Wednesday, September 21, 2011

BAB 22: Buat duit dengan tanam serai

Dalam bab ini saya akan menerangkan serba sedikit pengalaman saya dalam bidang pertanian. Slogan “pertanian adalah perniagaan” adalah satu perkara yang sangat menarik. Selalunya kita dimomokkan dengan sejarah iaitu seorang petani tentunya adalah orang kampong yang susah dan tidak berduit. Menjadi petani moden dengan mengetahui sedikit sebanyak ilmu tentang pertanian tentunya cita-cita seseorang itu menjadi kaya dan Berjaya akan tercapai.

Contoh yang paling jelas adalah cerita pak Ali yang memperolehi pendapatan lebih 30 ribu sebulan yang saya ceritakan di bab 11 menyuntik semangat siapa sahaja yang ingin berkecimpung dalam bidang ini. Fenomana kerja makan gaji dan mencari rezaki dibandar telah sekian lama berlaku pada kita terutamanya orang melayu. Lihatlah sahaja berapa banyak kebun-kebun dikampung yang terbiar dan tidak diusahakan, tepuk dada tanya selera. Mereka lebih rela ke pekan-pekan bekerja kilang dari memilih menjadi petani disebabkan status petani itu susah dan kerja kotor dan penat. Tiba-tiba ramai pula pulang ke kampong apabila harga minyak sawit dan getah melambung dipasaran dunia. Harga sawit pada 2011 pernah mencecah RM700 setan dan harga getah pernah mencecah RM7 sekilo. Sekiranya kita mempunyai 5 ekar dan penghasilan untuk 5 ekar dihitung kasar adalah 3 tan maka jumlah pendapatan kasar kita adalah RM2100. Itu hanya bekarja 2 hari sebulan untuk memotong buah dan hari lain boleh mengusahakan pekerjaan lain.

Alhamdulilah, setelah lama saya berangan-angan untuk berkongsi pengalaman dalam mengusahakan tanaman serai kepada semua. Saya baru sahaja menceburi bidang pertanian ini dalam usaha saya mencari bidang yang boleh diperkembangkan dalam tempoh “kegawatan” ekonomi sekarang .Projek tanaman serai saya meliputi tanah seluas 15 ekar. Saya berpendapat projek ini harus diperkembangkan terutamanya saya menyeru pada anak-anak muda melayu. Insaallah saya akan membantu dan berkongsi pengalaman dalam ilmu saya yang saya ada dalam bidang ini. Bidang ini boleh memberi pendapatan tambahan kepada kita, dan saya bercaya sekiranya kita berusaha tentu ada jalannya. Perkara ini saya telah melaluinya dan bolehlah dikongsikan bersama. Pendapatan MINIMUM se-ekar tanah 5 bulan adalah 2 ribu/sebulan. saya akan ceritakan bagaimana anda boleh memperolehi pendapatan ini.

Langkah demi langkah dalam menanam serai

Penyediaan tapak:: Kebun harus dibersihkan sebelum memulakan projek penanaman serai


keadaan serai berumur 2 minggu


Adalah lebih baik kebun serai dipagar mengelakkan dari gangguan lembu dan babi hutanserai berumur 2 bulankeadaan serai mula membesar dan permu dibaca dan dibersihkan dari rumput dan lalang.


Untuk mendapatkan hasil yang baik, sistem perlu teratur



Proses menuai seraiProses menyiang serai




Serai yang siap di siang, sedia untuk dijual

Serai yang siap dipasarkan


Aliran tunai penanaman serai:-

1. Seekar tanah adalah seluas 43,560 ka persegi

2. Jarak tanaman serai yang disyorkan adalah 4’x3’ . Oleh itu dalam seekar tanah terdapat 3628 rumpun serai.(43560/12=3628)

3. Pendapatan Kasar

#Dalam satu lubang tanaman, disyorkan untuk ditanam dengan 2 batang serai dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg~3kg serai.

#Harga pasaran sekarang adalah RM2 per kg

#Oleh itu pendapatan kasar adalah

3600 rumpun x 2 kg x RM2 = RM14,400

4. Perbelanjaan

a. Benih = RM 1000 per ekar (21600btg)

b. Baja = RM 560

8 beg baja urea (N46) diperlukan seekar

1 beg (50kg) berharga RM70

(8 beg x RM70 = RM560.00)

c. Racun = RM 390

12liter racun BASTA diperlukan dalam seekar

1 kotak 4 liter jadi perlu 3 kotak

1 kotak berharga RM130

(3kotak x RM130 = RM390)

d. Upah tanam per ekar = RM 200

e. Upah meracun (3 kali)RM60/ekar = RM 180

f. Upah membaja RM30 per ekar (3 kali)= RM 90

2 kali baja Urea

1 kali baja 0:
18:20:TE

g. Upah menyiram = RM 210

pokok serai perlu disiram selama 7 hari bermula dari tarikh tanam

waktu menyiram 4.30~8.00mlm

Upah siram RM30 per ekar

(RM30 x 7 kali= RM 210)

h. Upah harvest = Lebih kurang RM 1000


Jumlah Perbelanjaan = Lebih kurang RM4000

PENDAPATAN BERSIH PER EKAR = RM 14,400-RM 4,000
= RM 10,000

RM 10,000.00 / 5 Bulan , sebulan RM 2,000.00 . dan sekiranya kita ada 10 ekar berapa pendapatan kita sebulan. ini pun saya kirakan pendapatan yang palin minimum. tetapi ini semua bergantung kepada rezaki dari Allah . Sebenarnya saya tanam serai 2′ x 3′ dan seekar oleh mendapat hasil lebih. Selamat mencuba..



27 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

Salams baha, bench serai beli dkt Mana? Say a dlm proses/plan utk menanam serai.

Anonymous said...

nak tanya...dimana nak pasarkan serai ni....

Unknown said...

Nk bljr ratek

Anonymous said...

Kepda en baha..sy bru bce blog ni..bley en baha kongsi dimana untuk dpatkn benih dan dijual dimna..sy btul2 ingin blaja..

Aiman said...

Tuan boleh sye tau dimana tuan jualkn hasil serai ini...saye lame ingin menceburi bidang ini tp tidak tau kepada siapa boleh saye jualkn hasi tani ni

nuatheman said...

Sy br nk blajar menanam serai. Sy br membersih dn memagar kebun seluas 3 ekar. Ape musuh utama serai....serta dmana sy bleh dpt benih.

imrannarmi said...

Salam...
1.D mna sy nk dptkan benih serai?
2.Baja taik lembu/kambing/aym bleh guna x?
Brapa jarak bja dgn perdu pokok?
3.Guna racun sentuh (ICI) utk rumput ok x?
TQ

sofuan said...

lagi banjir lagi aku suka tanam serai 100 perdu semuanya perlis dan ngam dengan agrobank

siap untuk cari pasaran

alamat
peti surat 001 jalan padang pelimau
kampung alor ara barat arau 02600 perlis indera kayangan

jalan persiaran jubli emas dekat daulat tuanku


lepas ini lagi banyak aku tanam


Unknown said...

Serai jual dekat mna ada ke orang nak beli

Unknown said...

Saya nak jual serai lokasi tampin

Faraliana said...

Assalamualaikum Tuan.

Adakah anggaran kos dan untung yang Tuan senaraikan diatas boleh diaplikasikan untuk tanaman Serai Wangi?

Sekiranya Tuan ada sebarang info mengenai Serai Wangi. Mohon jasa baik Tuan untuk berkongsi dengan saya. Mohon lanjutkan ke emel saya ya..

Terima kasih

Best Regards,
Ain Faraliana
emel: ain.faraliana@gmail.com

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
makcikcantik said...
This comment has been removed by a blog administrator.
makcikcantik said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Green Grass Valley said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hidayat Loo said...

good sharing. tambahan.. hasil seperdu serai lebih dari 2kg. biasanya 5 kg keatas bergantung byk faktor. allah wa alam.

Unknown said...

Selalunya hrga tolak pd pemborong brp ye?

Unknown said...

Saya ada benih serai kampung & serai wangi berminat wasap 01113318814

Unknown said...

Saya ada benih serai kampung & serai wangi berminat wasap 01113318814

Muzaidi Marzuki said...

Saya nak Jual serai wangi kat mana boleh tolak ye?

Mohd Fauzi Bin Seman said...

Tuan tanah x bls. Hihihi

Unknown said...

Saya ada jual serai kg, serai peha ayam & benihnya skali, kawasan muar.. 017-7725927

Unknown said...

tanah perlu gembur x?

Yy said...

Nak beli batang untuk ditanam