Cerita kali ni berkisar pasal “Hari Raya”. Aku nak cerita pasal duit raya dan hari raya, aku dulu pernah berniaga dan pelbagai jenis perniagaan yang aku jalani dan salah satunya adalah menjual kuih raya. Masa aku tunggu viva untuk master aku dan masa tu dah dekat hari raya dan tak banyak projek yang masuk untuk kedai (computer) aku, aku mencuba le nasib aku untuk menjual untuk kuih raya…ya le aku ikut cakap bapak aku, kalau nak berniaga ni jangan kira sangat dengan kata lain “asal barang boleh jadi duit” semua aku jual. Bermula dengan aku mencari tempat untuk menjual kuih raya. Kalau yang biasa kat Shah Alam tentu tahu bangunan PKNS, kat situ le aku berniaga dulu (1999-2001).
Kuih raya
Aku memang tak pernah ada pengalaman untuk jual kuih raya ni, cuma masa aku kat universiti dulu aku ada le jual kuih tat nenas ngan kerepik pisang yang mak aku buat kat bebudak dengan staf (pensyarah) universiti tu dan ramai le yang beli. Bila aku balik kampung mesti banyak kuih yang aku bawak balik ke universiti dari kampung …biasa le …orang susah nak cari duit lebih sikit. itu le bermulanya cerita aku berkenalan dengan kuih raya.Kalau nak kira jenis kuih dan macam mana nak buat kuih ni lagi le aku tak tahu langsung. Yang paling aku tahu hanya le makan kuih je..hehe. dari pengalaman sedikit tu aku perkembangkan untuk jual kuih raya masa nak musim raya dan aku nak berkongsi dengan kekawan semua.
Walaupun berniaga dan memiliki syarikat komputer masa tu, korang tahu le kalau musim nak raya ni semua orang tak minat nak beli benda lain selain baju raya, langsir raya, kuih raya dan semua perkara yang berkaitan dengan raya. Tah macam mana aku boleh cakap dengan staf aku masa tu minta deorang je yang jaga kedai komputer untuk sementara dan aku nak berniaga jual kuih raya sebulan.
Aku ambil kuih banyak tempat, termasuk dari kampung (muar, johor) aku, ada yang dari kedah, perak,klang dan banting. Kalau boleh dibayangkan sekali diorang hantar tu satu lori penuh. Masa tu aku nekad je nak jual kuih raya dan aku tahu tentu ada keuntungan yang lumayan. Kalau kerepek ni jangan cakap le tak cukup dengan kedai yang dulu isi komputer ..musim raya penuh dengan kuih aku sewa sebiji rumah lain hanya untuk masuk stok kuih je.
Jual …menjual
Aku nekad je sebenonya, aku tak tahu yang boleh untung ke tak …tapi masa tu ramai le yang cakap kalau kuih aku tak laku, masa raya aku boleh tido atas kuih le. Kebanyakan pembekal nak
kan kita membuat tempahan awal. Kalau kita tak tempah dan ambil banyak-banyak tentu kita tak dapat jual dengan banyak kuih. Aku bukan menjual seorang diri je …aku ambil bebudak kampung aku 3 orang minta diorang jaga kedai aku dan aku bayar diorang gaji. Best le diorang dapat pi KL free, makan minum tanggung dan dapat gaji pulak tu …tak le diorang memotong sawit sebulan tu…hehe.Kalau aku kenangkan dan aku ingatkan seronok betul aku berniaga. Memang minggu pertama puasa permintaan tidak sangat menggalakan tapi bila minggu ke-2 dan seterusnya mula ramai yang datang.
Masim manis berniaga kuih
Yang manis tentule bila dapat duit … korang boleh tak bayangkan hanya menjual kuih raya boleh dapat duit tunai sampai lebih kurang RM 30,000.00 sehari. Aku fikir kalau sebulan pun payah kalau kita bekerja dapat duit sebanyak tu. Walaupun aku berniaga dan biasa dapat cek (sebelum bayar hutang dan lepas tu habis juga) tapi kalau tunai sebanyak tu memang tak pernah. Mungkin ramai yang biasa dan tak heran dengan pengalaman aku… tapi aku cukup bersyukur kerana aku dari keluarga yang bukan kaya dan tak pernah le nak tengok duit banyak. Dan kalau korang boleh bayangkan masa tu umur aku baru 21 ..muda lagi…lepas habis study..mana le pernah nak tengok duit bebanyak. Tapi walaupun duit tu bukan untung bersih tapi sekurang-kurangnya aku cukup gembira masa tu.
Perkara ni bebetul terjadi pada aku. kalau korang boleh bayangkan aku jual kuih RM 12.00 sekotak… orang kalau nak raya bukan beli sesikit lagi kalau orang yang bekerja tak sempat nak buat kuih. Sekali ambil 5, ada yang 10 ada yang lebih. Itu yang datang nak belikan orang kampung ..ada yang datang beli untuk beri anak yatim atau orang tu ke atau beli untuk persatuan atau parti politik sampai mencecah 500-1000 kotak sekali beli.
Kalau jual komputer dan pembinaan software yang aku buat selalu kekadang kena tunggu juga 2, 3 bulan baru dapat bayaran tapi jual kuih semua dapat tunai…tu yang suka tu. Seingat aku dari minggu ke-2 hingga seterusnya tak kurang dari RM 15,000.00 sehari hasil jualan aku masa tu. Banyak tu…kalau pi bank nak masuk kan duit sebeban duit … kekadang 3 hari sekali aku akan ke bank untuk masukan duitnya. Tapi bagi aku jual kena murah dari yang lain, untung sikit tak pa… tapi kita jual banyak…dah banyak-banyak untungnya banyak le.
Malam raya… lelong
Malam raya lagi best, memang ramai yang tunggu sampai malam raya baru nak beli kuih tapi selalunya memang banyak kuih yang dah habis. Bagi aku ada le banyak juga kuih yang tinggal kerana memang aku ambil banyak kuih dari pembekal untuk last minute . Kebiasaan nya peniaga akan jual murah bila malam raya kerana takut tak laku kuih raya nya tapi masa tu sebenarnya kebanyakan mereka dah untung banyak. Pengalaman malam raya lagi syok. Malam raya tu orang berebut-rebut sampai tak cukup tangan nak menjual. Memang banyak aku jual kalau korang boleh bayangkan duit masuk dalam beg plastik sampah (yang hitam) Hampir separuh dengan duit kertas nod 10 dengan 50. balik rumah kira duit lepas sembahyang raya…duit raya anak sedara pun tahun tu dapat sorang 50 …hehhehe.
Tapi apa pun, bagi pandangan aku faktor lokasi sangat penting. Ada juga kekawan aku yang berniaga kuih, pinjam duit bank…akhirnya tak dapat apa, berhutang dengan pembekal… kuih tak laku sebab terlalu banyak kuih raya di kawasan itu dan lokasi tak kena. Kalau macam kat shah alam dengan bangi tu..memang semua orang yang duduk situ akan balik kampung..disebabkan disitu kawasan industri. Kalau jual kat kampung aku..parit jawa…lain le pulak ceritanya.
Kena banyak kawan..
Jualan bukan sahaja kita harapkan dari pelangan yang beli di kedai je. Kalau boleh kita jadi pengedar, cari kekawan (mak cik- mak cik atau anak dara) yang kerja kat kilang tu suruh deorang jual kuih dan ambik kuih dari kita… kita untung dalam seringgit cukup dah… asalkan banyak yang terjual.
Banyak duit…
Bukan le aku bermaksud aku ni banyak duit. Tujuan aku hanyalah untuk menceritakan pengalaman aku masa dulu.Mana le aku ni banyak duit … kalau aku banyak duit , korang bayangkan le pembekal, pemborong yang bebesar tu lagi le banyak duit dan yang pastinya toke kedai tepung ngan gula le yang paling untung sekali. Kalau jual macam ni memang le tak berapa banyak untungnya. Satu kotak untung dalam RM 5.00 je..tapi tu kalau sekotak…macam mana kalau 10 kotak, 100 kotak, 1000 kotak atau…1000,000 kotak cuba korang bayang kan … aku bukan apa, nak beri semangat kat korang yang minat…mesti boleh punya “MELAYU BOLEH”. Tak le banyak sangat aku dapat lepas tolak modal, gaji , sewa dan lelain setakat “KERJA SEBULAN BOLEH MAKAN SETAHUN LE”. Ada yang nak cuba aku boleh cerita lagi lebih lanjut dan banyak lagi koleksi cerita-cerita aku dalam secebis pengalaman berniaga..salam hormat
1 comment:
Assalammualaikum...saya juga ingin mencapai cita - cita bermula berniaga macam tuan . insyallah..ada kerajianan dan kemahuan pasti ada jalan kan ..
Post a Comment