Wednesday, September 21, 2011

Prakata :: Tranfomasi idea menjadi realiti


Menulis dari kaca mata dan pandangan disaat ‘seorang hamba’ yang bersyukur. Perasaan saya kosong tika ini, fikiran saya melayang, saya ingin meluahkan sesuatu dengan perkataan ‘TERIMA KASIH’.

Cita-cita saya besar, cukup besar. Mungkin seribu orang lain, yang masih ada atau yang telah pergi buat selama-lamanya mempunyai cita-cita yang sama. Ada antara mereka yang berjaya dan sebahagiannya gagal dipangkal dan pertengahan jalan, bagaimana dengan saya?, adakah ini hanya anganan. saya ingin menjadi insan yang bersyukur atas nikmatNYA, ingin mati dalam iman dan hidup dengan islam.

Warkah ini bukan untuk sesiapa, hanya cetusan minda seorang anak muda yang sedang terjaga, menikmati kebesaran kekuasaanya. Saya ingin kaya dan berjaya, saya ingin jadi usahawan yang berfikiran besar dan mempunyai beberapa rangkaian niaga. Saya ingin menjadi seorang yang berhujah dengan ilmu dengan banyak membaca. Boleh memimpin dan dapat membantu 100 orang, mungkin 1000 atau mungkin 10000 mereka yang memerlukan. Harta yang saya cari masa itu bukan untuk saya tetapi untuk "mereka". Saya mahu menjadi anak yang berguna, suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab.

Asal usulnya saya hanya sekecil serbuk, buruk dan rendah. Saya bukan pelajar yang pandai dari sekolah. Ingat lagi tika itu di sekolah rendah, kad kemajuan sekolah merah semua markahnya. Murid 35 dalam kelas, sayalah berkedudukan akhirnya tetapi seperti satu keajaiban berlaku disaat genting saya cemerlang. Perkara ini berulang-ulang seperti satu pusingan. Dari sekolah membawa ke zaman universiti, di alam kerja hingga ke sini. Saya hanya bernasib baik bukan yang terbaik membuatkan aku insaf.

Aku belajar akan banyak makna kata, ‘kematangan’, ‘pengorbanan’, ‘kesetiaan’, ‘ketenangan’, ‘kesedihan’, ‘kegembiraan’, ‘nikmat’, ‘peluang’ dan ‘kemenangan’. Saya diuji dengan pelbagai dugaan dalam warna warni kehidupan. Saya pernah gagal dan kecewa dengan kegagalan itu, rupanya kegagalan itu membuatkan saya tersedar dan lebih maju.

Tetapi saya masih diberi peluang olehNYA, saya bangkit untuk menjadi orang yang luar biasa. Ramai yang berkorban untuk melihat aku berjaya, terlalu ramai. Saya tidak mahu mereka kecewa kali ini. Hari ini,tiada kesimpulannya, esok masih ada. Moga hari-hari mendatang Allah mendorong saya membuat perkara ‘BETUL’ dalam perjalanan sementara ini.

menulis untuk anak-anakku yang kusayangi

No comments: