Tuesday, September 27, 2011

Mutiara kata

Motivasi:: Kita sebenarnya lebih banyak menghabiskan masa, idea dan tenaga kita utk memperkayakan orang lain(bayar bank dll). ketidakseimbangan antara pendapatan dgn pembelanjaan menyebabkan kita sentiasa sesak dalam perjalanan kehidupan. Kurangkan berhutang dan memakailah ala-kadar. Berusahalah dari sekarang membetulkan kesalahan silam.

Nasihat:: Jangan terlalu selesa dengan percapaian anda sekarang. Teruskan usaha untuk anda lebih berjaya. Keadaan 'tertekan' @ 'terpaksa' @ susah dalam kehidupan, kadang-kadang membawa kita lebih cemerlang dalam kehidupan. Biasakan diri anda dgn kesusahan bagi memastikan kesenangan masa depan.

Motivasi:: Cuba wujudkan hadiah @ cipta projek walaupun kecil setiap hari bagi memastikan anda terus bersemangat utk terus berkerja. Mulakan dengan senyuman....

Nasihat:: Jika anda yakin dgn apa yg anda buat ....anda teruskan dan buktikanya tetapi jangan memperkecilkan @ memperbodohkan apa yg orang lain lakukan. Bukan kah itu lebih baik.

Motivasi:: Mulakan perniagaan anda dengan wang simpanan sendiri, Mulakan perniagaan anda secara kecil-kecilan. Jangan membuat pinjaman walau dgn bank, saudara lagi-lagi dari along. INGAT! menurut kajian, 9/10 pernigaan yg baru dimulakan GAGAL pd thn pertama.

Motivasi:: Pilihlah perniagaan yang boleh beroperasi dengan sendirinya tanpa anda nescaya anda akan menjadi seorang usahawan yang berjaya. Jika perniagaan itu beroperasi hanya kerana anda tentu ianya hanya sementara bukan boleh diwarisi. fikir-fikirkan lah

Motivasi::Mulakan hari baru dengan penuh semangat, yakin dan ceria tentu resultnya cemerlang..

Motivasi:: kejayaan anda hari ini bukan semata-mata kerana nasib dan kebetulan tetapi adalah kerana usaha anda yang lepas. Oleh itu bagi memastikan kejayaan anda di masa hadapan yang lebih cemerlang adalah bergantung kepada usaha dan tindakan berani anda hari ini.


Motivasi::
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidup mu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhan mu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha kita itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa kita akan berjaya dari apa yang kita usahakan.

Motivasi:: Anda sudah membaca banyak buku motivasi, anda sudah ke banyak ceramah motivasi, anda sudah belajar dan cukup bermotivasi. Itu semua tidak berguna jika tidak anda laksanakan dan memulakannya. Buatlah dari sekecil-kecil usaha dan mulakan SEKARANG....sekarang, bukan esok!.

Motivasi:: Anda hanya perlu membuat beberapa perkara dgn betul di dalam hidup anda selagi anda tidak membuat terlalu banyak perkara yg tidak betul.

Motivasi::Saya pernah gagal dan saya pernah kecewa dengan kegagalan saya tetapi sebenarnya kegagalan itu menyebabkan saya lebih berani dan berhati-hati untuk tidak gagal lagi sekali. Insyaallah

Motivasi:: ramai org tanya saya "apa biz yg sesuai untuk aku ya". sebenarnya biz yg paling sesuai utk anda adalah berkadar terus dgn apa yg anda minat @ cita-citakan. cth anda punya bakat jadi cikgu, biz yg paling baik mungkin menjadi penceramah motivasi. kalau minat anda jadi polis, mungkin biz paling sesuai adalah biz bahagian keselamatan. kalau anda suka bersukan, rasanya apa biz sesuai utk anda. masing2 berbeza.

Motivasi:: Apa yang ada pada cerita “ semalam “, hanya tinggal sejarah dan kenangan. Yang lebih penting adalah cerita hari ini yang mencorak kehidupan hari esok. Kenangan “semalam” hanya cerita basi yang hanya boleh menjadi panduan perjalanan hari ini dan hari-hari yang mendatang. Siapa yang punya hak dengan masa depannya…masa depan yang belum pasti akan penghujungnya. Siapa yang boleh meneka akan apa yang akan terjadi dengan hidupnya esok.” Bahar, Muar.

Nasihat hari selasa::Peluang utk berjaya bertambah apabila percubaan bertambah. Cubalah berbagai-bagai kaedah utk membangunkan perniagaan anda. Mungkin ada kaedah yg tidak dpt digunakan. Mungkin ada kaedah yg akan membawa anda kpd kejayaan yg lebih besar.

Motivasi:: Bila saya menjadi Boss, saya sentiasa dianggap hero... saya diharap boleh menyelesaikan semua masalah dlm semua keadaan. Masalah syarikat, masalah staf, masalah pelanggan, masalah projek. Semuanya perlu ada toleransi, perbincangan dlm menyelesaikan masalah. kadang-kadang org campak batu sembunyi tangan. Saya cuba buat yg terbaik selagi tidak dipijak-pijak dan di enjak-enjak. bukannya mudah ......

Nasihat:: Anak-anak ku, staf-staf ku dan sahabat-sahabat ku. Berusahalah sedaya upaya dan selagi ada daya. Insyaalah semua perkara yg dinginkan akan berjaya.

Nasihat:: pendapatan @ gaji yg meningkat tidak menyelesaikan anda dari masalah kewangan. Menyelesaikan masalah tersebut hanya dengan disiplin menyimpan. Menasihat @ memberi idea pada orang lain lebih mudah dari melaksanakan pada diri sendiri. anda cuba, anda dapat.

Motivasi:: Anda harus punya jati diri untuk menghadapi @ mengharung dan menyelesaikan masalah syarikat anda hari ini, bukan lari dari masalah tersebut. Jika anda lari, masalah itu tetap mengejar anda. Selesaikan secara berkhamah.

Motivasi:: Saya telah membeli sebuah rumah awal tahun 2011 dgn harga 220 ribu dan mengubahsuainya sedikit dan menjualnya semula dgn harga 300 ribu bulan lepas....saya ingin berkongsi rahsianya pd yg berminat. Mulakan kejayaan anda dari langkah pertama....

Motivasi:: Tak kira berapa besar perniagaan anda @ banyak mana pendapatan anda dapat @ anda hanya seorang penarik beca. Adalah lebih penting berapa RM yg ada dapat simpan setiap bulan utk tabungan masa depan. Hidup anda lebih ceria dan bahagia....insyaallah.

No comments: