Kesedaran untuk saya menulis pengalaman saya ini adalah atas keyakinan saya ada mahasiswa yang mencari-cari idea untuk memulakan perniagaan. Perkongsian maklumat ini diharap dapat sedikit sebanyak member motivasi untuk meneruskan hasrat anda berniaga kecil-kecilan disamping menyempurnakan kerja hakiki dengan menyiapkan sijil, diploma, ijazah, master degree mahupun PhD anda.
Saya telah mengambil ijazah sarjana muda Teknologi Maklumat di UKM pada masa itu. Sedikit sebanyak saya mengetahui dalam bidang komputer. Saya menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar lain yang belajar bukan dalam bidang komputer seperti bidang ekonomi, pengurusan perniagaan dan lain-lain. Saya bermula dengan hanya membantu rakan-rakan saya untuk membelikan komputer yang sesuai untuk mereka. Saya mula menghidu peluang berniaga dengan membeli komputer dari supplier dan menjualnya dengan rakan-rakan dengan tambahan harga pengurusan. Lama kelamaan semakin ramai rakan-rakan meminta saya membantu membelikan komputer mereka. Mungkin sekarang harga komputer sangat murah berbanding harga komputer 15 tahun dahulu. Keuntungan jualan sebuah komputer boleh mencecah hingga RM500 untuk komputer yang dipasang sendiri bukan komputer branded (Acer, HP dan lain-lain).
Kekurangan saya adalah tidak pandai memasang komponan komputer tersebut dan mambaik pulihnya. Ini mengakibatkan saya terpaksa menghantarnya semula kepada kedai komputer. Dengan kesedaran itu saya belajar kelas malam mengambil deploma kejuruteraan komputer dan rangkaian di kolej swasta di kuala lumpur selama setahun dan siang hari saya belajar seperti biasa di universiti. Saya hanya berminat sebenarnya dalam modul membaikpulih dan rangkaian. Saya mula mengambil upah untuk membaiki komputer sekecil reinstall perisisan kompueter hinggalah memperbaiki mainboard yang rosak. Harga reinsall komputer pada masa itu adalah RM30.00.
Bila saya tidak menang tangan untuk mendapat tempahan belian komputer dan memperbaiki komputer, saya mula melatih pelajar lain untuk saya membantu. Sampai satu tahap saya telah mempuunyai kedai kecil khas untuk dijadiikan tempat berurusan dan memperbaiki computer pada masa itu. Disamping saya menjual dan memperbaiki komputer saya sesekali menjalankan kursus berbayar memperbaiki.
Saya yakin lebih 70% pelajar IPTA mempunyai komputer mereka sendiri dan masih hanya user biasa yang tidak mengetahui untuk memperbaiki komputer tersebut bila rosak. Perniagaan kecil ini memerlukan kemahiran dan biasa dengan perisian dan peralatan komputer. Ia juga memerlukan sedikit modal pusingan sekurang-kurangnya RM5000. Pelajar-pelajar sains komputer dan kejeruteraan sangat sesuuai dengan perniagaan ini kerana selain anda mendapat duit untuk menyara kehidupan, anda juga mengaplikasikan segala ilmu yang diajar didalam bilik kuliah. Pengalaman di kampus itulah saya bawa untuk berniaga setelah tamat pengajian saya di UKM. Biar kecil tapi berhasil..selamat Berjaya.
2 comments:
Idea yang sangat bagus. Terima kasih berkongsi.
BUAT DUIT DGN HANDFON ANDA. DAFTAR PERCUMA http://www.mytoneplus.com/zulyusoff
Post a Comment