Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Motivasi 4


Dalam membuat keputusan, ramai mereka hanya memikirkan keuntungan dan kerugian mereka dgn tidak mengambilkira keputusan itu dgn kerugian @ masalah org lain.

Ada yg buat anda tersenyum, ada yg buat anda berduka. Pilihlah dan jagalah mereka yg buat anda tersenyum tadi dan terus ceria dalam perjalanan hidup bersama anda. Anda akan lebih berkeyakinan.
Nasihat :: Anda sebenarnya lebih banyak menghabiskan masa, idea dan tenaga anda utk memperkayakan orang lain(bayar bank dll). ketidakseimbangan antara pendapatan dgn pembelanjaan menyebabkan anda sentiasa sesak dalam perjalanan kehidupan. Kurangkan berhutang dan memakailah ala-kadar. Berusahalah dari sekarang membetulkan kesalahan silam.

Pengalaman :: Dalam mengurus perniagaan saya berjumpa berbagai ragam manusia. Ada yang jujur dalam perniagaan tetapi ada yang sebaliknya. Ada yang konon "saya beli dengan awak sebab saya nak tolong melayu ni" tapi dia lah pembeli dan pelanggan yang paling cerewet, dah siap tak bayar, komen situ dan sini. Ramai juga yang memanipulasikan sistem dan kelemahan kita, hutang tidak dibayar, kerja dah siap tidak dibayar dan tidak kurang juga yang menekan-nekan kononnya mereka ada kuasa sekarang. Akhirnya saya rugi dan saya percaya ramai lagi yang berniaga rugi dengan sikap sesetengah mereka...perkara ini berlaku sama ada mereka kakitangan kerajaan, mereka bekerja swasta ke atau tidak bekerja....anda berniaga, berhati-hati dengan mereka.

Pengalaman :: Anda boleh mengusahakan perniagaan anda dalam bidang lain dalam masa yang sama "membuat perlaburan hartanah yg menguntungkan". Sebagai contoh, saya mengusahakan D'impian inn di 28 lot rumah kedai, dalam masa yang sama saya membeli hartanah tersebut. Anda akan membuat keuntungan dua kali. kali pertama keuntungan perniagaan anda, yang kedua keuntungan kenaikan harga hartanah. Saya sekadar berkongsi, mudah-mudahan dapatkan kebaikan..

Semua perkara yang anda impikan, anda harus melakukannya secara bersungguh-sungguh. Bersunguh-sungguh maksudnya anda perlu fanatik dalam apa sahaja yang anda usahakan. Tiada pilihan lain. Jika tidak, anda akan mendapat keputusan "nasib" sahaja. Saya menyeru sahabat semua berkerja dgn fanatik, belajar dgn bersungguh, menjadi pensyarah terulung, alang-alang berniaga biar kaya raya........jom usaha

Mencari idea bukan nya mudah....melaksanakan idea lagi susah. Kekadang meneruskan idea yang telah dilaksanakan lagi payah. idea...idea...idea..

"Hari ini, ramai orang berminat untuk menceburi pelaburan hartanah kerana semua orang tahu betapa lumayannya industri ini. Ramai yang terlopong mulut apabila kita bercakap mengenai keuntungan bukan 2,3 ribu..tetapi ratusan ribu ataupun jutaan ringgit.

Tetapi ada dua perkara yang membataskan impian orang untuk menceburinya;"
1) Modal
2) Kepakaran

Nasihat :: Bergaduh, berselilihan pendapat, fitnah menfitnah, tikam belakang, buruk memburukan orang, menghasut, buli-membuli, dengki antara satu sama lain itu bukankah perkara yang di tegah oleh Islam. Tak guna, rugi je sebenarnya akhirnya "Yang menang jadi abu dan kalah jadi arang".

Pengalaman :: Saya tak tahu yang lain... tapi tadi, ada satu keluarga (pelajar) jumpa saya bersalam dan mengucapkan terima kasih. Ayahnya yg separuh umur cukup ceria dan mengatakan banyak perubahan yang berlaku pada anak sulungnya. Yang dulu malu-malu sekarang lebih berkeyakinan, lebih bermotivasi dan lebih bersemangat. Dia sungguh puas hati dengan program persediaan diploma dan berdoa agar anaknya dapat meneruskan pengajian di UTHM. Saya hanya mampu tersenyum, bersyukur dan berbesar hati...mungkin ramai lagi seperti mereka "merakyatkan universiti"

Selalu anda ingat anda betulkan, komen orang situ, koman orang sini, salahkan bos itu, salahkan staf ini, ini tak betul, itu tak betullah, tak pandai meminpin le, tak pandai bekerja le, makan gaji buta le, berniaga tak pandai....bla-bla... nanti dulu...rasanya kalau andalah ditempat mereka yang anda kutuk dan fitnah, rasanya anda dapat ke mengubahnya dgn lebih baik keadaan sekarang. Jadi kalau tak yakin, usah mempertikai usaha orang lain, itu kan lebih baik. Anda menjadi yang terbaik dalam lengkungan kuasa anda sekarang...baru orang pandang. 

Untuk Berjaya anda perlu ekstremis dan fanatik. Marah le tu, itu pendapat saya. Dulu saya seperti anda juga menyalah ertikan tentang definasi kesederhanaan, fanatic dan ekstremis. Malangnya selalu ekstremis atau fanatik ni kaitkan dengan islam, pemberontak dan perkara-perkara yang tak baik. Saya tidak percaya jika anda hanya mengamalkan kesederhanaan dan keseimbangan, membawa anda Berjaya secara maksimum dalam sesuatu perkara yg anda impikan kecuali kehendak Allah.Saya sudah banyak meneliti banyak cerita kejayaan dari kejayaan ahli sukan hinggalah jutawan dunia dari ulamak dunia hingga ahli ilmuan mereka mempunyai sikap yang sama. Mereka yang membuat sedikit sana, sedikit sini, berusaha sedikit, menanguh kerja, tunggu esok, mungkin mereka Berjaya tetapi anda tidak mengenali mereka ..... mereka biasa-biasa sahaja.

Biasanya, Saya tidur kurang 4 jam sehari, kecuali tertidur. Mungkin sudah terbiasa masa jadi researcher dan pelajar di UK dulu, balik school jam 2 pagi. Budaya fanatik belajar @ fanatik buat kerja @ fanatik cari duit @ fanatik beribadat @ fanatik mencapai sesuatu kurang disokong di tanah air ku. Tetapi jika anda mahu berjaya anda perlu fanatik @ ekstrem utk mencapai kejayaan tersebut. Itu pun belum terjamin anda BERJAYA.

Tuesday, September 27, 2011

Mutiara kata

Motivasi:: Kita sebenarnya lebih banyak menghabiskan masa, idea dan tenaga kita utk memperkayakan orang lain(bayar bank dll). ketidakseimbangan antara pendapatan dgn pembelanjaan menyebabkan kita sentiasa sesak dalam perjalanan kehidupan. Kurangkan berhutang dan memakailah ala-kadar. Berusahalah dari sekarang membetulkan kesalahan silam.

Nasihat:: Jangan terlalu selesa dengan percapaian anda sekarang. Teruskan usaha untuk anda lebih berjaya. Keadaan 'tertekan' @ 'terpaksa' @ susah dalam kehidupan, kadang-kadang membawa kita lebih cemerlang dalam kehidupan. Biasakan diri anda dgn kesusahan bagi memastikan kesenangan masa depan.

Motivasi:: Cuba wujudkan hadiah @ cipta projek walaupun kecil setiap hari bagi memastikan anda terus bersemangat utk terus berkerja. Mulakan dengan senyuman....

Nasihat:: Jika anda yakin dgn apa yg anda buat ....anda teruskan dan buktikanya tetapi jangan memperkecilkan @ memperbodohkan apa yg orang lain lakukan. Bukan kah itu lebih baik.

Motivasi:: Mulakan perniagaan anda dengan wang simpanan sendiri, Mulakan perniagaan anda secara kecil-kecilan. Jangan membuat pinjaman walau dgn bank, saudara lagi-lagi dari along. INGAT! menurut kajian, 9/10 pernigaan yg baru dimulakan GAGAL pd thn pertama.

Motivasi:: Pilihlah perniagaan yang boleh beroperasi dengan sendirinya tanpa anda nescaya anda akan menjadi seorang usahawan yang berjaya. Jika perniagaan itu beroperasi hanya kerana anda tentu ianya hanya sementara bukan boleh diwarisi. fikir-fikirkan lah

Motivasi::Mulakan hari baru dengan penuh semangat, yakin dan ceria tentu resultnya cemerlang..

Motivasi:: kejayaan anda hari ini bukan semata-mata kerana nasib dan kebetulan tetapi adalah kerana usaha anda yang lepas. Oleh itu bagi memastikan kejayaan anda di masa hadapan yang lebih cemerlang adalah bergantung kepada usaha dan tindakan berani anda hari ini.


Motivasi::
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidup mu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhan mu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha kita itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa kita akan berjaya dari apa yang kita usahakan.

Motivasi:: Anda sudah membaca banyak buku motivasi, anda sudah ke banyak ceramah motivasi, anda sudah belajar dan cukup bermotivasi. Itu semua tidak berguna jika tidak anda laksanakan dan memulakannya. Buatlah dari sekecil-kecil usaha dan mulakan SEKARANG....sekarang, bukan esok!.

Motivasi:: Anda hanya perlu membuat beberapa perkara dgn betul di dalam hidup anda selagi anda tidak membuat terlalu banyak perkara yg tidak betul.

Motivasi::Saya pernah gagal dan saya pernah kecewa dengan kegagalan saya tetapi sebenarnya kegagalan itu menyebabkan saya lebih berani dan berhati-hati untuk tidak gagal lagi sekali. Insyaallah

Motivasi:: ramai org tanya saya "apa biz yg sesuai untuk aku ya". sebenarnya biz yg paling sesuai utk anda adalah berkadar terus dgn apa yg anda minat @ cita-citakan. cth anda punya bakat jadi cikgu, biz yg paling baik mungkin menjadi penceramah motivasi. kalau minat anda jadi polis, mungkin biz paling sesuai adalah biz bahagian keselamatan. kalau anda suka bersukan, rasanya apa biz sesuai utk anda. masing2 berbeza.

Motivasi:: Apa yang ada pada cerita “ semalam “, hanya tinggal sejarah dan kenangan. Yang lebih penting adalah cerita hari ini yang mencorak kehidupan hari esok. Kenangan “semalam” hanya cerita basi yang hanya boleh menjadi panduan perjalanan hari ini dan hari-hari yang mendatang. Siapa yang punya hak dengan masa depannya…masa depan yang belum pasti akan penghujungnya. Siapa yang boleh meneka akan apa yang akan terjadi dengan hidupnya esok.” Bahar, Muar.

Nasihat hari selasa::Peluang utk berjaya bertambah apabila percubaan bertambah. Cubalah berbagai-bagai kaedah utk membangunkan perniagaan anda. Mungkin ada kaedah yg tidak dpt digunakan. Mungkin ada kaedah yg akan membawa anda kpd kejayaan yg lebih besar.

Motivasi:: Bila saya menjadi Boss, saya sentiasa dianggap hero... saya diharap boleh menyelesaikan semua masalah dlm semua keadaan. Masalah syarikat, masalah staf, masalah pelanggan, masalah projek. Semuanya perlu ada toleransi, perbincangan dlm menyelesaikan masalah. kadang-kadang org campak batu sembunyi tangan. Saya cuba buat yg terbaik selagi tidak dipijak-pijak dan di enjak-enjak. bukannya mudah ......

Nasihat:: Anak-anak ku, staf-staf ku dan sahabat-sahabat ku. Berusahalah sedaya upaya dan selagi ada daya. Insyaalah semua perkara yg dinginkan akan berjaya.

Nasihat:: pendapatan @ gaji yg meningkat tidak menyelesaikan anda dari masalah kewangan. Menyelesaikan masalah tersebut hanya dengan disiplin menyimpan. Menasihat @ memberi idea pada orang lain lebih mudah dari melaksanakan pada diri sendiri. anda cuba, anda dapat.

Motivasi:: Anda harus punya jati diri untuk menghadapi @ mengharung dan menyelesaikan masalah syarikat anda hari ini, bukan lari dari masalah tersebut. Jika anda lari, masalah itu tetap mengejar anda. Selesaikan secara berkhamah.

Motivasi:: Saya telah membeli sebuah rumah awal tahun 2011 dgn harga 220 ribu dan mengubahsuainya sedikit dan menjualnya semula dgn harga 300 ribu bulan lepas....saya ingin berkongsi rahsianya pd yg berminat. Mulakan kejayaan anda dari langkah pertama....

Motivasi:: Tak kira berapa besar perniagaan anda @ banyak mana pendapatan anda dapat @ anda hanya seorang penarik beca. Adalah lebih penting berapa RM yg ada dapat simpan setiap bulan utk tabungan masa depan. Hidup anda lebih ceria dan bahagia....insyaallah.