Tuesday, January 29, 2013

Mohamad Khairul Irfan


Mohamad Khairul Irfan 

Masih aku ingat lagi, masa itu perkara yang paling aku takut adalah deringan telifon, panggilan dari kampung. Sudah 4 hari aku terpaksa ke Melaka atas urusan kerja, tidak boleh tidak. Aku baru sahaja diberi tanggungjawab sebagai ketua jabatan dalam umurku setahun jagung. Kerja memerlukan commitment 100%, perlu banyak dibuat dengan keadaan dan “ladang” masih lapang tanpa sebarang tanaman. Dalam masa yang sama inilah saat yang paling aku tunggu dalam pradigma kedua hidup aku. Kelahiran putera pertama ku, Allah sahaja yang tahu betapa rindunya aku tika itu pada isteri, dengan bayangan “buruk” sentiasa bermain berulang kali. Dalam saat dia menanti akan kelahiran anak pertama kami, aku terpaksa berjauhan dengannya. 

Walau awin kuat semangatnya, kekadang kekuatan itu membuatkan aku menanggis kerana bersyukur memilikinya sebagai teman hidupku. Due-date lahirnya putera sulungku dijangka hari ahad 28.01.2001, tanggal keramat. Lahirnya seorang lagi keturunan “long”, datuk ku pejuang kemerdekaan masa dulu. Sekurangnya “kebarangkalian” setitik darah kepimpinan dan kepahlawanan tentu mengalir dalam tubuh anak itu. Sehari sebelumnya aku masih di sana tidak disamping awin, bersama merasai nikmat kelahiran itu, hati ku meronta.

Petang sabtu 27.01.2001 aku mohon pulang awal dengan alasan. Berdebar hatiku, melaka ke muar bukan jauh tetapi seakan beribu batu. Selaju mungkin aku memandu, hanya mahu melihat wajah isteri ku. Dimuka pintu, isteri ku hanya tersenyum dengan kepulanganku. Dalam saat segenting itu masih boleh dia tersenyum. Subuh 28.01.2001, Mohamad Khairul Irfan lahir dengan selamatnya. Ya Allah, kulihat wajah irfan, ku genggam tangan awin, aku bersihkan darah dibadannya dan aku azankan tanda kesyukuran. Disaat itu aku telah menjadi seorang ayah. Bertambah berat tanggungjawab aku aku pikul.

Anak ku irfan, Semalam, 28.01.2013, genap 12 tahun umurmu, selamat hari lahir anak ku. kau permata ku, kau penghibur ku, kau harapan ku. Perlulah kau ingat, harusnya besar tanggungjawab menanti dihadapan mu. Moganya aku berdoa, keimanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keceriaan menjadi gambar-gambar dalam perjalanan hidup mu. Doaku moga aku menebas jalan “betul” aku membimbing mu mencapai cita-cita besar itu kerana ALLAH.

Ayah Mu
Baharuddin Mohamed, subuh 29.01.2013

No comments: