Tuesday, September 20, 2011

Tips Usahawan 3: Berani membuat keputusan




BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN Dalam membuat keputusan perniagaan, kita haruslah berani dan bertanggungjawab atas keputusan yang kita buat. Setelah membuat keputusan jangan takut terima kenyataan perkara yang akan berlaku akibat dengan keputusan yang kita buat. INGAT “tidak secara total keputusan yang kita buat itu SALAH, dan tentunya tidak sentiasa BETUL secara keseluruhannya”, ia bergantung pada suasana dan keadaan. JIKA keputusan yang kita buat itu didapati SALAH, maka jangan rendah diri dan teruskan usaha dan jangan takut mencuba. Saya percaya Setiap orang ada melakukan kesalahan dan kesilapan dalam membuat keputusan, tidak kira kesilapan kecil ataupun besar. Apa yang penting adalah setiap kesilapan yg kita lakukan AKAN mengurangkan satu lagi kebarangkalian kesalahan utk kita buat keputusan dimasa akan datang.



1 comment:

Wady said...

Nasihat yang sangat berguna..