"1001 idea menjadi mahasiswa berduit"
Pada tahun kedua saya di UKM, saya berpeluang menggunakan kereta abang ipar saya sebab beliau membeli kereta baru. Pada masa itu kereta second hand kurang harganya atau terpaksa ditambah duit ke bank jika mahu dijual walaupun telah dibeli lebih 3 tahun. Dari menjualnya adalah lebih baik kereta itu diberi kepada saya dan menyambung bayar ke bank setiap bulan sebanyak RM300.00. kebetulan pada masa itu saya telahpun menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual komputer dan memerlukan kereta untuk memudahkan saya bergerak.
Pada mulanya hanya kawan-kawan rapat sahaja yang menyewa kereta saya. Akhirnya, dari sebiji kereta saya membeli sebiji lagi kereta kerana permintaan meninggkat. Kadar sewa pada masa itu adalah 100 sehari untuk kereta iswara dan RM 80 untuk kereta kancil. Hari sabtu dan ahad adalah hari yang sangat sibuk dan ramai yang berebut untuk menyewa kereta. Bukan lah banyak sangat hasilnya tetapi cukuplah untuk menambah wang saku saya pada masa itu. Anggaran pendapatan kasar sebuh kereta adalah antara 1000-1500 sebulan, ia belum ditolak bayaran bulanan bank dan kerosakan yang harus kita tanggung.

Selain kereta yang boleh disewa, pada waktu semesta baru atau cuti semesta, saya menjadikan kereta saya sebagai penggangkutan untuk ke lapangan tarbang menghantar pelajar-pelajar pulang ke kampong terutamanya pelajar dari sabah dan serawak atau pelajar antarabangsa. Selain dapat membantu rakan-rakan dapat jugalah sedikit pendapatan.Menyewakan kereta mempunyai sedikit resiko, antara resikonya adalah kemalangan atau resiko dicuri.
Tetapi pada saya semua perniagaan punya resiko yang harus ditanggung oleh kita Cuma yang lebih penting kebijaksanaan kita mengurangkan atau mengecilkan resiko tadi. Pastikan kereta yang anda sewakan itu adalah kereta anda bukan kereta pinjam dari keluarga. Anda boleh mengurangkan resiko dengan hanya memberi sewa kepada kawan-kawan yang anda percaya sahaja lagipun bukan lah banyak sangat kereta yang hendak diurus sehingga 10-15 bijik, saya nasihatkan paling banyak pun 3 biji. Kalau ada punya sedikit modal mungkin kereta itu boleh dibeli secara tunai untuk kereta-kereta second hand. Sehingga sekaang saya masih membuat perniagaan sewa kereta ini walaupun setelah saya hampi 15 tahun tamat belajar http://dimpiandcarz.blogspot.com/
2 comments:
Salam Coach BAhar..ada mintak security deposit tak masa bg student sewa kereta??..saya nak belajar la cara2 nk sewakan kereta
Salam tuan... Boleh share pengalamn dgn saya?
Post a Comment