“Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.” – Cecil B. DeMille
kali ini penulisan aku banyak berkisar dari sudut kepentingan kita menetapkan matlamat dalam menuju sesuatu kejayaan.
Di suasana kerja atau tempat belajar misalnya selalu terdengar perbualan kawan-kawan kita contohnya “aku dah bosan le nak bekerja kat sini lagi, macam dah tak ada matlamat “ atau “aku rasa aku nak berhenti je la dari universiti, aku dah tak ada semangat dah nak belajar”. Mengapa ianya berlaku, mungkin mempunyai 1001 macam jawapan tetapi puncanya adalah “tiada matlamat dalam hidup” dan perancangan masa depan yang jelas. Memang perkara ini sering kita dengar dan memahaminya tetapi jarang kita mengambil perhatian dan mengaplikasikannya. Selalu berangan menginginkan sesuatu tapi akhirnya apa kesudahannya selalunya kita akan bosan dan hilang tumpuan akan apa yang kita impikan
Gambar Hiasan, Tiada kaitan dengan hasil tulisan
Cuba kita berfikir sebentar dan teliti semua, perjalanan hidup kita yang lepas dan apa yang berlaku dalam tempoh 5 tahun akan datang. Tentunya kita sendiri yang dapat menjawab soalan itu. perancangan teliti amat perlu dalam mencapai sesuatu matlamat kejayaan. Walaupun kita percaya bahawanya Allah sahaja yang berkuasa atas segala-galanya (“kita yang merancang tapi tuhan yang menentukan” ) tetapi kita jangan lupa yang mana
Allah Swt. berfirman:
Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sebelum mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka. (QS ar-Ra‘d [13]: 11).
Perancangan 5 tahun sekali adalah yang terbaik…cuba ambil kertas dan lakarkan matlamat korang…simpan cebisan kertas itu baik-baik dan lihat semula pada tahun berikutnya sama ada kita telah mencapai matlamat itu ataupun tidak. Bagi aku sendiri, aku mula membuat perancangan matlamat hidup aku sejak aku umur 16 tahun. Tak tahu le dari mana aku dapat idea masa tu. Memang kita boleh ingat dalam kepala je, apa matlamat kita yang kita ingin capai tapi adalah lebih elok di tulis dan di sertakan dengan strategi melaksanakannya.
Kalau kecik-kecik dulu… mak aku selalu cerita macam-macam, salah satu cerita yang aku ingat lagi sampai sekarang ialah “Cerita pasal katak panjat pokok”…tak tahu le mana dia dapat. Ceritanya macam ni, ada sekumpulan katak memanjat pokok kelapa, panjat punya panjat banyak le katak yang sampai di tengah jatuh ke tanah lalu mati. Ada sekor je katak yang sampai ke atas. “ingat-ingat kenapa le katak tu je yang sampai kat atas ?” mak aku tanya kat aku…mana le aku tahu masa tu dan macam-macam le aku cuba menjawab soalan dia….semuanya salah. Korang tahu ke jawapannya ?. Mak aku cakap, katak yang sampai atas tu pekak. Aku tanya le dia kenapa lak jadi macam tu…ya le katak yang jatuh tu semua dengar kawan-kawan dia yang kat bawah bersorak dan ada yang menakut-nakutkan mereka, ada yang memuji dan ada yang kata “wow dah tinggi tu nanti jatuh, baik turun je” . Bila katak-katak tu pandang belakang(katak mana boleh pandang belakang), katak-katak tu terus le jatuh. Pasal katak yang sekor ni pekak maka dia pun sampai le kat atas, dia tak dengar cakap semua kawan-kawan di yang kat bawah tu yang takut nak panjat pokok tu dan dia mempunyai matlamat sendiri dan hanya melihat ke hadapan. Cerita ni memang le tak logik tapi apa pengajaran di sebalik cerita ni. Fikir le kejap!
Matlamat yang realistik
Dalam menentukan matlamat, kita seharusnya lebih realistik menetapkan matlamat hidup kita. Memastikan Matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Apabila matlamat yang kita lakarkan terlalu jauh dari kita untuk mencapainya walaupun tidak mustahil kita akan menjadi bosan untuk mengejar matlamat tersebat dan akan terbengkalai begitu sahaja. Apabila kita mempunyai matlamat kita haruslah menghalusi matlamat tersebut dari segi halangan, cabaran, kekuatan dan sebagainya.
Strategi dalam mencapai matlamat
Ketika Singapura jatuh ke tangan Jepun dalam tahun 1942, sebabnya yang terbesar adalah mudah sekali : meriam-meriam besarnya yang terikat secara permanent kepada landasan-landasan konkrit, semuanya menghala ke laut. Strategi tentera Inggeris membuat asumsi bahawa cabaran dari musuh akan datang dari arah laut. Apabila serangan Jepun datang dari belakang melalui hutan-hutan belantara, pertahanan Singapura yang dianggap sebagai “kubu yang mustahil dapat ditembusi” (“invincible fortress”) ternyata tidak berkesan lagi. Meriam-meriam itu memang perkasa tetapi ia menghadap ke arah yang salah.
Walaupun kita mempunyai segala kemudahan, kesenangan untuk mencapai matlamat kita tetapi tidak mempunyai strategi yang betul bagi memenuhi matlamat tersebut nescaya kita tidak akan mencapai apa yang kita mahukan. Untuk mencapai matlamat korang dan ingin berjaya dalam kehidupan, korang mestilah membina suatu kebiasaan menetapkan matlamat dan memastikan apa juga matlamat berdasarkan strategi yang betul mulai esok.
• Mempunyai yakin diri dan keinginan yang tinggi untuk mencapai matlamat
• Tuliskan matlamat korang dalam buku matlamat, kalau tak tulis ianya hanya akan menjadi angan-angan sahaja kerana tidak meresap kepada minda
• Tetapkan had masa untuk mencapai matlamat
• Hindarkan penghalang, tumpukan kepada untuk mendapatkan kekuatan untuk mencapai matlamat .
KENALPASTI
1) Halangan-halangan yang perlu korang atasi.
2) kekuatan yang korang akan perlukan untuk mencapai matlamat misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat dan lain-lain Bagi setiap perkara, tuliskan mengenainya pada satu senarai yang jelas dan kemudian buat satu analisa.
• Fikirkan rancangan
• Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK PUTUS ASA (Persistence). Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.
Kesimpulan
Kita adalah pengemudi kehidupan kita sendiri. Tiada siapa yang lebih bertanggungjawab terhadap diri kita kecuali diri kita sendiri. kitalah yang mencorakkan nasib hidup kita. Kita telah diberi oleh Allah SWT yang maha bijaksana lagi maha berkuasa satu alat yang tidak ternilai harganya iaitu minda. Tidak ada siapa yang boleh menghalang keinginan kita untuk berjaya kecuali kita sendiri.
Janganlah hanya berangan-angan sahaja tetapi lakukanlah tindakan-tindakan seperti yang dijelaskan di atas dan InsyaAllah kita akan berjaya. Ingatlah pesan Peter Drucker, seorang guru pengurusan yang pernah berkata: “The best way to predict the future is to create it”. Tidak ada siapa manusia yang akan mampu menghalang usaha kita untuk berjaya melainkan diri kita sendiri!
Bagi semua remaja atau sesiapa sahaja yang membaca tulisan aku ni, aku hanya menyampaikan di samping mengingati diri aku sendiri untuk terus ke hadapan. Marilah kita “bangsa Melayu Islam” dengan lebih bersemangat mengubah diri kita menjadi lebih cemerlang. Sebarang komen dan perbincangan lanjut boleh disalurkan di laman
Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,
Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keikhlasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu ‘
“Keyakinan diri, sehingga kadang-kadang boleh membawa kita berjalan diatas tasik tanpa tenggelam. tapi tasik kat atas ni dah jadi ais….boleh le berjalan”. pengajaran “jangan terlalu yakin”.
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidup mu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhan mu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha kita itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa kita akan berjaya dari apa yang kita usahakan.
Wattan, Muar
No comments:
Post a Comment