Peraturan 4 untuk
bebas kewangan :: Peraturan Keputusan ditangan anda.
Duit hanya kepingan kertas |
Setiap
hari kita mempunyai pilihan, memilih untuk ke kiri atau ke kanan dalam
membuat keputusan. Anda perlu memiliki kuasa memilih. Jangan berikan
kuasa memilih kehidupan anda kepada orang lain. Kejar impian anda sendiri dan
jangan biarkan orang lain meletakkan impian mereka menjadi keutamaan anda.
Jika
anda mempunyai beberapa ringgit di tangan sekarang, anda mempunyai kuasa
memilih. Anda yang memilih sama ada anda menjadi kaya , kelas menengah atau
miskin dimasa hadapan. Pilihan anda jika beberapa ringgit itu anda masukan
dalam tabungan untuk masa depan anda. Tetapi orang miskin sahaja yang mempunyai
tabiat berbelanja yang kurang terancang. Ramai juga yang bercita-cita untuk menjadi
kaya. Dia mengumpul membeli asset sebenar untuk masa depan mereka.
Dikampung
saya, di Muar ramai orang jawa yang mempunyai tanah yang luas di tanam sawit
berekar-ekar, untuk menjadi sumber pendapatan mereka. Mereka yang bekerja kuat
dari muda menikmati kesenangan dihari tua mereka dari hasil sawit. Pergi
mengerjakan haji berkali-kali, tetapi mereka tetap berjimat, low profile dan
menjadi jutawan senyap. Mereka ada anak-anak, anak-anak mereka mempunyai kuasa
memilih sama ada untuk terus mengekalkan warisan dari bapa mereka. Tetapi
mereka perlu memilih untuk belajar menjaga warisan tersebut. Banyak keluarga
kaya akan hilang asset mereka apabila diwariskan kepada generasi seterusnya.
Sebanyak
80% dari populasi manusia mengatakan banyak masalah jika menjadi kaya, dengan
itu ramai memilih untuk tidak menjadi kaya. Mereka selalu berkata “saya tidak
minat dengan duit”, “saya masih muda dan banyak masa untuk kumpul duit”, “saya
tak mungkin kaya”. Bagi saya masa adalah asset yang paling berharga. Kita tidak
boleh menjadikan alasan tiada wang dan menyebabkan kita tidak belajar. Anda patut
memilih setiap hari apa yang mahu kita lakukan dengan masa, wang dan apa yang
ingin kita belajar hari ini. Jika anda ingin berubah dari pemikiran semalam
ianya bergantung kepada siapa yang anda jumpa hari ini dan buku yang anda baca.
Pelaburan
paling beruntung adalah melabur dengan diri sendiri. Empat tahun dulu saya ada
menghadiri satu seminar hartanah di Kuala Lumpur. Saya hanya membayar beberapa
ratus untuk yuran menghadiri krusus yang dijalankan. Dari seminar itu saya
mendapat banyak idea dalam pelaburan hartanah. Saya telah melabur jutaan
ringgit dan meraih untung dengan pelaburan itu. Ini adalah salah satu contoh
saya maksudkan anda punya pilihan setiap hari, jika pilihan anda untuk menjadi
seorang yang kaya. Itu pilihan anda. Saya harap anda faham..
Pada
masa itu, saya juga punya pilihan. Saya boleh melabur hartanah tetapi tidak
belajar teknik yang betul untuk melabur.
Tetapi saya membuat pilihan untuk belajar supaya keuntungan yang dibuat
berlepat kali ganda. Ramai juga yang mahu mulakan perniagaan tetapi tidak
belajar bagaimana mahu berniaga. Menyebabkan mereka membayar harga yang mahal
dengan kegagalan perniagaan mereka, tidak belajar dan buat lagi juga rugi
semula...itu juga pilihan anda.
Anda
juga boleh memilih untuk melihat dan menganalisa kejayaan orang. Anda boleh
memilih untuk mengikut jejak langkah mereka, menganalisa keputusan-keputusan
yang mereka buat dan belajar dari kesilapan yang mereka lakukan. Anda juga
punya pilihan hanya bersembang di kedai kopi dengan kekaguman anda pada mereka
yang setiap hari terus kaya raya seperti syed mokhtar al-bukhary,
warren buffet dan tokoh usahawan ditempat
anda.
Anda
tidak boleh angkuh dengan idea orang walaupun anda bijak. Anda boleh
menganalisa keputusan yang mereka buat, mereka nasihatkan anda dan anda punya
pilihan untuk membuat atau tidak. Samalah juga dengan persepsi bacaan anda
dengan artikal ini. Selamat mencuba
Baharuddin
Mohamed : Rakan Motivasi Anda
No comments:
Post a Comment