Assallamuakaikum Tahun 1997, 15 tahun dulu umurku baru 21. Pada masa itu TECHSCOMS Sales & Services telah aku tubuhkan dan kemudianya menjadi TECHCOMS Sdn. Bhd. Minat dalam bidang perniagaan bermula dari kecilku dengan membantu mak menjual air batu kacang dan rojak petis di gerai depan rumah, agaknya. TECHSCOM Sdn. Bhd. bermula dengan menyewa sebuah kedai yang berukuran "12 kaki X 15 kaki" di Seksyen 2, Shah Alam. BERNIAGA bermula dari hobi, Walaupun aku sesibuk mana pun aku tetap meneruskan minat dan hobi aku. Kenapa aku kata hobi, kerana memang aku suka berniaga, jumpa orang, menolong orang dan kenal ramai kawan dari meniaga. Dalam masa yang sama adalah dapat beberapa projek yang aku dapat dari beberapa kawan-kawan rapat aku pada masa itu, yang semuanya aku jalankan sendiri, secara kecil-kecilan sahaja. Masa tu aku le kuli, akulah budak hantar surat, aku le yang buat sistem , aku le jurujual dan tentunya aku le bos dalam syarikat aku. Selain aku meneruskan kerja-kerja aku seperti menjual komputer, aku ada juga membuat sistem-sistem kecil untuk permintaan individu. Sistem yang pertama aku buat adalah Sistem Koperasi Persatuan Guru-Guru Sekolah Agama di daerah Klang. Sistem tu senang je aku siapkan dalam masa 2 bulan sambil sibuk-sibuk benda lain. Sistem tu mengenai pengurusan keahlian, kemas kini data, maklumat ahli berdaftar, sistem kewangan koperasi, agihan keuntungan, akaun pinjaman dan beberapa item yang aku dah lupa. Aku ingat lagi bila aku dapat cek atas nama syarikat aku TECHSCOMS sale and services berjumlah 7 ribu,wow malam pun tidur senyum gembira. Pembayaran itu dibuat untuk harga 2 biji komputer dan sebuah sistem, murahkan. Lama kelamaan makin sibuk pulak le aku dengan macam-macam permintaan. Dari situ ada pihak yang meminta aku membuat sistem Pengurusan Sekolah, Sistem Pemarkahan Guru, Sistem Cyber Cafe dan membuatkan aku dah tak menang tangan. Dari situ lah juga aku ramai kawan dan ramai aku kenal. Semua yang aku buat sistem yang melibatkan database.... Dalam banyak-banyak kawan tu aku ada le kenal seorang sahabat yg baik hati, hj Sani. Dia le yang beri perangsang kat aku untuk meneruskan perniagaan aku. Hj Sani adalah pensyarah yang dah lama kat tempat yang aku mengajar masa tu "cosmopoint" dan juga bos aku. Aku cerita serba sedikit pasal dia ni, dia ni dulu cikgu dan lepas ambil master dia join sebuah kolej cosmo.dan dia punya perwatakan yang sangat aku senangi. Beza umur aku dan dia 15 tahun dan aku dah anggap dia macam abang aku. Satu hari dia berkata dengan aku lepas menum kopi, “baha, apa kata aku kerja dengan kau”, terbeliak biji mata aku dan macam nak tersedak pun ada masa tu dan aku anggap dia main-main. Tapi sangkaan aku salah dia beria-ia dan bercerita tentang apa yang aku buat selama ini boleh dimajukan lagi dan dia yakin aku akan berjaya. Aku pelik juga dia ni nak katakan gaji sikit, aku rasa dia dah cukup baik (RM4,000.00 / sebulan)kenapa dia nak berhenti kerja dan join ngan aku yang tak tahu unjung pangkal ni. "sangkaan ku pada masa itu" Masa tu buat aku tersentak, apa taknya orang lain boleh percaya dengan apa yang aku buat sedangkan aku tak percaya dengan diri aku sendiri. Nasihat aku jangan kita perlekehkan kemampuan kita sendiri walaupun sekecil mana kerana dari yang kecil itu lah yang akan menjadi impian besar. Melihat dengan keadaan itu aku rasa yakin yang aku akan terus berjaya dan aku bulatkan keyakinan untuk mulakan segalanya mulai saat itu. Aku cukup segan dengan abang sani pasal dia lebih pengalaman dan lebih tua dari aku pun boleh percaya dengan apa yang aku buat sedangkan aku tak percaya dengan apa yang aku buat. Aku ambil keputusan nekad untuk berhenti mengajar, lama juga aku mengajar kat situ lebih kurang setahun. Aku dah mulakan perniagaan aku masa aku masih mengajar lagi. BULAN PERTAMA BERNIAGA Aku melarang lagi abang sani join aku pasalnya aku belum ada apa-apa lagi dan tak stabil lagi pada masa itu. Dulu pejabat aku hanya dalam rumah yang aku sewa. Rumah tu ada duabilik, satu aku jadikan bilik tidur dan satu lagi bilik aku jadikan macam office aku le, yang hanya beroperasi waktu malam je. Semua ada.. mesin fek, komputer, printer, fail-fail perniagaan aku dan macam-macam lagi. Dulu aku berniaga Cuma niat nak tambah sikit duit aku tapi semakin hari semakin aku rasa keyakinan itu. Langkah pertama aku adalah mencari kedai untuk disewa. Korang tahu le kedai kat KL dan selangor punya le mahal mana le aku mampu waktu itu. Puas cari semua kedai nak disewa sekitar 5-6 ribu sebulan, aku nak makan apa kalau mahal macam tu. Lepas tu tah macam mana rezeki aku, ada le kawan yang offer kat aku kedai dia. Boleh le ruang nya Cuma sebesar 12 X15 je, kecik kan..itu le yang paling murah yang aku dapat dengan harga RM 700.00 sebulan mampu le aku bayar. Bermulalah perjuangan aku sebenar dalam dunia perniagaan. Bila aku buat sendiri baru terasa susah, dulu masa buat part time berniaga aku tak le rasa tertekan kerana aku ada sumber lain (gaji)…dah mula sendiri baru le tahu semua nak harapkan duit dari pendapatan dari perniagaan tu. Bulan-bulan pertama memang memeritkan, siapa nak percaya ngan aku yang boleh jual air liur je masa tu. Aku naik dari satu pejabat ke satu pejabat, dari satu syarikat ke satu syarikat, dari satu bank ke satu bank…semua tak dapat projek.Nasib baik le ada projek-projek yang lepas yang belum aku selesaikan sepenuhnya. Aku tak berputus asa, Kalau kita bekerja, 30 hb adalah hari yang kita tertunggu-tunggu, betul tak…. ya le dapat gaji dan boleh buat semuanya..belanja awek, beli perabot ke..atau macam – macam dalam perancangan. Tapi rupanya kalau kita dah berniaga 30 hb setiap bulan rupanya menjadi tarikh yang paling kita takut pasal terpaksa bayar semua bil, sewa, bayar gaji budak dan lain-lain. Aku memang banyak dapat panduan dan falsafah dari arwah ayah aku dan masa dulu aku tak pernah kisah akan apa yang dia cakap dengan aku masa tu. Tapi lepas dia tiada banyak pepatahnya aku ingat satu per satu. Aku Tanya dia “macam mana orang tu boleh barjaya dalam berniaga... bah”. Dia menjawab lebih kurang maksud yang aku faham…”diaorang yang berjaya tu sama je macam kita, Cuma bezanya dia adalah pada usahanya dan cara dia berfikir”. Dia hanya berusaha lebih SEDIKIT dan juga berfikir lebih kreatif SEDIKIT je daripada kita itu sebabnya dia berjaya. Masa tu aku tak faham apa. Sekarang ni aku faham dan aku gunakan dalam perniagaan aku sebagai contoh ramai orang yang berniaga goring pisang… dan dalam persaingan kita terpaksa berfikir lebih sedikit dan lebih kreatif dalam memberi satu kelainan daripada penjual yang lain dan membolehkan kita berjaya dalam perniagaan. Tak kira le pada rasanya ke, pada harganya ke, atau pada warnanya…mungkin semua pisang goring selalu pakai tepung dan bila goreng warna kuning tapi goreng pisang kita warna biru ke..hhehehe aku saje je. Kekadangmemang kena pakai idea gila … dalam dunia perniagaan Pada bulan pertama mungkin aku hanya tertumpu pada benda yang kecil-kecil sahaja. Tu le yang aku kata pentingnya buat yang kecil dulu baru datang yang besar. Dalam sebulan aku hanya buat jualan PC je dan kekadang ada le dapat betulkan PC kawan-kawan yang aku kenal. Siapa sangka, aku ingat lagi aku ada jual PC kat seorang pelajar UiTM masa tu dan dia minta aku hantar kat rumah dia. Macam biasa aku pi le hantar pc kat rumah dia dan jumpa pada keluarga dia. Keluarga dia punya le baik siap jamu aku makan malam…hehehe. Cerita punya cerita bapak dia ni kerja dan jadi bos kat satu syarikat jepun kat shah alam. Dia mintak aku datang pejabat dia esok dan bawak profil syarikat aku. Esoknya aku pi le, rupanya dia minta aku scan virus pc dia je..aku buat je la. Dia kata bayar berapa ni... la, aku kata tak payah le.. scan virus pun nak kena bayar, aku ingatkan dia nak beri aku projek ke. 3 hari lepas tu dia telefon aku balik dan minta aku datang balik kat pejabat dia, aku ingat kan virus apa le yang menyerang nampak terdesak sangat dia mintak aku datang cepat. Dia cakap dengan aku Lembaga Pengarah syarikat dia dah tengok profil syarikat aku dan diorang bersetuju untuk beli komputer 20 biji dari syarikat aku tapi kena cepat. Aku dengar macam tak percaya lak ….betui ke ni ke pak cik ni atau dia buat kelakar dengan aku. Itu le antara projek – projek pertama yang aku dapat. Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah tak semua yang kita usaha akan memperoleh kejayaan dan kadang-kadang rezeki yang kita tak sangka-sangka macam datang bergolek je kat kita…yang penting kita usaha. Dari situ perniagaan aku dari hari kehari makin maju dan akhirnya lepas 6 bulan aku mampu mengajikan Hj sani dan join dalam syarikat aku. Dibawah ni aku buat le sedikit garis panduan, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Tapi ini Cuma pandangan pribadi aku je jangan ada yang menyalah anggap yang aku ni nak jadi pakar motivasi lak. Apa yang aku pegang adalah apabila kita punya ilmu, kita haruslah menyampaikan nya walaupun sedikit. Berikut adalah beberapa rahsia kejayaan usahawan-usahawan yang aku kutip dari pembacaan yang aku buat: RAHSIA KEJAYAAN USAHAWAN BERJAYA • Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga. • Sediakan strategi dan perancangan dalam perniagaan korang • Buat perancangan korang dan mestilah korang komited dengan perancangan yang dibuat. • Jangan abaikan pelanggan. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun siapa perlulah dipenuhi. • Anggap perniagaan ini sebagai peperangan. Korang tidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini korang akan bermati-matian mempertahankan perniagaan yg ada. • Luangkan sedikit masa korang untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan korang. • Sentiasalah korang merendah diri walaupun korang telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan korang. • Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika korang puas, wang akan datang bergolek. • Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, korang buat. Jika orang lain tidak buat, korang buat, korang akan berjaya. • Mesti sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada orang bawahan korang sendiri. Walaupun korang sudah berjaya, anggapkan sahaja korang belum berjaya. Dengan ini, korang akan sentiasa berusaha. • Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun korang telah berjaya. • Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri korang apabila korang berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk merehatkan otak kita. • Sekali korang melakukan perniagaan ini, korang mesti melakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada hari korang tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangat korang akan luntur. • Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan yang batin. • Cakap mesti serupa bikin. • Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan. • Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah. • Jangan anggap perniagaan ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda. • Berikan kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila korang sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati korang semata-mata kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilah peluang kepada mereka. • Sentiasa mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripada teknologi maklumat. Dalam keluaran yang akan datang aku masih akan menceritakan pengalaman aku berniaga. Tapi dalam keluaran yang akan datang aku banyak bercerita tentang cerita-cerita Hj ikwan, aku ditipu orang, orang tak bayar hutang dan kejayaan-kejayaan “kecil” dalam dunia perniagaan ku, macam mana di marah orang, proses pinjaman yang merumitkan dan banyak lagi. Tunggu sambungan nya… terima kasih "hasil tulisan 8 tahun dulu...sekadar berkongsi" |
Thursday, September 29, 2011
BAB 17:TECHSCOMS Sdn. Bhd. syarikat pertama saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment