Modal asas setiap manusia adalah "rupa" dan "akal". beruntunglah anda kalau anda punya lebih "rupa", juga nasib anda baik jika anda dapat memaksimamkan penggunaan "akal" anda. Tapi janganlah kedua-duanya tak ada @ tak diguna.
Ada tiga "level" dalam perjuangan anda utk menjadi usahawan berjaya. 1. Anda harus pandai cari duit (Basic), Level 2. Sudah ada duit, anda harus bijak mencari projek untuk buat duit. 3. Level ke-tiga adalah anda pandai mencari orang untuk buat duit. Dimana "Level" anda sekarang?
Nasihat: alang- alang jadi pelajar biarlah belajar betul-betul. Alang jadi pensyarah biar yg terbaik, alang berniaga biar sampai kaya.
Ada dua perkara dlm dunia yg membezakan dan menjadi sempadan martabat antara anda dgn adik-beradik anda@ saudara mara anda @ kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja. Perkara itu adalah ketinggian ilmu seseorang dan kekayaan harta dunia. Pilihan anda utk memilihnya atau mendapat kedua-duanya, kerana Allah.
Magrib: Ku lihat langit, Sedang menoleh masa lalu, Sedang merenung masa depan. Sudah tua rupanya aku, banyak yg belum dilakukan. Menyusun semula keutamaan matlamatnya. Supaya meninggalkan yg lebih "bernilai hakiki".
Hanya berfikir dan berangan tidak akan mengubah apa-apa diri anda dari diri anda yg semalam. Utk berjaya anda perlu bertindak.
"Dari memikirkan utk menyakiti adalah lebih baik berfikir utk membahagiakan org lain". Janganlah serang menyerang dalam FB tak guna pun. "Menang jadi abu, kalah jadi arang".
Bertahun-tahun anda mengejar dan berfikir utk "berjaya" tetapi yg dipandang orang adalah "kegagalan" anda juga. bertahun-tahun anda membina dan menjaga perhubungan kawan @ saudara mungkin sekelip mata perhubungan dibina akan putus juga. Bertahun-tahun anda berniaga, sehari sahaja boleh di tutup kedainya. Berfikirlah 2 kali untuk membuat sebarang keputusan dalam hidup kita. Bahar2011
"Ayuh bangsaku, ayuh keluar dari kegelapan dan kemiskinan. Jangan asyik dengan soalan "bagaimana utk dimulakan". Jawapan bagaimana tidak akan tuan temui dalam kamar dingin yg 'aden tenteram' itu".
"Jatuh bangun adalah kehidupan dan kehidupan adalah jatuh bangun. Kehidupan juga adalah perjuangan yg panjang dan berterusan". Muar Julai 2011.
Untuk berjaya, lupakan siapa diri anda pada masa lalu. Tanya pada diri sendiri, "SIAPA" anda pada masa akan datang. Anda buat....anda dapat...., adoh semputtttttt.
Setiap hari dalam perjalanan hidup, pekerjaan, perniagaan atau apa sahaja yg kita lakukan diselesaikan @ dibuat mengikut turutan "keutamaan" oleh KITA. Oleh kerana itu MEREKA juga punya urutan keutamaan sendiri. Jika keutamaan MEREKA gagal KITA turutkan @ tunaikan, sepatutnya janganlah pula MEREKA menyalahkan KITA tidak mengikut keutamaan MEREKA kerana KITA sendiri punya turutan keutamaan.
No comments:
Post a Comment