Motivasi::Kita tak perlu merebut semua peluang yg datang...kita tak perlu mengerjakan semua perkara yg terfikir oleh kita...utk menjadi seorang yg berjaya dan kaya, cukup ceburi satu @ beberapa bidang shj...dan kerjakannya sekuat daya dan upaya anda.
Motivasi:: Terdapat 4 jenis sungai perniagaan yg sentiasa mengalir dan tak pernah surut: (1)Perniagaan makanan, (2) Perniagaan ubatan dan kesihatan (3)Perniagaan pakaian dan (4) Perniagaan pendidikan.
Motivasi:: "Setiap hari kita berbelanja dgn membayar wang kpd org. Kenapakah org lain tidak membayar kpd kita setiap hari pula?"
Motivasi::"Saya membuka beratus syarikat. Mengikut 50 thn, saya dapati hanya ada 2 prasyarat bagi berjaya. (Pertama), kita tentukan apa yg kita mahu. Memang ramai yg tidak berbuat begitu. (Kedua),kita tentukan berapa harga yg perlu dibayar bg memperolehi perkara yg kita kehendaki itu. Selepas itu, bersedia membayarnya." H.L. Hunt pernah menjadi manusia terkaya di dunia.
Motivasi::Dalam menjual, kita harus lebih kreatif (1)mencari prospek dan (2)mengenalpasti motif mengapa orang mahu membeli produk kita. Ia sebenarnya ujian sebenar kepintaran dan kekuatan fikiran kita dalam berniaga.
Motivasi::Tiga cara menjana daya "kreatif" seorang usahawan itu adalah matlamat perniagaan yg jelas, masalah yg mendesak dan persoalan yg fokus. Latih diri anda menjadi lebih kreatif. kreatif dlm berniaga, kreatif dlm membuat keputusan, kreatif dalam pemasaran...dll.
Nasihat: Setiap matlamat yg anda impikan perlukan kesungguhan 100% dan kerja kuat. Sekiranya sekadar ala-kadar keputusan akan kurang baik @ perlukan masa yg lebih panjang @ 85% kemungkinan kegagalan anda perlu terima. Saya sedang berusaha bersungguh untuk mencapai matlamat thn 2011, moga dipermudahkan.
Motivasi::Teorinya, ikan haruan suka berlindung pada tempat yg sejuk, mungkin kaedah meletakan air batu dalam PUKAT yg dipasang dlm kolam boleh memerangkap ikan lebih banyak.Teorinya masih belum dibuktikan lagi. Tapi saya fikirkan dari semalam dan menarik, saya mahu kaitkan teori ini dgn dunia perniagaan saya.....bagaimana agaknya.
Motivasi::"Menerobos halangan, menjulang kegemilangan"
Motivasi::"Anda hanya boleh menang dangan melupakan kekalahan anda semalam. Sebelum itu, buat persiapan hari ini bagi memastikan kemenangan anda hari esok." bertindak sekarang, bangun, bangun. ayuh bangun.
Motivasi::"Seringkali apa yg anda rancangkan tidak menjadi kenyataan tetapi anda tetap mendapat pengalaman melaluinya."
Motivasi::"Bukanlah kekayaan itu harta yg melimpah ruah, akan tetapi kekayaan yg sebenarnya adalah kaya hati dan jiwa."
Motivasi::"Dalam perjalanan hidup anda akan bertemu simpang ke kiri @ ke kanan. Anda juga akan temui peluang & cabaran. Perkara yang lebih penting dalam memilih pilihan itu adalah harus anda memfokuskan pencapaian matlamat yg telah anda impikan." Sudahkah anda mempunyai matlamat itu? kalau belum lakukan sekarang.
Motivasi:: Anda banyak kerja yg hendak difikirkan, membebankan?, memeningkan?. jangan risau, senaraikan kerja anda mengikut yg lebih mudah@senang diselesaikan terlebih dahulu, adalah lebih baik dari tak berbuat apa-apa kerja hari ni. Cubalah pasti berkesan.
Motivasi::Berniaga satu perjuangan, juga satu pertarungan. Yang menang terus berlari, yg kalah tersungkur lesu. begitulah pusiangannya dua perniagaan dan seterusnya. Yg kalah hari ni tak perlu putus asa utk mengejar kejayaan esok. Yg menang berhati-hati, tak tentu nasib sentiasa menyelebahinya. "Berniaga bukan senang", pening kepala memikirkannya.
Motivasi::Gagal sekali cuba lagi, bukan dunia sudah berakhir semalam dgn kegagalan anda. bersikap positif dan tidak putus asa juga teruskan usaha utk berjaya. Jangan ada "ALASAN" utk mengejar berjaya. Dah berjaya nanti bersyukur dan belanja saya ...
Motivasi::Walau banyak kejayaan yg anda bawa dlm hidup anda. kegagalan juga menjadi ukuran orang. Oleh itu bekerjalah sepuluh kali ganda bagi memastikan anda tidak gagal lagi.
Motivasi::Di setengah-setengah keadaan. Kita boleh menasihatkan org, kita boleh mengatur org, kita boleh mengawal org dan kita boleh memarahi org utk mengubah sesuatu dgn lebih baik. TETAPI perkara yg lebih susah kita sukar menasihatkan, mengatur, mengawal dan menyalahkan diri kita sendiri bagi mengubah sesuatu utk lebih baik. betulkan, renung-renungkan lah. "Kempen Ubah Diri dan Senyum Selalu".
No comments:
Post a Comment