Kadang-kadang nasib tidak atau belum menyebelahi kita dalam sesuatu perkara, datangnya tidak disangka-sangka dan munculnya bertimpa-timpa. Di tahun 1 di universiti saya telah kehilangan ayah tercinta, meninggalkan saya dan ibu buat selama-lamanya. Saya kehilangan tempat bergantung dan sumber pendapatan keluarga. Ini diburukkan lagi saya tidak mendapat biasiswa @ pinjaman disebabkan hanya nama saya tercacir dari senarai penerima biasiswa (atas kecuaian pegawai) dan kononnya tersalah hantar ke universiti lain. Hampir 2 tahun saya belajar di universiti terpaksa dengan bekerja dan berniaga.
i) Cenderamata buat duit.
Saya belajar di universiti kebangsaan Malaysia (UKM), saya sangat suka dengan akticviti pelajar dan saya adalah sangat aktif menyertainya. Pengalaman membuat buku perasmian dan menyediakan cederamata bukanlah perniagaan pertama saya di UKM. Sebenarnya banyak peluang erniagaan kecil untuk bidang ini. Pada pemulaannya saya hanya mengambil tempahan dan menempahnya terus ke kedai-kedai cenderamata sekitar bangi dan kuala lumpur. Setiap program pelajar memerlukan buku cenderamata dan cenderamata untuk diberikan kepada penceramah, peserta atau mereka yang berkaitan dengan program tersebut.
Setelah mendapat beberapa pengalaman, saya boleh merekabentuk sendiri buku dan membuat beberapa cenderamata sendiri untuk pelajar. Banyak sebenarnya idea yang boleh di kembangkan, dari buku perasmian program, baju hinggalah cenderamata. Anda bayangkan sekiranya satu program memerlukan 50 helai baju dengan harga RM25 sehelai tentu kalau sehelai anda mendapat keuntungan dari RM2-RM5 sehelai anda mendapat pendapatan 100 – 250 untuk projek tersebut. Bagaimana kalau 5 projek berjalan, berapa gaji anda. Yang pastinya saya mendapat duit lebih dari jumlah biasiswa yg diperolehi oleh rakan-rakan saya. Perniagaan ini tidak perlu modal...
Kerja saya hanya merekbentuk logo mengikut kesesuaian program dan menempahnya di kedai yang terpiih untuk baju yg di tempah. Begitu seterusnya dengan barang cetakan lain seperti buku cenderamata, tanda nama, cenderamata peserta, beg dan lain-lain. Pendapatanya lumaian dan perlu rajin dan usaha.
15 tahun dulu, masa saya belajar di kampus saya telah menggunakan kereta dan hand phone. Perkara ini biasa sekarang, tapi kebanyakan kereta yang anda pakai tentu dari pemberian keluarga bukan dari usaha anda sendiri. Saya telah mempunyai kereta dan memakai hand phone di tahun pertama di universti hasil berniagga kecil-kecilan. Saya yakin anda juga mampu melakunya....
Semua perniagaan kecilan saya masa itu bukan untuk kaya dan banyak duit tetapi hanya sekadar latihan dan menampung kos kehidupan saya dikampus. Saya langsung tidak mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Saya akan cerita pada semua bagaimana boleh memperolehi gaji seorang eksekutif (RM3000 sebulan) walaupun anda seorang pelajar dalam bab-bab seterusnya.
1 comment:
looking forward for your next post, abg baha :)
-anis-
Post a Comment