Tuesday, September 20, 2011

Tips keusahawanan 1 :: Laburkan semula keuntungan

Gambar ini hanya hiasan, tidak ada kena mengena tulisan dibawah


Saya berpandangan, masalah kebanyakan usahawan gagal dalam perniagaan mereka adalah kerana kurang pengetahuan dan tiada perancangan teliti yang teliti dalam pelaburan mereka. mereka juga tidak melaburkan semula keuntungan perniagaan mereka untuk menjana lebih banyak duit. Kebanyakan dari mereka akan menggunakan duit keuntungan yang mereka dapat dengan tujuan selain dari tujuan berniaga.



Saya mempunyai seorang kawan yang bekerja tetapi dia mempunyai kerja lebih masa dengan mengambil upah memperbaiki barangan elektrik dan membuat kerja-kerja pendawaian elektrik. En.Malik selalunya mendapat projek-projek kecil dikampung untuk dia sangat berminat dengan apa yang beliau lakukan. Tetapi masalahnya, dari tahun ke tahun Malik tidak berubah dan berada ditakuk lama dengan masih bekerja dengan orang dan mengambil upah memperbaiki pendawaian elektrik pada waktu senggangnya. Bila di selidiik dan ditanya, Encik Malik langsung tidak menyimpan dan melaburkan semula keuntungan kerja part timenya untuk perniagaan masa depan. Bagaimana dengan anda, adakah mempunyai masalah yang sama.



Saya beri satu lagi kasih yang boleh diambil tauladan. Warren Beffet antara orang terkaya di America abad ini. Beliau telah mambeli mesin permainan ‘pinball’ untuk tujuan perniagaan pada waktu beliau masih kecil dan bersekolah rendah. Hasil keuntungan dari satu mesin tersebuat, beliau telah laburkan semula dan akhirnya telah mempunyai 8 mesin ‘pinball’ yang diletakkan berasingan tempatnya. Dilaporkan beliau telah berjaya mengumpul sejumlah USD174,000 bersamaan USD1.4 juta jika dinilai pada nilai matawang sekarang.



Sebagai seorang usahawan anda harus berhati-hati dengan duit modal dan keuntungan yang diperolehi. Anda hanya boleh berbelanja duit modal yang diperolehi hanya untuk tujuan perniagaan. Duit modal tidak boleh digunakan untuk kepentingan peribadi seperti mambeli kereta, bergembira dan lain-lain.

1 comment:

faizah daud said...

saya sangat suka baca blog encik, saya berniaga butik pakaian. adakah encik ada menganjurkan apa apa kursus untuk usahawan bumiputera

email saya : faizahdaud78@gmail.com