebut adalah:

1. Customer segments
2. Value proposition
3. Channel
4. Customer relationship
5. Revenue stream
6. Key resource
7. Key activities
8. Key partners
9. Cost

Saya fikirkan, dengan saya membaca sukar untuk saya faham secara keseluruhan. Dengan itu saya ingin berkongsi kelebihan model ini untuk lebih ramai yang faham dan boleh mengunakan nya pada bisnes mereka. Dengan mengunakan bisnes model ini kita dapat tahu sama ada bisnes kita boleh berkembang atau sudah rugi atau bagaimana untuk membuat cawangan. Saya berkongsi kefahaman ini dalam seminar Business Model Canvas.

Saya ajarkan step by step dan terus boleh digunakan untuk perniagaan anda. Tidak perlu anda membaca buku, menganalisa lagi dan saya akan ajarkan dari pengalaman saya menguruskan 20 syarikat dengan menggunakan model ini. sama ada untuk yang baru bermula atau sudah lebih 10 tahun berniaga boleh join. biar hanya sekecil kedai nasi lemak hingga syarikat di bursa saham.

Program Business Model Canvas ada apa-apa yang unik ke?

Antaranya....

+ Pada saya, ianya satu model yang boleh digunakan untuk susun balik perniagaan sedia ada. cari kelemahan business, maximise untung. Kurangkan kos-kos tidak produktif. Tambah nilai dan tambah keuntungan kepada business.

+ Ada peniaga yang bersusah payah tambah 'nilai' perniagaan, tapi 'nilai' itu tidak tambah keuntungan syarikat.

+ Boleh juga dijadikan model untuk menguji satu idea perniagaan/ projek sebelum dilaksanakan.

+ Untuk uji satu 'peluang perniagaan' sama ada business itu sustainable atau sekadar nak con duit kita.

+ Bantu kita rancang business dengan lebih menyeluruh, agar tidak terlepas pandang perkara-perkara penting.

TEMPAT :: Seberang Jaya, Pulau pinang (Sunway Hotel)

TARIKH :: 28 December 2013 (SABTU : 9 PAGI - 6 PETANG)

[PENTING]

Pendaftaran boleh anda buat dengan SMS ' promosi ' dan hantar SMS ke 013-7999415 untuk mendaftar. untuk berkesan saya hanya mengambil kelas yang kecil. bertindak sekarang sebelum terlambat, saya tidak selalu mengadakan kelas di utara dan ini adalah kali pertama. saya hanya mencari beberapa orang lagi untuk cukupkan kelas seramai 20 orang.

Saturday, December 7, 2013

Nasihat anak muda

Nasihat Anak Muda.

Jika anda sekarang berfikirkan dan bercita-cita besar dalam bisnes saya ucapkan tahniah. teruskanlah dengan kepercayaan, keyakinan dan semangat yang tinggi itu. ramai orang yang tidak percaya dengan kemampuan anda adalah kerana mereka juga tidak percaya diri mereka sendiri boleh percaya.

Dulu, saya juga begitu. saya ditakutkan, saya dicontohkan dan saya disuruh menjadi mereka yang biasa , belajar diuniversiti, mencari kerja, membeli kereta, berkhawin, mencari pula kerja yang gaji nya lebih mahal dan seterusnya. jalan ceritanya semuanya hampir sama.

jika hujan itu umpama kegagalan dan matahari itu seolahnya keceriaan , anda perlu keduanya hujan dan matahari untuk melihat pelanggi dan seolahnya pelanggi itu kejayaan yang gemilang. lihat sendiri Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal.

Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.

Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.

Siapa kata anda tak boleh, belum cuba belum tahu. saya menyokong anda dan anda perlu membuktikan nya sekarang. gunakan kelemahan anda sebagai kekuatan. gunakan yang anda hanya seorang anak muda tetapi anda ada kepantasan.

Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak bodoh. Ketika darjah empat , Ia dikeluarkan dari sekolah. Ia pun dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di Singapura. Ketika dia akan masuk Sekolah Menengah, ia ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, ia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru karena cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan.

Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Ia telah memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta.

Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam.

anak muda..teruskan usaha mu hingga anda berjaya. setelah kejayaan dihadapan anda pada masa itu ramai yang bertepuk tangan digarisan penamat.

Lima perkara yang buat anda berjaya

lima perkara yang anda perbaiki untuk terus berjaya dalam perniagaan

1. Sikap

Sikap menentukan kejayaan kita, jika sikap kita yang selalu negatif sampai bila pun kita tidak akan maju. buang jauh-jauh sikap negatif seperti malas, boros, tak jujur dan sebagainya.

2. Kepercayaan

Walaupun anda punya idea yang terbaik tetapi jika anda tidak percaya anda boleh berjaya idea tersebut tidak akan terlaksana. kepercayaan kepada diri anda sendiri adalah perkara terpenting membawa anda mencapai target yang anda sasarkan.

3. Keyakinan

Setelah anda percaya dengan apa yang anda lakukan anda perlu yakin, yakin bisnes yang anda lakukan boleh membawa anda menjadi kaya raya.

4. Keazaman

Apa sahaja rintangan dan dugaan perlulah anda tempoh, sikap negatif orang pada anda, sikap sinis dan cabaran dalam bisnes. berazamlah untuk anda terus berjaya.

5. Semangat

Semangat adalah suatu kuasa untuk anda bergerak kehadapan..

Thursday, November 28, 2013

kerja diluar negara

berfikir diluar kotak.

Anak muda yang baru je habis degree, janganlah hanya mengharap dengan kerja yang ada di Malaysia. cubalah lebih berani dan jangan lah terlalu manja. cuba buka sedikit mata dan mengintai peluang diluar sana. ambil lah peluang bekerja diluar negara. saya pernah tinggal diluar negara dan bekerja disana. ada beberapa sahabat saya yang bukan sama bangsa dengan saya bekerja disana.

masih ingat saya lagi saya berbual dengan devid yang berasal dari ipoh. bekerja di UK dan bermatlamat mengumpul sejuta ringgit. dia bekerja kuat disana dan berangan-angan untuk menubuhkan syarikat IT bila pulang ke Malaysia. Bila dia bercakap bukan lah bagus sangat bahasa inggerisnya dan dia adalah graduan dari MMU.

Saya menyeru anak muda berfikir dan melihat peluang dari luar kotak pemikiran biasa. jika tidak ada mewujudkan persaingan yang semakin ketat.

Masalah hutang yang tidak dibayar pelanggan.



Saya berjumpa ramai peniaga yang boleh berniaga, boleh membuat kilang , boleh menyiapkan kerja dan boleh mengeluarkan produk yang baik.

masalah kebanyakan mereka kadang-kadang tersadung dengan hutang yang tidak dibayar oleh pelanggan. lebih malang lagi ianya tidak dibayar oleh syarikat yang kuat dan agensi kerajaan. sudahlah harga dan margin keuntungan tender sekarang sangat nipis, kalau diberi mahal akan tercicir.

Seorang sahabat saya mendapat projek jutaan ringgit dari tender kerajaan dan malangnya tidak dibayar bakinya sehingga dia terpaksa gulung tikar. didepan mata saya dia seorang pengusaha yang tekun , jujur dan bekerja kuat dan tidak rasuah.dia telah siapkan kerja. Disusahkan ini dan itu dan pegawai yang menguruskan kerja mereka berdolak-dalik. ramai orang fikir orang meniaga ni senang dan untung banyak....

Sama jugalah dengan TNB, Telecom, syarikat air, celcom, maxis dan yang lain syarikat gergasi. jika pelanggan mereka lambat membayar, diugut itu dan ini, dipotong bekalan, pembekal mereka sampai enam bulan tak di bayar. saya cakap benar...dan benar. saya juga terlibat dalam beberapa projek sangkut.

akhirnya, ramai ingat yang salah peniaga melayu tak pandai pusing duit, tak pandai berniaga, tak pandai mengurus. usahawan ini juga perlu bayar gaji, mereka juga perlu bayar pembekal, mereka juga perlu makan dan minum. kesihan mereka. itu sebabnya saya banyak mengajar menjual dengan ' pasaran terbuka ' dan kurang bermain dengan kontrek dan tender.

jika anda terlibat seperti apa yang saya cerita diatas, bersabarlah dan teruskan usaha anda dengan tabah.

gergasi yang besar

Selalu dalam soalan bisnes saya diajukan soalan dan kegelisahan mereka yang baru dalam sesuatu industri bisnes. Mereka yang baru dalam bisnes berasa takut dengan pesaing mereka yang lebih lama dan kukuh seperti gergasi. 

saya sebutkan, usahawan perlu bijaksana menggunakan kelebihan, jadikan kelemahan anda sebagai kekuatan dalam bisnes anda. saya beri contoh, jika anda bisnes yang baru tentu bisnes anda kecil. jika kecil anda boleh bergerak lebih pantas dari gergasi yang besar dan gemuk.

Itu hanya perumpamaan sahaja, saya berikan contoh yang lebih jelas dimana syarikat yang lebih besar tentu punya lembaga pengarahnya, pekerjanya ramai dan susah untuk membuat keputusan dan sesuatu perubahan. sedangkan bisnes anda masih kecil dan mudah menerima perubahan dan cepat dalam membuat keputusan. 

oleh itu, anda bisnes baru, anda kecil dan anda mesti menggunakan kepantasan anda untuk bergerak dan mengalahkan gergasi yang besar. harap paham le...

Wednesday, November 20, 2013

Industri E-book


Mengapa saya menulis e-book

1. Saya pernah menulis e-book dan menjualnya dengan mendapat hasil jualan RM15 sehari. menulis e-book lebih mendapat keuntungan yang banyak berbanding menulis buku. tetapi jika anda telah mahir menulis anda juga boleh menulis buku dan membuat duit yang lebih banyak seperti sahabat-sahabat saya Sri Diah Shaharuddin, YB Budiman Mohd Zohdi , Mba San dan Nazali Noor. kalau nak lebih kaya boleh menerbit buku seperti puan sifu Ainon Mohd..

2. Pasaran e-book sangat luas bukan sahaja untuk dipasaran Malaysia tetapi indonesia, brunai dan singapura. kalau bernasib baik boleh di jual ke US dan UK bila di terjemah.

3. Menulis e-book boleh membuatkan dan mendapatkan anda pasif income. hasilnya mungkin boleh diperolehi setiap hari bukan enam bulan sekali. kalau tak caya boleh tanya jutawan muda Raja Kamil dan Aqif Azizan yang banyak buat duit dari menulis.

4. Boleh dijual berbentuk CD, tidak perlu di cetak dengan memerlukan kos cetakan yang mahal. anda juga boleh mengubah cover muka depan atau isi kandungan nya jika jualan buku anda kurang laku. jika anda nak update kandungan nya boleh beri semula pada pembaca dan dibeikan percuma.

5. E-book di malaysia kurang saingan. masih banyak tajuk dan e-book yang boleh di kupas. kalau e-book anda jual dengan harga RM30 sahaja , jika lakunya 1000 berapa untung anda. tetapi jika laku 10,000 macam mana? lagi kaya kan...

6. Menulis seperti becakap dengan diri sendiri. anda akan bermotivasi setiap hari lebih lagi skil keusahawanan kita boleh digilap. bukan sahaja ilmu menulis tetapi ilmu pemasaran dan yang lain nya. ianya boleh juga dikira sebahagian dari perkongsian ilmu

7. Jika anda suka membantu, sebenarnya penulisan yang ikhlas boleh membantu pembaca menyelesaikan masalah mereka dari membaca penulisan anda kerana e-book selalunya panduan "penyelesaian masalah".

8. tak kira anda siapa, apa pekerjaan anda dan apa taraf pendidikan anda , anda sebenarnya mempunyai pengalaman dan ilmu sendiri yang boleh di kongsi. jika anda seorang suri rumah, mungkin anda boleh berkongsi tip dan cara memasak, jika anda seorang ketua mungkin memberi panduan CEO dan lain-lain.

9. ilmu e-book ramai yang suka adalah kerana dia mudah di hantar melalui email. lagipun selalunya kandungan e-book ini adalah up-to-date

10. tengoklah ...pelajar sekolah, tukang kebun, posmen, puan CEO semua sekarang ni ada smart phone. tidak lama lagi ...kejap je lagi .... mungkin ramai yang membaca melalui smart phone yang boleh dibawa ke mana -mana dan boleh dibaca bila-bila masa..

sebenarnya banyak lagi saya nak kongsikan tapi walau 100 alasan pun saya berikan kalau anda tak nak buat..tak jadi juga ..kan...kan... apa komen anda dan pengalaman anda boleh dikongsikan disini

siapa yang minat nak tahu pengalaman step by step menulis e-book dalam masa 3 hari. saya kongsikan kat sini nanti. saya tunggu 453 like. insyaallah saya kongsikan secara PERCUMA.

Thursday, October 24, 2013

kisah Bisnesman carwash



Seorang datang kepada saya dan bercerita dia mengusaha carwash. dia membuka carwash telah 6 bulan. dia semangat dengan yang diberi rakan-rakan dan lebih semangat bila join seminar 'semangat berniaga' anjuran beberapa pihak. dia meminjam separuh modalnya dari ibu mertuanya yang baru sahaja pencen dan separuh lagi dari duit simpanannya. malangnya peniagaan nya kurang maju, dia mahu menutup kedainya.

Saya terdiam dan tunduk, teringat cerita seorang saudara saya yang mengalami nasib yang sama satu ketika dulu. tetapi pada masa itu saya masih belum menguasai ilmu marketing revolution, kami menggunakan teknik yang pelbagai mempromosi carwash kami malangnya sangat sedikit fackback. Akhirnya carwash itu ditutup kerana masa itu saya kurang ilmu menjual laku. begitu juga berlakunya ramai orang lain, kita lebih pandai membuat, mengilang, menanam tetapi kurang pandai menjual.

saya memberikan pendapat;

1. marketing bukan semata-matanya pengiklanan. jika salah gayanya membazir sahaja.

2. target market yang betul adalah sangat penting, jika dibuat banner pun kekadang bakal pelanggan sudah "buta iklan" kerana terlalu banyaknya iklan diluar sana, perlukan revolution

3. menggunakan gabungan hukum keterbatasan membuatkan pelanggan berebut-rebut menghantar kereta ke carwash.

4. Penawaran yang menarik adalah sangat penting. bukan perlu cantik tetapi perlu lengkap dengan perkara basic misalnya tempat rehat pelanggan yang menunggu keretanya dibasuh.

5. perlu cara yang betul dalam menawarkan produk yang hendak dijual.

Dengan satu idea yang biasa-biasa, saya menukar carwash tersebut sepi kepada berduyun-duyun orang datang sehingga tidak sampai sebulan carwash tersebut ceria semua dan terus ramai pelanggan membasuh kereta disitu setiap hari. baru saya perasan "Dari idea boleh buat duit".

Beberapa idea yang saya aturkan untuk carwash itu adalah.

1. Menambah keselesaan tempat menunggu bagi pelanggan yang menunggu kereta mereka dibasuh dengan majalah, kipas angin dan kerusi. Sebelum ini carwash itu tidak ada tempat menunggu, walaupun ada kedai makan berhampiran dengan carwash tersebut tetapi ramai pelanggan nak melihat sendiri kereta mereka dibasuh. Ini adalah untuk memastikan penawaran yang terbaik bagi carwash tersebut. selain dari itu faktor kecepatan dan ramainya pekerja juga memain peranan penting.

2. Saya meminta untuk dibuatkan promosi percuma selama 2 minggu. pelanggan diberi kopun percuma membasuh kereta dalam tempoh dua minggu untuk basuhan luar yang biasanya diberi harga RM8 sebuah. Bila pelanggan datang mereka diberi lagi bonus dengan membersihkan hingga kedalam kereta yang biasanya dibayar dengan harga RM20 semuanya percuma. minta pelanggan mewar-warkan pakej cuci percuma ini. mereka akan bercakap dan sms kepada kawan-kawan mereka tanpa disuruh. ini namanya marketing mulut ke mulut adalah sangat berkesan. berduyun-duyun mereka datang.

3. Carwash yang dulunya orang tak tahu sekarang mereka sudah tahu dan menjadi bualan dan buah mulut mereka di daerah itu. ambil database pelanggan, layan mereka dengan baik. Penawaran yang menarik dangan hukum keterbatasan membuatkan pelanggan akan datang tanpa henti, berulang kali dan terjual dengan segera. tenpoh 2 minggu promosi adalah tempoh waktu yang paling sesuai. selepas dua minggu mereka terus menerus mengunjungi carwash tersebut.

tak perlu banner yang banyak untuk memberitahu orang. memang banner anda akan dibaca orang tetapi berapa pratus pelanggan anda yang membacanya. cara marketing pelbagai, perkara yang terpenting adalah produk anda "laku".

Tuesday, October 22, 2013

Marketing Revolution Strategy


hari ini saya kongsikan 5 langkah dalam menguasai Marketing revolution strategy (MRS) dalam bisnes anda.

1. Penawaran yang menarik. terdapat 15 cara penawaran yang menarik. Jika anda belum mempunyai penawaran yang menarik dalam produk anda, lakukan sekarang. salah satu contoh produk atau perkhidmatan anda perlulah unik. Anda tentu mahu tahu 14 cara yang lain bukan, saya kongsikan kemudian.

2. Harus boleh dipercaya ini adalah syarat kedua dalam MRS untuk produk anda. Terdapat 12 cara bagaimana untuk membuatkan barangan dan perkhidmatan anda boleh dipercaya. salah satunya dan yang paling penting adalah money back guarantee. Kekadang pelanggan takut untuk membeli barangan anda kerana mungkin kurang sesuai untuk mereka, dikala anda menawarkan money back guarantee mereka akan percaya akan perkhidmatan dan produk anda. banyak lagi cara untuk memberi pelanggan percaya dengan anda. Tentu anda mahu tahu 12 cara yang lain kan..

3. Cara yang tepat dalam penawaran. Dalam menawarkan sesuatu barangan anda perlu dengan cara yang tepat untuk meyakinkan pelanggan anda. Jika cara nya salah anda tidak akan dapat menjual dengan laku keras.

4. Target market yang tepat. Langkah ini juga sangat penting, walaupun anda telah membuat penawaran yang baik dengan barangan itu boleh dipercayai dan mengunakan cara yang tepat tetapi jika anda tidak menawarkan kepada market yang betul maka barangan anda tidak boleh dijual dengan cara yang cepat, banyak dan berulang kali. Contohnya anda mahu menjual kereta berkuasa tinggi tetapi membuat pameran di lapangan sebuah universiti, mugkin menyebabkan kereta anda hanya akan laku setelah 10 tahun lagi kerana setelah pelajar itu semua telah bekerja dan ada duit. terdapat 10 ciri menentukan bagaimana membaca target market yang tepat yang harus anda tahu.

ramai orang hanya menggunakan iklan dalam menentukan target market yang tepat. Kekadang teknik ini salah dan menggunakan duit yang banyak secara boros. contohnya anda menjual perniagaan otak-otak. untung otak-otak hanya 10sen satu tetapi anda menghabiskan duit dengan branding dan membuat poster dan banner sehingga 30 keping. Jika satu banner RM80, bila nak dapat balik duit modalnya. Banyak cara lain sebenarnya dalam mendapat target market yang betul. rasanya anda nak tahu tak...

5. Hukum keterbatasan. Ini sangat penting dan sangat berkesan. sukar diajar melalui penulisan. Contohnya anda perlu memberi keterbatasan masa kepada pelanggan anda dalam menjual satu-satu barangan. ada 12 cara lain menentukan keterbatasan dan membuatkan pelanggan berebut mahukan barangan anda. ianya benar.

Dalam keterbatasan waktu saya dan keterbatasan cara saya menjelaskan, saya harap anda mendapat sesuatu dalam perkongsian pagi ini. ianya sesuatu yang luar biasa dimana kadang-kadang anda perlu menggunakan strategy yang tidak ber strategy untuk menang dalam menjual, ianya sama dengan "membrandingkan produk yang tidak kelihatan di "branding" kan.

Adakah ada yang mahukan lebih dalam perkongsian ini. mohon berikan komen dan ulasan. jika dapat 300 like dengan 100 komen juga 100 share saya kongsikan lebih banyak lagi teknik dan seni marketing revolution. Anda mahu tak?

Saturday, October 19, 2013

Nasihat

Nasihat ::

Dalam hidup ramai orang yang lebih menyalahkan dan menketawakan mereka yang gagal dan mereka yang kalah. Sedangkan mereka yang gagal dan kalah tadi telah pun mencuba. Malangnya adalah kerana nasibnya dia gagal. Mereka tidak pula lihat mereka yang masih tidak mencuba. 

Mereka yang caba mengambil degree, master atau PhD dan gagal adalah lebih teruk dari mereka yang tak lulus spm, itu masyarakat kita. Menyebabkan tiada yang menyambut tangan mereka untuk bangun semula. Sedangkan lebih ramai lagi yang langsung tidak mencuba. Lebih malang lagi mereka yang menghina mereka tidak pernah mencuba.

Begitu juga mereka yang gagal dalam percubaan pertama dalam perniagaan nya. Mereka tidak dibantu, mereka terpedaya dengan semangat berniaga yg berkobar-kobar. Akhirnya dengan pelbagai masalah mereka gagal. Kegagalan mereka terkesan dengan hutang, terkesan dengan luka lama. Mereka sukar untuk bangkit semula. Mereka masih muda, mereka masih baru tetapi mereka ditekan dengan kegagalan mereka yang pertama.

Ramai yang tidak faham:
-buat baik tak tentu lagi dapat pahala.
-berniaga tak tentu untung
-pereksa tak tentu lulus

Bila senang ramailah yang rapat, bila susah sedikit ramailah yang lari dari mereka. Ditekan dan di herdik. Ramai lah yg perli " dah tahu tak tahu nak berniaga, nak berniaga....dah benkrap macam ni siapa susah" itu yang selalu didengar.

Berniaga dan belajar adalah perkara mulia. Manusia juga hidup punya jalan cerita. Mereka yang pernah gagal dalam percubaan pertama anda sambutlah tangan saya. Saya percaya anda pasti berjaya. Hidup perlu ada krisis untuk anda lebih berjaya. Hidup perlu ada ujian untuk anda naik darjah lebih hebat.

Carilah mereka yang positif dikeliling anda, jangan buang masa dengan orang yang negatif dan menjatuhkan morel anda. Anda tidak keseorangan. Jangan malu dengan kegagalan pertama anda. Tidak mustahil anda akan lebih berjaya dari apa yang anda impikan, asalkan anda terus berusaha.

Nasihat ikhlas
Coach Bahar.

Bisnes ikut-ikut

Nasihat ::

Saya lihat terlalu banyak bisnes ikut-ikutan. 

Satu hari dulu dikampung saya ada sepasang suami isteri yang berniaga ayam golek panggang yang sedap. Tidak berapa lama kemudian penuh sepanjang jalan muar batu pahat dengan orang berniaga ayam yang sama. Walaupun terdapat inovasi disitu, tetapi kualiti, harga, permintaan ada masalah. 

Akhirnya pakcik jual ayam yang mula-mula jual tu tarik diri. Dan ramai juga yang lain tarik diri. Sehingga sudah tiada satu pun yang berniaga sekarang.

Begitu juga di industri on-line. Mula dulu berbondong bondong orang masuk bidang ini yg konon nya mendatangkan duit mudah. Tetapi akhir ini ramai yang tarik diri.

Nasihat saya tak ada satu pun bisnes ni mudah, ada je masalahnya tersendiri. Jadi bersabarlah dan berusaha sehabis baik. Jangan terlalu cepat angkat kaki pergi.

Saya sudah membuat beratus ribu dari bisnes on-line.

Seminar 19 Okt 2013

Alhamdulilah habis kelas hari ni. Lepas kelas minum - minum dengan kekawan peserta di kopitiam. Esok sambung lagi dengan banyak lagi cerita baru.

Nasihat


Pepatah ada menyebut 

Walau ditarik kuda ke sungai, disuruh minum. Jika tak mahu, kuda itu tidak minum. 

Dalam bisnes juga begitu, anda boleh lihat mereka yang berjaya adalah mereka yang mahu membantu diri mereka sendiri. 

Jika disuruh-suruh seseorang itu menjadi usahawan, akhirnya yidak berjaya dengan pelbagai alasana.

Friday, October 4, 2013

idea kratif dalam bisnes



ramai orang ...ya ramai orang saya jumpa menyimpan rahsia idea bisnes mereka. Ditanya disorok-sorok tak nak beritahu. Belajar masak pun tak habis diajar takut-takut idea diambil orang. Ramai orang berniaga bersaing-saing, yang perlunya adalah bersama untuk lebih besarkan kuasanya. 

mak cakap dengan saya, bila saya hanya gunakan ilmu saya ...mungkin saya akan maju sendiri tetapi jika disebarkan mungkin 10 orang akan lebih maju dan mungkin 100 orang yang lain. itu yang saya buat.

Seorang peserta seminar saya mempunyai masalah dengan jualan kedai kek, ada kedai kain masalah dengan jualan kedai kain, ada kedai jahit masalah dengan tempahan merosot disebabkan lambakan kain siap dari luar.Sebenarnya anda perlu keluar dari kedai..menjual diluar untuk dapatkan sale.

saya beri satu contoh : kedai roti dan kek

Dihari biasa anda menunggu pelanggan anda di kedai, sukar untuk orang datang kekedai anda kerana sekarang bersepah kedai roti dan kek kat luar sana. banyak idea yang anda boleh buat untuk marketing. saya faham mungkin anda telah banyak lakukan cara marketing biasa, banyak cara itu biasa digunakan oleh orang lain.

jangan cerita yang besar-besar dan idea yang bear-besar. anda cuba dapatkan cash yang cepat untuk bisnes anda. antaranya mungkin anda boleh ke sekolah mensyorkan cikgu mengambil pakej jamuan akhir tahun kelas. biasanya setiap pelajar ada menyimpan untuk tabung kelas dan akhir tahun akan dibeli dengan KFC dan pizza.

Adalah lebih baik anda cadangkan dengan kotak yang cantik dan makanan yang enak termasuk roti dan kek anda didalam pakej tersebut. Anda akan mendapat order awal dan buat yang terbaik termasuk menyediakan pakej sambutan seperti balon, dan beberapa permainan kecil yang murah untuk game mereka dalam jamuan tersebut. promot di banyak sekolah

Jika anda pandai membuat kuih misalnya, sekarang pelajar UPSR dan PMR sudah abis belajar mereka tak belajar. apa salahnya anda cadangkan pihak sekolah untuk mengajar mereka membuat kak basiq dengan sedikit bayaran dari sekolah atau peserta .

idea anda perlu kratif untuk terus maju dalam bisnes

Tip buat duit sambil bercuti



ramai orang mahu bercuti, tetapi selalunya jika bercuti masalahnya dui habis. bagaimana agaknya anda boleh bercuti tetapi masih boleh membuat duit dari percutian anda tadi. hari ini saya kongsikan beberapa tip dan idea anda boleh membuat duit sambil bercuti.

1. menjual barangan secara on-line.

selain dari facebook sebenarnya terdapat beberapa platform untuk anda menjual antaranya adalah e-bay, lelong.com atau mudah.com. anda boleh menjual barangan yang anda tidak lagi guna tetapi masih berkadaan elok. semasa percutian anda walaupun 3 minggu bercuti anda boleh melayan pelanggan atau membalas email utuk menjual.

2. buat duit dengan foto

Jika anda berkemahiran dalam bidang camera dan foto, percutian anda mungkin boleh membuat duit. ada beberapa cara untuk membuat duit dengan foto yang ditulis bukunya oleh sahabat saya Mba San antaranya menjualnya di internet.

3. Buat duit dengan menulis.

Anda boleh mengabiskan masa anda dengan menulis dan menjual hasil penulisan anda memalui ebook atau novel dan paper-paper academic dan lain-lain.

4. Mengadakan latihan dan seminar

Ini yang paling selalu saya lakukan, saya akan pergi ke tempat yang saya nak bercuti atas keperluan latihan dan menganjurkan seminar. saya akan mengambil separuh masa untuk bekerja dan separuh masa lagi saya akan bercuti.

5. ajarkan English / budaya

Jika anda ke jepun misalnya anda boleh ambil kesempatan untuk mengajar bahasa atau budaya yang mereka mahu tahu...

6. gunakan bakat anda

Jika anda berbakat anda boleh menggunakan bakat anda contohnya bermain gitar jalanan dan melukis. perkara ini bukan budaya kita tetapi sebenarnya sangat berkesan, apa nak dimalukan.

7. bekerja sambilan

semasa saya di England dulu, ramai pelajar malaysia dari mesir akan ke UK bekerja sambil bercuti. mereka bekerja memetik buah apal atau stawbary. sudah mendapat duit poket mereka akan melancong sepuasnya.

8. bonus idea.

jika anda yag tidak ada resiko dan mahu melancong, anda join kesukarelawan keluar negara. biasanya semuanya akan ditangguang sepeuhnya..


selamat mencuba.

Thursday, October 3, 2013

Lapan tip jurujual hebat



1. Anda hanya dapat menjual jika anda percaya dengan barangan tersebut
Kepercayaan kepada barangan dan produk untuk anda jual adalah satu perkara kemestian. Sebelum menjual, gunalah, pakailah dan fahamkan seadanya barangan yang nak dijual tadi. Jika anda sudah percaya, saya percaya anda boleh menjualnya dengan hebat.

2. Be clear and direct
Barangan tu selalunya memang dah anda tahu kegunaan nya. malangnya pengguna belum tahu lagi kebaikan nya, kesesuaian nya. anda perlu menerangkan dengan baik dan semudah yang boleh. This is important because the biggest problem in sales is client confusion.

3. kenali pelanggan anda sebelum menjual.
Sebelum menjual ada baiknya anda mengetahui secara asas bakal pelanggan anda dan menjualkan mereka lebihkan skop kelebihan untuk kegunaan mereka.

4. Harga barang terletak siapa yang menjual, bukan kualiti barang.
ini semua adalah bagaimana pelanggan melihat presentation anda, fahamkan ..semuanya termasuk pakaian, cara menyampaikan hingga kertas kerja yang di sediakan. tip menjadi jurujual yang hebat

5. buat presentation anda menarik dan bersemangat
kebiasaannya saya menghadapi masalah dengan salesman yang membuat persembahan yang membosankan. buat persembahan anda menarik, tarikan yang menarik ianya berjangkit seperti menguap.

6. Jika anda tidak tahu, jangan jawab.
Ramai orang tersilap, menjual bukan seperti ilmu ahli politik yang semua soalan perlu jawapan. jika anda tidak tahu dengan jawapan kepada soalan yang di tanya jangan kelentong kerana perbohongan sahaja yang boleh menutup pembohongan seterusnya. menjadi jurujual hebat anda perlu dipercaya tinggi, lebih tinggi anda dipercaya lebih besar angka jualan anda.

7. Mulakan dengan Humor dengan menukarkan suasana ceria.
Saya berikan satu idea, selalunya untuk memulakan meeting selalunya ramai yang akan menukar business card, anda perlu ambil peluang ini. buat dan cipta business card yang mempunyai unsur humor, tetapi anda haruslah melihat suasana. anda jadikan perkara itu sebagai ice-breaker menyebabkan mereka mungkin ingat dengan lawak anda dan membuatkan anda lebih mudah kenal mereka.

8. You can always be better
Ilmu menjual adalah seni bukan ilmu sains maksudnya ianya boleh berubah dan sentiasa ada sahaja perkara baru dalam seni menjual. anda perlu belajar dan terus belajar.

Sunday, September 29, 2013

Tip marketing untuk butik bukan musim raya



1. Keluar dari kedai
Masuk ke pasar-pasar malam, terpulanglah nak guna van ke, kereta ke, motor ke tak kisah. cuba anda perhatikan orang kemboja menjual kain sepanjang tahun di pasar-pasar malam. Masuk tapak-tapak ekspo untuk menjual baju anda, ianya lebih baik dari baju-baju anda terperap tidak dijual. cari duit pusingan, jual murah sedikit dari harga butik membuatkan orang ramai terpaksa beli.

2. Projek sedekah
Anda mempunyai kedai butik, anda anjurkan tabung bersedekah baju kepada fakir miskin ke misalnya, anak yatim ke misalnya. buat pakej kepada mereka yang ingin menyumbang.

3. Projek pakaian seragam
Anda boleh mencuba memperkenalkan baju seragam berupa baju kurung dan baju batik untuk pejabat, untuk persatuan, untuk pelajar sekolah berasrama, pasukan kompang, pasukan yasinnan kampung dan banyak lagi. mereka akan menempah banyak lebih dari 30 pasang tempahan...itu kan berbaloi. buat iklan promosi dan berikan maklumat dan idea kepada mereka.

4. Idea kratif
Selain membuat baju kurung, cuba anda fikirkan kain-kain ni boleh buat apa? saya kurang mahir tapi tentu boleh dibuat. mungkin anda ada kain yang lebihan jahit yang lepas. mungkin anda boleh buat sarung bantal satu set dengan alas tilam untuk keluarga atau bilik anak-anak. Mungkin anda boleh buat alas komputer, penutup makanan dan lain-lain yang anda lebih arif...

5. Agen
Ini idea biasa melantik agen, tetapi pastikan mereka bayar..kalau tidak hutang anda makin menyempit. tumpukan kepada mereka yang bekerja..

6. Menjual secara on-line
Tetapi perlukan idea yang kratif, saya cadangkan anda memilih pelanggan sebelum masuk dalam bisnes on-line kerana sudah terlalu ramai mereka yang menjual secara on-line. Jika tidak mungkin anda hanya membuang masa anda.

saya berikan lagi 5 tip untuk anda...