Friday, November 21, 2014

USRAH KELUARGA.


Jika dipejabat , anda ada SOP yang nak di ikut. Jika dalam bisnes kita ada bisnes plan atau skt ( sasaran kerja tahunan ) untuk kita target. Kita meeting untuk bahagikan kerja masing masing.
Tetapi bagaimana kita mengatur kerja dan arahan untuk anak-anak dirumah sedangkan setiap hari kita sibuk dengan kerja dan bisnes kita.

Ini cara saya, saya sekadar berkongsi.

Saya adakan usrah atau perjumpaan mingguan untuk keluarga selwpas solat. Biasanya saya adakan pada malam jumaat. Anak-anak saya kecil lagi, tetapi mereka biasa, sudah bertahun tahun saya lakukan...mereka tertunggu tunggu setiap minggu.

Jika saya tak buat , isteri saya akan memimpin pada minggu itu.

Apa yang saya buat dalam usrah mingguan?

1. Saya akan berikan nasihat. Saya akan ceritakan beberapa perkara yang berlaku dalam keluarga. Saya akan ulang-ulang apa target kita untuk setiap orang.
Disini saya dan isteri akan cakapkan apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka

2. Saya akan sampaikan arahan dan tugasan mingguan kepada mereka. Ini untuk itu dan itu untuk siapa.

3. Saya akan dengar rintahan, cerita, luahan, lawak dari mereka. Setiap orang anak saya dan isteri saya akan bercerita apa yang berlaku seminggu sudah dan apa perancangan yang akan dibuat minggu hadapan. Saya biarkan mereka bercakap dan bercerita sepuasnya.

4. Mereka akan tahu perkara penting untuk setiap orang dan ingat mengingat. Mereka boleh komen dan nasihat antara satu sama lain tak kira kecil dan besar. Mereka boleh mengadu hal mereka dan orang lain pada saya dan isteri.

5. Bercakap. Saya melatih mereka bercakap, saya mahu mereka biasa bercakap. Saya tak mahu mereka pandai bekerja tetapi tak pandai menyampaikan apa yang mereka telah capai.
Mereka belajar marketing. Ramai orang pandai menanam, pandai membuat tetapi kurang pandai menjual.

6. Mendengar dan menghadam teguran. Melatih mereka mendengar dan belajar dari apa yang berlaku dari setiap orang.

7. Mereka akan mendapat pandangan semua sebelum melakukan sesuatu kerja minggu hadapan. Mereka akan minta pandangan.

8. Mereka belajar sesuatu dari semua cerita

9. Ini formula anak-anak rapat antara satu sama lain dan mendengar cakap.

10. Belajar bertanggungjawab apa yang mereka lakukan.

Sekadar berkongsi

Jangan buat 4 perkara ini bila dah kaya

Ustaz Nasihat ::


Jangan buat 4 perkara ini bila dah kaya...
1. Kalau kita dah kaya jangan takut nak sedekah ..takut duit habis.
2. Kalau kita dah kaya, elaklah dari benda maksiat. Sebab dah banyak duit kan...boleh enjoy je.
3. Bila kita dah kaya , kita dah mula jauh dengan keluarga takut duit habis dipinjam dan takut nak tolong orang.
4. Bila kita dah kaya kita tak de masa beribadat. Sebab sibuk dengan cari duit.
satu lagi
"Sesiapa yang belajar tetapi tidak berfikir adalah orang yang gagal. sesiapa yang berfikir tetapi tidak belajar adalah dalam bahaya yang amat besar"

Dalam membuat keputusan bisnes

Dalam membuat keputusan bisnes hanya ada hanya ada tiga cara sahaja untuk membuat keputusan.

1. Serang

Teknik ini sama lah seperti teknik peperangan. bila anda yakin anda menang , anda perlu memulakan serangan atau gempur untuk menawan sesuatu kawasan. adakah kawasan yang anda rancang itu sesuai dan tepat masanya dengan 'tentera' dan kecekapan teknikal yang anda ada?. anda perlu menyerang dengan kekuatan ala-kadar kalau itu pilihan anda ada. tiada siapa yang tahu serangan dan percubaan anda lebih kedepan boleh membawa kemenangan atau sebaliknya.

dalam teknik ini, anda bukan perlukan semata-mata semangat. Anda perlu belajar ilmu serangan. takut-takut mati katak je nanti. jika anda terlalu lama di kawasan anda mungkin anda akan terlalu selesa dan tetapi mungkin anda diserang.

Dalam bisnes, teknik menyerang bukan hanya bermaksud berlawan dengan pesaing semata-mata. serangan mungkin bertujuan meneroka bidang baru atau kawasan baru. jika anda lebih besar menjajah, anda lebih besar pengaruh, bila anda lebih besar pengaruh mungkin anda lebih kaya.

2. Elak atau undur
Teknik ini juga boleh anda guna dalam bisnes. kemenangan peperangan samalah seperti kemenagan dalam medan bisnes. saya maksudkan anda perlu bersedia dari segi pasukan, dengan masa yang tepat dan anda benar-benar yakin. kadang-kadang anda mula diserang dikawasan anda. ada banyak serangan, untuk tidak terus lesap dalam arena bisnes anda mungkin anda berundur sebentar atau mengelak dikawasan lebih selamat buat sementara waktu.

3. Hijrah
Mungkin anda sudah tidak yakin dengan bisnes yang anda jalankan sekarang, buat apa tunggu dan menanggung kerugian yang lebih besar. bukankan lebih baik untuk anda berhijrah ketempat lain dan melakukan langkah baru. Insyaallah berhasil.

kesimpulan.

secara basic nya memang hanya ada tiga je cara untuk mengurus bisnes dan membuat keputusan. mungkin ada 1001 cara lain hanya strategy tambahan dalam mana-mana tiga teknik diatas. Anda benar memerlukan ilmu berniaga, jika anda masih lemah dan tidak tahu bila masanya untuk anda menyerang, berundur sebentar atau berhijrah sebelum anda dibunuh terus atau mati kelaparan sendiri setelah dikepung musuh.
Moganya ilmu yang ringkas ini dapat menambah sesuatu kepada anda dalam mengharung liku-liku medan perniagaan yang lebih mencabar tahun 2014.

Coach bahar

Branding produk


Apabila mahu melakukan kerja-kerja branding, pertama-tama jawab soalan ini:

"Apakah idea di sebalik brand produk saya?"

Brand kita adalah 'tag-line' kita.

Contoh tag-line Air Asia adalah "Now everybody can fly." Jadi, idea di sebalik tag-line itu memang sangat mudah difahami.

Dulu tag-line Zaitun Industri adalah 'Tanpa Was-Was'. Idea di sebalik tag-line itu juga sangat jelas.
Tag-line kita wajib menyimpulkan janji kita kepada pelanggan. Dengan janji itu barulah akan tercipta hubungan-jiwa antara pelanggan dan brand kita.

Janji Zaitun = Tanpa Was-Was

Janji Air Asia = Now Everybody Can Fly

Janji PTS = Memandaikan Bangsa

Janji PAS = PAS For All

Tag-line mesti pendek. Dapat dicetak pada kad bisnes kita.

Sunday, October 26, 2014

Keadaan selesa boleh membunuh

==========================
Keadaan selesa boleh membunuh
==========================
Sikap yang terlalu selesa dengan keadaan sekarang selalunya berlaku pada orang kita. berharap dengan pertolongan dan bantuan dari kerajaan, ibu bapa dan saudara mara. Kononnya ini tempat kita, ini negara kita dan kita ada kelebihan di tempat sendiri.
.
.
Saya sudah sampai lebih 40 negara dan saya pernah tinggal di luar negara selama lebih 5 tahun. Jika di luar sana orang melayu dan orang malaysia semuanya rajin belaka, dan mereka menempa pelbagai kejayaan yang membanggakan. Jika di luar, kita terpaksa membuat apa yang terbaik ,alasanya itu bukan negara kita. begitu jugalah orang asing yang berkerja di Malaysia, mereka terpaksa membuat yang terbaik berbanding orang tempatan yang boleh 'balik tanam kampung , tanam jagong", itu pun kalau masih ada kampung.
.
.
Saya teringat dengan satu cerita, cerita pasal katak. katak ini adalah seekor katak di dalam periuk yang diletakkan di atas api untuk di rebus. bayangkan keadaaan katak tersebut, semasa baru di letak atas api airnya masih sejuk. Sekian lama di rebus, airnya menjadi suam, katak masih berenang dengan gembira. Air menjadi panas , katak makin selesa seperti dalam SPA atau 'jacuzzi' dan tidak mengindahkan keadaan sekeliling yang panas sedikit.
.
.
Tetapi , apabila air mendidih katak tidak mampu berbuat apa-apa. katak itu mati katak dalam periuk tadi dengan tidak di sangka-sangka perubahan yang berlaku. katak tersebut berada di dalam keadaan selesa dan leka dan secara tiba-tiba situasi membunuh tiba.
.
.
Keadaan ini seperti dalam kehidupan seharian sama ada anda seorang pelajar sekolah, atau pelajar universiti, pekerja atau peniaga, atau ahli politik mahupun rakyat biasa. Selalunya terjadi keadaaan selesa di dalam hidup kita, di mana kita mengecapinya dan tidak merancang untuk melakukan sesuatu untuk pergi ketahap yang lebih baik.
.
.
kita seronok dengan menikmati keselesaan tersebut sehinggalah persekitaran berubah yang memaksa kita berubah. pada ketika itu kita telah terlambat untuk melakukan sesuatu.
.
.
Anda jangan terlalu selesa dangan keadaan sekarang, jika anda seorang ahli politik dan menang pilihanraya misalnya bekerjalah sedaya upaya untuk rakyat jika tidak anda akan di ganti untuk pilihanraya yang akan datang. Jangan terlalu alpa dengan perhormatan dan orang berebut-rebut nak bersalam dengan anda ketika anda ada kuasa, jika tiada kuasa tiada siapa yang pandang. betul kan ini hakikatnya...
.
.
Jika anda berniaga, perlu sentiasa peka dengan perubahan terkini. Misalnya, dulu anda berniaga dan terpaksa berjumpa orang untuk membuat pemasaran. sekarang anda perlu tahu adanya media sosial dan kuasa internet. Anda perlu melihat dimanakah media baru ini boleh membantu meningkatkan jualan anda. Jika tidak, anda akan tertinggal dengan pesaing anda.
.
.
Jika anda masih bekerja, lebihlah anda perlu berjaga-jaga. Sekelip mata anda akan kehilangan kerja dengan pelbagai sebab rapuh, tak kisahlah jika anda orang kerajaan atau orang kerja swasta. Keadaan bos tak suka anda, keadaan anda tak suka bos, keadaan pejabat dan suasana tempat kerja baru kurang sesuai, keadaan anda sakit secara tiba-tiba, keadaan anda dipaksa berhenti sebab kilang nak tutup operasinya.
.
.
Ianya benar, bukan saya sengaja nak takut-takutkan anda.... anda boleh nilai sendiri. Moga ada sesuatu yang bermakna dari apa yang saya sampaikan..... Sekarang, anda perlu memikirkan dan merancang masa depan anda dan keluarga anda, selamat bekerja.

10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah

============================
10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah
============================
1. Menyediakan tempat kerja khas yang selesa
Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.
Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai maje yang selesa untuk anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT..anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan menharapkan duit masuk.
.
.
2. Bekerja mengikut waktu.
Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja. kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinlah diri, jangan asik nak ke pasar je. mana kerja nak menjadi dan nak siap.
.
.
3. Hubungan dengan kerja secara berterusan
Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.
.
.
4. Ambil masa rehat
Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. contohnya ambil lah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.
.
.
5. Jangan dibersihkan.
Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja. kadang-kadang anda tak lah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mod untuk bekerja. biarkan bersepah...
.
.
6. Disiplin
Kalau nak buat perjumpaan , cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.
.
.
7. Tinggalkan rumah sehari dalam seminggu
tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan BOSAN. saya syorkan untuk anda pilih lah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya.
.
.
===================
8. Buat kerja secara rutin
===================
1. Bangan tidur,
2. ersihkan diri, mandi dan bersiap. jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
3. Buat sarapan
4. Masuk tempat kerja
5. Buat panggilan pelanggan
6. Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan
7. Balik jam 2 buat kerja balik
8. jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh
9. list kerja apa nak dibuat esoknya
10. ulang langkah pertama.
.
.
9. Buat kerja anda.
Jangan pula , metang-metang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda. ini betul...kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat. faham kan yang ni.
.
.
10.Stay professional
Walaupun anda kerja dari rumah ..ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di office.

Madrasah Sains Impian

==================
Madrasah Sains Impian
==================


Lama saya ambil masa untuk buat keputusan, sehingga saya dapat sokongan dari kawan-kawan. Saya rendah diri betul dengan tanggungjawab ni. Tapi saya ingat mak cakap " nak pahala pun kena berusaha, sama juga macam nak kaya. Jangan tunggu semuanya sempurna " buat saya celik mata.
Saya belajar berlatarbelakangkan sekular, belajar agama pun cuma sampai darjah 6 sekolah agama johor. Masuk kelas Khas agama johor tak habis sebab kena masuk asrama dulu.
Tapi
Saya ditawarkan sebuah madrasah berkeluasan 7 ekar. separuh siap dan ditinggalkan kerana beberapa sebab tertentu oleh pemiliknya. pemiliknya terpaksa ke luar negara. Madrasah ini telah dibangunkan sendiri oleh pemiliknya disebuah kawasan yang sangat cantik. Memuatkan 100 orang pelajar dalam satu-satu masa, siap dengan dewan makan, surau, asrama dan lain-lain. 10% je lagi tak siap.
Belakangnya terdapat 4 kandang kambing dan ayam. kita buat madrasah ini dengan konsep keusahawanan. Harapan saya perjalanan madrasah ini tidak lagi meminta-minta. Allahuakbar .... dapat saya sumbang dari bisnes mereka sendiri.
" Bela ayam untuk dijual semula, paling kurang boleh dijual semula dengan dimpian catering. dimpian catering mengguna pusingan daging ayam 2 tan sebulan. jaga kambng boleh jual untuk kambing golek. " itu kata sahabat-sahabat saya.
Bukanlah saya berduit sangat, saya bukanlah baik sangat, saya bukan mampu sangat tetapi saya yakin dengan perkongsian rakan-rakan, saya mampu buat.
Saya bercadang, January ni adalah kemasukan pertama pelajar kami. kami cari guru, kami cari ustaz yang berwibawa. saya cari mereka yang mengurus. kami mahu mulakan kerja..
Jangan ketawakan saya, saya akan cuba sedaya upaya saya. usaha ini bukan kerana nama. Usaha ini untuk melihat jurutera tahfiz, doktor kita yang hafiz quran. ya cita-cita saya besar. " jika saya tidak mempunyai impian , saya sebahagian dari impian orang lain " .
Hidup ini terlalu singkat untuk kecewa.
Siapa yang menyokong usaha saya bolehlah like, cari kekuatan sokongan.