Saturday, September 10, 2011

BAB 14:: Buat duit dengan menjaja

"1001 idea menjadi mahasiswa berduit"


Mulakan usaha anda dengan perkara yang kecil tetapi berhasil. Ingat!, anda masih seorang mahasiswa, mencari duit bukan untuk kaya tetapi untuk selasa meneruskan kehidupan di kampus. Mungkin anda tidak pernah terfikir yang mana menjaja makanan atau minuman ke blok-blok asrama boleh mendapat pendapatan yang lumayan dan menguntungkan, biar saya ceritakan.

Di Malaysia kini, biasanya barang yang berharga seringgit atau RM2 jarang kita tawar harganya. Ini kerana disebabkan barang tersebut menjadi barangan yang sangat murah dan ramai orang mempunyai sekurang-kurangnya seringgit di dalam poketnya. Jika anda dapat menjaja dan menjual nasi lemak berharga RM2 untuk 50 pelanggan sehari, anda akan mendapat RM100.

Saya pernah menjaja nasi lemak dan kuih dari bilik ke bilik masa saya mahasiswa dulu. Saya tidak memasak sendiri (lelaki mana tahu memasak) makanan yang dijual, saya hanya menempahnya dengan orang kampung dan mengambilnya setiap petang. Seringkali nasi lemak dan diselang selikan dengan mee hoon, kuih dan yang lain-lain. Kalau hasil jualan anda RM100, mustahil anda tidak dapat untung RM10 dan saya pasti lebih. Anda bayangkan berapa anda perolehi kalau anda menjual untuk sebulan. Kalau nak banyak lagi, anda boleh masak sendiri makanan tersebut dan menjualnya sendiri. Tetapi ingat, ambil yang paling mudah diuruskan, jangan tamak.


Pada mulanya memanglah malas dan ada perasaan malu tetapi dah dapat duitnya semangat saya lain macam. Setelah dikenali orang dan pelajar lain, saya tak payah lagi mengetuk pintu setiap biilik, ramai yang telah menempah terlebih dahulu sebelum saya menjual waktu petang. Sehingga setelah permintaan melebihi pasaran, mereka sendiri akan mencari saya dibilik. Selain dari nasi lemak, kadang-kadang saya bawa sekali dengan kerepek yang di bawa dari kampung.
Saya beri anda satu rahsia dan kelebihan menjaja. Pendapatan anda setiap hari anda boleh kumpulkan dan asingkan sedikit untuk simpanan. Apa yang saya lakukan adalah semua duit syiling saya masukkan dalam tabung dan saya cuba melupakannya. Suatu perkara yang tidak disangka adalah bila akhir semesta dan dikira duitnya berates ringgit saya dapat dan boleh digunakan pelbagai perkara yang penting. Perkara ini boleh mengalakkan kita untuk menyimpan secara berkala.


“Jangan sesekali berbelanja lebih dari pendapatan anda”

No comments: