Friday, September 30, 2011

BAB penulisan

BAB 24: Buat duit dengan projek cacing


Cacing yang baru dipindahkan dalam petak baru


Petak-petak papan yang dipenuhi cacing


Penyelia projek cacing memastikan semua cacing hidup dengan aman dan tenteram.



Pondok ternakan cacing dan tempat pemprosesan baja organik.

Assalammualaikum buat semua sahabat.

TERBARU untuk projek kampong aku adalah “Projek Cacing”. Ramai dikalangan sahabat yang tertanya-tanya mengapa aku buat projek penghasilan “baja organik” ni. Mereka datang dengan menyenaraikan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pengusaha sekarang. Mereka mengutarakan 1001 masalah dari segi sudut ugama, teknikal hinggalah pasaran baja organik yang tak dapat dijual. Sesetengah soalan dapat aku jawab, selebihnya aku tinggalkan kosong tanpa “markah” untuk mereka terus berfikir.

Perkara pertama pada mereka yang berfikir untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah mempunyai “cita-cita yang tinggi”. Apa sahaja yang kelian usahakan perlu ada asas tersendiri. Jawapan “mengapa dan kenapa” perlu ada jawapan yang lancar dari kita. Kebanyakan pengusaha cacing terikut-ikut dengan zaman. Sekarang musim orang buat baja cacing, semua ikut tanpa asas. Tidak tahu mana nak dipasaarkan, bagaimana secara teknikalnya yang sebenarnya bukan semudah menyebut A,B dan C. Tetapi disesetengah pihak pula bercerita untung berpuluh ribu untuk usaha ini.

Kita harus berfikirkan “besar” untuk terus berjaya, jangan berfikiran negatif yang boleh membantutkan usaha kita. Dalam dunia perniagaan, berfikir hanya dua kali, kali pertama apa yang nak dibuat dan kali kedua membuat keputusan untuk dilaksanakan. Tetapi kebanyakan kita pecah kepala memikirkan 100 kali untuk membuat keputusan apa projek nak buat tetapi akhirnya gagal dan membazir setelah berfikir berbulan-bulan tanpa hasil.

Wattan, Muar

BAB 18 :: Kerja Sebulan Makan Setahun – “satu pengalaman”


Cerita kali ni berkisar pasal “Hari Raya”. Aku nak cerita pasal duit raya dan hari raya, aku dulu pernah berniaga dan pelbagai jenis perniagaan yang aku jalani dan salah satunya adalah menjual kuih raya. Masa aku tunggu viva untuk master aku dan masa tu dah dekat hari raya dan tak banyak projek yang masuk untuk kedai (computer) aku, aku mencuba le nasib aku untuk menjual untuk kuih raya…ya le aku ikut cakap bapak aku, kalau nak berniaga ni jangan kira sangat dengan kata lain “asal barang boleh jadi duit” semua aku jual. Bermula dengan aku mencari tempat untuk menjual kuih raya. Kalau yang biasa kat Shah Alam tentu tahu bangunan PKNS, kat situ le aku berniaga dulu (1999-2001).

Kuih raya

Aku memang tak pernah ada pengalaman untuk jual kuih raya ni, cuma masa aku kat universiti dulu aku ada le jual kuih tat nenas ngan kerepik pisang yang mak aku buat kat bebudak dengan staf (pensyarah) universiti tu dan ramai le yang beli. Bila aku balik kampung mesti banyak kuih yang aku bawak balik ke universiti dari kampung …biasa le …orang susah nak cari duit lebih sikit. itu le bermulanya cerita aku berkenalan dengan kuih raya.Kalau nak kira jenis kuih dan macam mana nak buat kuih ni lagi le aku tak tahu langsung. Yang paling aku tahu hanya le makan kuih je..hehe. dari pengalaman sedikit tu aku perkembangkan untuk jual kuih raya masa nak musim raya dan aku nak berkongsi dengan kekawan semua.

Walaupun berniaga dan memiliki syarikat komputer masa tu, korang tahu le kalau musim nak raya ni semua orang tak minat nak beli benda lain selain baju raya, langsir raya, kuih raya dan semua perkara yang berkaitan dengan raya. Tah macam mana aku boleh cakap dengan staf aku masa tu minta deorang je yang jaga kedai komputer untuk sementara dan aku nak berniaga jual kuih raya sebulan.

Aku ambil kuih banyak tempat, termasuk dari kampung (muar, johor) aku, ada yang dari kedah, perak,klang dan banting. Kalau boleh dibayangkan sekali diorang hantar tu satu lori penuh. Masa tu aku nekad je nak jual kuih raya dan aku tahu tentu ada keuntungan yang lumayan. Kalau kerepek ni jangan cakap le tak cukup dengan kedai yang dulu isi komputer ..musim raya penuh dengan kuih aku sewa sebiji rumah lain hanya untuk masuk stok kuih je.

Jual …menjual

Aku nekad je sebenonya, aku tak tahu yang boleh untung ke tak …tapi masa tu ramai le yang cakap kalau kuih aku tak laku, masa raya aku boleh tido atas kuih le. Kebanyakan pembekal nak
kan kita membuat tempahan awal. Kalau kita tak tempah dan ambil banyak-banyak tentu kita tak dapat jual dengan banyak kuih. Aku bukan menjual seorang diri je …aku ambil bebudak kampung aku 3 orang minta diorang jaga kedai aku dan aku bayar diorang gaji. Best le diorang dapat pi KL free, makan minum tanggung dan dapat gaji pulak tu …tak le diorang memotong sawit sebulan tu…hehe.Kalau aku kenangkan dan aku ingatkan seronok betul aku berniaga. Memang minggu pertama puasa permintaan tidak sangat menggalakan tapi bila minggu ke-2 dan seterusnya mula ramai yang datang.

Masim manis berniaga kuih

Yang manis tentule bila dapat duit … korang boleh tak bayangkan hanya menjual kuih raya boleh dapat duit tunai sampai lebih kurang RM 30,000.00 sehari. Aku fikir kalau sebulan pun payah kalau kita bekerja dapat duit sebanyak tu. Walaupun aku berniaga dan biasa dapat cek (sebelum bayar hutang dan lepas tu habis juga) tapi kalau tunai sebanyak tu memang tak pernah. Mungkin ramai yang biasa dan tak heran dengan pengalaman aku… tapi aku cukup bersyukur kerana aku dari keluarga yang bukan kaya dan tak pernah le nak tengok duit banyak. Dan kalau korang boleh bayangkan masa tu umur aku baru 21 ..muda lagi…lepas habis study..mana le pernah nak tengok duit bebanyak. Tapi walaupun duit tu bukan untung bersih tapi sekurang-kurangnya aku cukup gembira masa tu.

Perkara ni bebetul terjadi pada aku. kalau korang boleh bayangkan aku jual kuih RM 12.00 sekotak… orang kalau nak raya bukan beli sesikit lagi kalau orang yang bekerja tak sempat nak buat kuih. Sekali ambil 5, ada yang 10 ada yang lebih. Itu yang datang nak belikan orang kampung ..ada yang datang beli untuk beri anak yatim atau orang tu ke atau beli untuk persatuan atau parti politik sampai mencecah 500-1000 kotak sekali beli.

Kalau jual komputer dan pembinaan software yang aku buat selalu kekadang kena tunggu juga 2, 3 bulan baru dapat bayaran tapi jual kuih semua dapat tunai…tu yang suka tu. Seingat aku dari minggu ke-2 hingga seterusnya tak kurang dari RM 15,000.00 sehari hasil jualan aku masa tu. Banyak tu…kalau pi bank nak masuk kan duit sebeban duit … kekadang 3 hari sekali aku akan ke bank untuk masukan duitnya. Tapi bagi aku jual kena murah dari yang lain, untung sikit tak pa… tapi kita jual banyak…dah banyak-banyak untungnya banyak le.

Malam raya… lelong

Malam raya lagi best, memang ramai yang tunggu sampai malam raya baru nak beli kuih tapi selalunya memang banyak kuih yang dah habis. Bagi aku ada le banyak juga kuih yang tinggal kerana memang aku ambil banyak kuih dari pembekal untuk last minute . Kebiasaan nya peniaga akan jual murah bila malam raya kerana takut tak laku kuih raya nya tapi masa tu sebenarnya kebanyakan mereka dah untung banyak. Pengalaman malam raya lagi syok. Malam raya tu orang berebut-rebut sampai tak cukup tangan nak menjual. Memang banyak aku jual kalau korang boleh bayangkan duit masuk dalam beg plastik sampah (yang hitam) Hampir separuh dengan duit kertas nod 10 dengan 50. balik rumah kira duit lepas sembahyang raya…duit raya anak sedara pun tahun tu dapat sorang 50 …hehhehe.

Tapi apa pun, bagi pandangan aku faktor lokasi sangat penting. Ada juga kekawan aku yang berniaga kuih, pinjam duit bank…akhirnya tak dapat apa, berhutang dengan pembekal… kuih tak laku sebab terlalu banyak kuih raya di kawasan itu dan lokasi tak kena. Kalau macam kat shah alam dengan bangi tu..memang semua orang yang duduk situ akan balik kampung..disebabkan disitu kawasan industri. Kalau jual kat kampung aku..parit jawa…lain le pulak ceritanya.

Kena banyak kawan..

Jualan bukan sahaja kita harapkan dari pelangan yang beli di kedai je. Kalau boleh kita jadi pengedar, cari kekawan (mak cik- mak cik atau anak dara) yang kerja kat kilang tu suruh deorang jual kuih dan ambik kuih dari kita… kita untung dalam seringgit cukup dah… asalkan banyak yang terjual.

Banyak duit…

Bukan le aku bermaksud aku ni banyak duit. Tujuan aku hanyalah untuk menceritakan pengalaman aku masa dulu.Mana le aku ni banyak duit … kalau aku banyak duit , korang bayangkan le pembekal, pemborong yang bebesar tu lagi le banyak duit dan yang pastinya toke kedai tepung ngan gula le yang paling untung sekali. Kalau jual macam ni memang le tak berapa banyak untungnya. Satu kotak untung dalam RM 5.00 je..tapi tu kalau sekotak…macam mana kalau 10 kotak, 100 kotak, 1000 kotak atau…1000,000 kotak cuba korang bayang kan … aku bukan apa, nak beri semangat kat korang yang minat…mesti boleh punya “MELAYU BOLEH”. Tak le banyak sangat aku dapat lepas tolak modal, gaji , sewa dan lelain setakat “KERJA SEBULAN BOLEH MAKAN SETAHUN LE”. Ada yang nak cuba aku boleh cerita lagi lebih lanjut dan banyak lagi koleksi cerita-cerita aku dalam secebis pengalaman berniaga..salam hormat

BAB 23: Buat duit dari anjuran kursus @ Seminar

"Tak sempat edit"

Alhamdullilah, setelah sekian lama saya berhasrat untuk berkongsi pengalaman saya melalui kursus keusahawanan akhirnya tercapai. Pada 12 April 2009 yang lepas seramai 22 orang peserta kumpulan pertama telah menamatkan kursus mereka dengan sempurna.

Kursus ini hanya sehari tetapi boleh memperolehi 2 ilmu, sebelah pagi penanaman serai secara komersildan sebelah petang baja compus.

Peserta yang terlibat dalam kursus seramai 22 orang

Peserta didedahkan dengan kemahiran tani secara terus dari mereka yang berpengalaman

Teknik menyiang serai

Teknik Membaja


Sambutan dari peserta amat mengalakan, saya hanya berkongsi

Sebahagian dari tempat ternakan cacing

Baja air yang telah siap, sedia untuk dijual, 500 ML – RM 10, 1.5 L- RM20.00 dan 10 L-RM 100….mari mencuba kesannya memang POWER….

BAB 3::“REFORMASI KENDIRI” – Matlamat hidup

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. – Peribahasa Cina


“Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.” – Cecil B. DeMille

kali ini penulisan aku banyak berkisar dari sudut kepentingan kita menetapkan matlamat dalam menuju sesuatu kejayaan.

Di suasana kerja atau tempat belajar misalnya selalu terdengar perbualan kawan-kawan kita contohnya “aku dah bosan le nak bekerja kat sini lagi, macam dah tak ada matlamat “ atau “aku rasa aku nak berhenti je la dari universiti, aku dah tak ada semangat dah nak belajar”. Mengapa ianya berlaku, mungkin mempunyai 1001 macam jawapan tetapi puncanya adalah “tiada matlamat dalam hidup” dan perancangan masa depan yang jelas. Memang perkara ini sering kita dengar dan memahaminya tetapi jarang kita mengambil perhatian dan mengaplikasikannya. Selalu berangan menginginkan sesuatu tapi akhirnya apa kesudahannya selalunya kita akan bosan dan hilang tumpuan akan apa yang kita impikan


Gambar Hiasan, Tiada kaitan dengan hasil tulisan

Cuba kita berfikir sebentar dan teliti semua, perjalanan hidup kita yang lepas dan apa yang berlaku dalam tempoh 5 tahun akan datang. Tentunya kita sendiri yang dapat menjawab soalan itu. perancangan teliti amat perlu dalam mencapai sesuatu matlamat kejayaan. Walaupun kita percaya bahawanya Allah sahaja yang berkuasa atas segala-galanya (“kita yang merancang tapi tuhan yang menentukan” ) tetapi kita jangan lupa yang mana

Allah Swt. berfirman:

Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sebelum mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka. (QS ar-Ra‘d [13]: 11).

Perancangan 5 tahun sekali adalah yang terbaik…cuba ambil kertas dan lakarkan matlamat korang…simpan cebisan kertas itu baik-baik dan lihat semula pada tahun berikutnya sama ada kita telah mencapai matlamat itu ataupun tidak. Bagi aku sendiri, aku mula membuat perancangan matlamat hidup aku sejak aku umur 16 tahun. Tak tahu le dari mana aku dapat idea masa tu. Memang kita boleh ingat dalam kepala je, apa matlamat kita yang kita ingin capai tapi adalah lebih elok di tulis dan di sertakan dengan strategi melaksanakannya.

Kalau kecik-kecik dulu… mak aku selalu cerita macam-macam, salah satu cerita yang aku ingat lagi sampai sekarang ialah “Cerita pasal katak panjat pokok”…tak tahu le mana dia dapat. Ceritanya macam ni, ada sekumpulan katak memanjat pokok kelapa, panjat punya panjat banyak le katak yang sampai di tengah jatuh ke tanah lalu mati. Ada sekor je katak yang sampai ke atas. “ingat-ingat kenapa le katak tu je yang sampai kat atas ?” mak aku tanya kat aku…mana le aku tahu masa tu dan macam-macam le aku cuba menjawab soalan dia….semuanya salah. Korang tahu ke jawapannya ?. Mak aku cakap, katak yang sampai atas tu pekak. Aku tanya le dia kenapa lak jadi macam tu…ya le katak yang jatuh tu semua dengar kawan-kawan dia yang kat bawah bersorak dan ada yang menakut-nakutkan mereka, ada yang memuji dan ada yang kata “wow dah tinggi tu nanti jatuh, baik turun je” . Bila katak-katak tu pandang belakang(katak mana boleh pandang belakang), katak-katak tu terus le jatuh. Pasal katak yang sekor ni pekak maka dia pun sampai le kat atas, dia tak dengar cakap semua kawan-kawan di yang kat bawah tu yang takut nak panjat pokok tu dan dia mempunyai matlamat sendiri dan hanya melihat ke hadapan. Cerita ni memang le tak logik tapi apa pengajaran di sebalik cerita ni. Fikir le kejap!

Matlamat yang realistik

Dalam menentukan matlamat, kita seharusnya lebih realistik menetapkan matlamat hidup kita. Memastikan Matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Apabila matlamat yang kita lakarkan terlalu jauh dari kita untuk mencapainya walaupun tidak mustahil kita akan menjadi bosan untuk mengejar matlamat tersebat dan akan terbengkalai begitu sahaja. Apabila kita mempunyai matlamat kita haruslah menghalusi matlamat tersebut dari segi halangan, cabaran, kekuatan dan sebagainya.

Strategi dalam mencapai matlamat

Ketika Singapura jatuh ke tangan Jepun dalam tahun 1942, sebabnya yang terbesar adalah mudah sekali : meriam-meriam besarnya yang terikat secara permanent kepada landasan-landasan konkrit, semuanya menghala ke laut. Strategi tentera Inggeris membuat asumsi bahawa cabaran dari musuh akan datang dari arah laut. Apabila serangan Jepun datang dari belakang melalui hutan-hutan belantara, pertahanan Singapura yang dianggap sebagai “kubu yang mustahil dapat ditembusi” (“invincible fortress”) ternyata tidak berkesan lagi. Meriam-meriam itu memang perkasa tetapi ia menghadap ke arah yang salah.

Walaupun kita mempunyai segala kemudahan, kesenangan untuk mencapai matlamat kita tetapi tidak mempunyai strategi yang betul bagi memenuhi matlamat tersebut nescaya kita tidak akan mencapai apa yang kita mahukan. Untuk mencapai matlamat korang dan ingin berjaya dalam kehidupan, korang mestilah membina suatu kebiasaan menetapkan matlamat dan memastikan apa juga matlamat berdasarkan strategi yang betul mulai esok.
• Mempunyai yakin diri dan keinginan yang tinggi untuk mencapai matlamat
• Tuliskan matlamat korang dalam buku matlamat, kalau tak tulis ianya hanya akan menjadi angan-angan sahaja kerana tidak meresap kepada minda
• Tetapkan had masa untuk mencapai matlamat
• Hindarkan penghalang, tumpukan kepada untuk mendapatkan kekuatan untuk mencapai matlamat .

KENALPASTI

1) Halangan-halangan yang perlu korang atasi.
2) kekuatan yang korang akan perlukan untuk mencapai matlamat misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat dan lain-lain Bagi setiap perkara, tuliskan mengenainya pada satu senarai yang jelas dan kemudian buat satu analisa.
• Fikirkan rancangan
• Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK PUTUS ASA (Persistence). Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.

Kesimpulan

Kita adalah pengemudi kehidupan kita sendiri. Tiada siapa yang lebih bertanggungjawab terhadap diri kita kecuali diri kita sendiri. kitalah yang mencorakkan nasib hidup kita. Kita telah diberi oleh Allah SWT yang maha bijaksana lagi maha berkuasa satu alat yang tidak ternilai harganya iaitu minda. Tidak ada siapa yang boleh menghalang keinginan kita untuk berjaya kecuali kita sendiri.

Janganlah hanya berangan-angan sahaja tetapi lakukanlah tindakan-tindakan seperti yang dijelaskan di atas dan InsyaAllah kita akan berjaya. Ingatlah pesan Peter Drucker, seorang guru pengurusan yang pernah berkata: “The best way to predict the future is to create it”. Tidak ada siapa manusia yang akan mampu menghalang usaha kita untuk berjaya melainkan diri kita sendiri!
Bagi semua remaja atau sesiapa sahaja yang membaca tulisan aku ni, aku hanya menyampaikan di samping mengingati diri aku sendiri untuk terus ke hadapan. Marilah kita “bangsa Melayu Islam” dengan lebih bersemangat mengubah diri kita menjadi lebih cemerlang. Sebarang komen dan perbincangan lanjut boleh disalurkan di laman
Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,
Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keikhlasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu ‘


“Keyakinan diri, sehingga kadang-kadang boleh membawa kita berjalan diatas tasik tanpa tenggelam. tapi tasik kat atas ni dah jadi ais….boleh le berjalan”. pengajaran “jangan terlalu yakin”.

KEAZAMAN UNTUK BERJAYA

di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidup mu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhan mu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha kita itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa kita akan berjaya dari apa yang kita usahakan.

Wattan, Muar

BAB 2:: REFORMASI KENDIRI, Peta Mencapai Kejayaan


Pendahuluan;

Pertamanya aku minta maaf kerana aku bukan lah orang yang terbaik untuk membicarakan tentang perkara di atas. Hanya tujuan aku ingin berkongsi pendapat dengan rakan-rakan semua terutamanya golongan remaja. Di sini juga aku sedar akan tanggung jawab aku masa hadapan yang makin mencabar dalam mengejar kejayaan di dunia dan di akhirat. Mungkin dengan tajuk ini dapat aku lakarkan gambaran sebuah kejayaan bagi rujukan bersama.

Masa aku sekolah rendah dulu, aku berangan-angan nak masuk sekolah asrama penuh. Ya le masa tu budak kampung macam aku mana le ada keluar daerah.. Selalu aku berazam untuk berjaya macam sepupu aku yang juga jiran aku pada masa tu. Dorongan masa tu hanyalah ingin melihat dan merasa duduk asrama, pakai baju batik (seragam sekolah), naik bas balik kampung, berjauhan dengan keluarga dan berseronok di luar tanpa kawalan keluarga(ingat aku masa tu)jauh sekali sasaran aku nak belajar betul-betul dan jadi pelajar pandai. pasal itu agaknya aku dah lari dari asrama seawal tingkatan 2 balik ke kampung kerana terget aku nak duduk asrama dah tercapai masa tu. bagai mana aku menzahirkan cita-cita aku masa tu,ingat lagi aku simpankan cebisan impian kejayaan aku tu dalam tin susu dan aku sorokan di bawah rumah di celah-celah susunan kayu.


Berbelas tahun kemudiannya aku jumpa semula tin susu tu, walaupun karat marat tapi cebisan itu masih dapat aku baca, aku tersenyum melihat cebisan impian aku masa silam. Dari kecil semua orang kata aku kena cemerlang dan berjaya. Untuk berjaya aku terpaksa sentiasa beringat dan berwaspada. Dari sekolah rendah, kena dapat keputusan baik untuk masuk asrama. Bila tingkatan 3, kena belajar bebetul pasal nanti tak boleh masuk kelas sains. Dah masuk kelas sains dan ambil SPM kena bebetul pasal kalau tak pas kang tak boleh masuk Universiti. Dah masuk universiti kena lak belajo bebetul kalau tak nanti kena buang, kalau tak kena buang pun nanti susah nak dapat kerja pasal keputusan teruk, sampai le aku ambil master ngan PhD ni sama je …tiap hari le aku kena ingat dan berhati-hati, aku terasa penat mengejarnya. Bila aku nak sampai penghujungnya yang aku tahu memang tak ada garisan penamat. Cuma bila aku fikir balik, kecemerlangan dan kejayaan aku hanya berorientasikan exam dari dulu sampai sekarang.

Definasi Kejayaan

Kini, mungkin aku telah melalui akan separuh kejayaan(yang aku tafsirkan sendiri/kemahuan aku) itu semua dan kini juga aku tertanya kembali Adakah aku merancang untuk semua dan adakah ia hanya nasib menyebelahi aku?. Perkara ini yang akan aku kupas disulan dengan pengalaman hidup aku masa silam. Bagi permulaan bicara, aku bincangkan tentang apa yang diperkatakan kejayaan dari pandangan peribadi aku.

Semalam, aku berkesempatan berbual dengan seorang kawan aku kat sini (dia yang aku anggap telah berjaya) dengan topik perbualan tentang kejayaan. Perbualan aku bermula dengan pertanyaan “apa yang di katakan kejayaan dan bagaimana orang yang berjaya”. Perjuangan dalam hidup manusia amat luas daerahnya. Ada perjuangan yang kecil dan ada perjuangan yang besar. Contoh perjuangan yang kecil ialah apa jua usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Asas bagi menentukan kecil atau besar tahap perjuangan itu ialah:

1.Matlamat perjuangan.
2.Halangan atau cabaran terhadap perjuangan.
3.Risiko atau pengorbanan yang diperlukan.

Namun begitu ada orang yang keliru. Mereka meletakkan perjuangan untuk mencapai kejayaan di dunia sebagai perjuangan yang utama dan mengabaikan perjuangan untuk mencapai kejayaan di akhirat. Sebenarnya orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia sahaja adalah orang yang akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat, sedangkan orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di akhirat sebenarnya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah Taala:

(Surah Al-Hadid” Ayat 20-21)
Ertinya: Ketahuilah bahawa apa (yang dikatakan) kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu ( dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan ) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan) tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanaman suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan di dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Berlumba-lumba kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.Malangnya ada pula orang yang tidak mempunyai perjuangan lansung dalam hidupnya, mereka hanyut bagaikan kiambang di sungai. Mereka diracuni oleh fahaman jabariah iaitu berserah pada takdir tanpa usaha, atau mereka mengikut arus dan perubahan zaman tanpa prinsip dan pendirian, iman mereka rapuh, amal ibadah mereka tidak menetap dan akhlak mereka dicorakkan oleh berbagai-bagai budaya.

Definisi kalau ikut buku tak tahu le, tapi kata kawan aku tu kejayaan seseorang itu di ukur bila mana seseorang itu telah mencapai cita-cita dan matlamat yang ingin di capainya dan bergantung kepada individu itu sendiri. Sebagai contoh kalau seorang pelajar itu menduduki peperiksaan SPM dan matlamatnya untuk berkelulusan baik dan dapat masuk ke universiti sebagai satu kejayaan dia pada masa itu demikian juga kejayaan seorang teruna memiliki dara sebagai suri hidupnya buat selama-lamanya itu juga di sebut kejayaan. Bila kita merasa akan kejayaan itu makin hampir atau telah memilikinya hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan kekuasaanNYA. Bagi pandangan aku, inti bagi kejayaan seseorang ni aku rasa adalah matlamat pada dirinya yang aku akan kupas lebih mendalam dalam penulisan yang akan datang.

Thursday, September 29, 2011

BAB 17:TECHSCOMS Sdn. Bhd. syarikat pertama saya



Assallamuakaikum

Tahun 1997, 15 tahun dulu umurku baru 21. Pada masa itu TECHSCOMS Sales & Services telah aku tubuhkan dan kemudianya menjadi TECHCOMS Sdn. Bhd. Minat dalam bidang perniagaan bermula dari kecilku dengan membantu mak menjual air batu kacang dan rojak petis di gerai depan rumah, agaknya. TECHSCOM Sdn. Bhd. bermula dengan menyewa sebuah kedai yang berukuran "12 kaki X 15 kaki" di Seksyen 2, Shah Alam.

BERNIAGA bermula dari hobi, Walaupun aku sesibuk mana pun aku tetap meneruskan minat dan hobi aku. Kenapa aku kata hobi, kerana memang aku suka berniaga, jumpa orang, menolong orang dan kenal ramai kawan dari meniaga. Dalam masa yang sama adalah dapat beberapa projek yang aku dapat dari beberapa kawan-kawan rapat aku pada masa itu, yang semuanya aku jalankan sendiri, secara kecil-kecilan sahaja.

Masa tu aku le kuli, akulah budak hantar surat, aku le yang buat sistem , aku le jurujual dan tentunya aku le bos dalam syarikat aku. Selain aku meneruskan kerja-kerja aku seperti menjual komputer, aku ada juga membuat sistem-sistem kecil untuk permintaan individu. Sistem yang pertama aku buat adalah Sistem Koperasi Persatuan Guru-Guru Sekolah Agama di daerah Klang. Sistem tu senang je aku siapkan dalam masa 2 bulan sambil sibuk-sibuk benda lain. Sistem tu mengenai pengurusan keahlian, kemas kini data, maklumat ahli berdaftar, sistem kewangan koperasi, agihan keuntungan, akaun pinjaman dan beberapa item yang aku dah lupa. Aku ingat lagi bila aku dapat cek atas nama syarikat aku TECHSCOMS sale and services berjumlah 7 ribu,wow malam pun tidur senyum gembira. Pembayaran itu dibuat untuk harga 2 biji komputer dan sebuah sistem, murahkan.

Lama kelamaan makin sibuk pulak le aku dengan macam-macam permintaan. Dari situ ada pihak yang meminta aku membuat sistem Pengurusan Sekolah, Sistem Pemarkahan Guru, Sistem Cyber Cafe dan membuatkan aku dah tak menang tangan. Dari situ lah juga aku ramai kawan dan ramai aku kenal. Semua yang aku buat sistem yang melibatkan database....

Dalam banyak-banyak kawan tu aku ada le kenal seorang sahabat yg baik hati, hj Sani. Dia le yang beri perangsang kat aku untuk meneruskan perniagaan aku. Hj Sani adalah pensyarah yang dah lama kat tempat yang aku mengajar masa tu "cosmopoint" dan juga bos aku. Aku cerita serba sedikit pasal dia ni, dia ni dulu cikgu dan lepas ambil master dia join sebuah kolej cosmo.dan dia punya perwatakan yang sangat aku senangi. Beza umur aku dan dia 15 tahun dan aku dah anggap dia macam abang aku.

Satu hari dia berkata dengan aku lepas menum kopi, “baha, apa kata aku kerja dengan kau”, terbeliak
biji mata aku dan macam nak tersedak pun ada masa tu dan aku anggap dia main-main. Tapi sangkaan aku salah dia beria-ia dan bercerita tentang apa yang aku buat selama ini boleh dimajukan lagi dan dia yakin aku akan berjaya. Aku pelik juga dia ni nak katakan gaji sikit, aku rasa dia dah cukup baik (RM4,000.00 / sebulan)kenapa dia nak berhenti kerja dan join ngan aku yang tak tahu unjung pangkal ni. "sangkaan ku pada masa itu"

Masa tu buat aku tersentak, apa taknya orang lain boleh percaya dengan apa yang aku buat sedangkan aku tak percaya dengan diri aku sendiri. Nasihat aku jangan kita perlekehkan kemampuan kita sendiri walaupun sekecil mana kerana dari yang kecil itu lah yang akan menjadi impian besar. Melihat dengan keadaan itu aku rasa yakin yang aku akan terus berjaya dan aku bulatkan keyakinan untuk mulakan segalanya mulai saat itu. Aku cukup segan dengan abang sani pasal dia lebih pengalaman dan lebih tua dari aku pun boleh percaya dengan apa yang aku buat sedangkan aku tak
percaya dengan apa yang aku buat. Aku ambil keputusan nekad untuk berhenti mengajar, lama juga aku mengajar kat situ lebih kurang setahun. Aku dah mulakan perniagaan aku masa aku masih mengajar lagi.

BULAN PERTAMA BERNIAGA

Aku melarang lagi abang sani join aku pasalnya aku belum ada apa-apa lagi dan tak stabil lagi pada masa itu. Dulu pejabat aku hanya dalam rumah yang aku sewa. Rumah tu ada duabilik, satu aku jadikan bilik tidur dan satu lagi bilik aku jadikan macam office aku le, yang hanya beroperasi waktu malam je. Semua ada.. mesin fek, komputer, printer, fail-fail perniagaan aku dan macam-macam lagi. Dulu aku berniaga Cuma niat nak tambah sikit duit aku tapi semakin hari semakin aku rasa keyakinan itu.

Langkah pertama aku adalah mencari kedai untuk disewa. Korang tahu le kedai kat KL dan selangor punya le mahal mana le aku mampu waktu itu. Puas cari semua kedai nak disewa sekitar 5-6 ribu sebulan, aku nak makan apa kalau mahal macam tu. Lepas tu tah macam mana rezeki aku, ada le kawan yang offer kat aku kedai dia. Boleh le ruang nya Cuma sebesar 12 X15 je, kecik
kan..itu le yang paling murah yang aku dapat dengan harga RM 700.00 sebulan mampu le aku bayar. Bermulalah perjuangan aku sebenar dalam dunia perniagaan. Bila aku buat sendiri baru terasa susah, dulu masa buat part time berniaga aku tak le rasa tertekan kerana aku ada sumber lain (gaji)…dah mula sendiri baru le tahu semua nak harapkan duit dari pendapatan dari perniagaan tu.

Bulan-bulan pertama memang memeritkan, siapa nak percaya ngan aku yang boleh jual air liur je masa tu. Aku naik dari satu pejabat ke satu pejabat, dari satu syarikat ke satu syarikat, dari satu bank ke satu bank…semua tak dapat projek.Nasib baik le ada projek-projek yang lepas yang belum aku selesaikan sepenuhnya. Aku tak berputus asa, Kalau kita bekerja, 30 hb adalah hari yang kita tertunggu-tunggu, betul tak…. ya le dapat gaji dan boleh buat semuanya..belanja awek, beli perabot ke..atau macam – macam dalam perancangan. Tapi rupanya kalau kita dah berniaga 30 hb setiap bulan rupanya menjadi tarikh yang paling kita takut pasal terpaksa bayar semua bil, sewa, bayar gaji budak dan lain-lain. Aku memang banyak dapat panduan dan falsafah dari arwah ayah aku dan masa dulu aku tak pernah kisah akan apa yang dia cakap dengan aku masa tu. Tapi lepas dia
tiada banyak pepatahnya aku ingat satu per satu. Aku Tanya dia “macam mana orang tu boleh barjaya dalam berniaga... bah”. Dia menjawab lebih kurang maksud yang aku faham…”diaorang yang berjaya tu sama je macam kita, Cuma bezanya dia adalah pada usahanya dan cara dia
berfikir”. Dia hanya berusaha lebih SEDIKIT dan juga berfikir lebih kreatif SEDIKIT je daripada kita itu
sebabnya dia berjaya. Masa tu aku tak faham apa. Sekarang ni aku faham dan aku gunakan dalam perniagaan aku sebagai contoh ramai orang yang berniaga goring pisang… dan dalam persaingan kita terpaksa berfikir lebih sedikit dan lebih kreatif dalam memberi satu kelainan daripada penjual yang lain dan membolehkan kita berjaya dalam perniagaan. Tak kira le pada rasanya ke, pada harganya ke, atau pada warnanya…mungkin semua pisang goring selalu pakai tepung dan bila goreng warna kuning tapi goreng pisang kita warna biru ke..hhehehe aku saje je. Kekadangmemang kena pakai idea gila … dalam dunia perniagaan

Pada bulan pertama mungkin aku hanya tertumpu pada benda yang kecil-kecil sahaja. Tu le yang aku kata pentingnya buat yang kecil dulu baru datang yang besar. Dalam sebulan aku hanya buat jualan PC je dan kekadang ada le dapat betulkan PC kawan-kawan yang aku kenal. Siapa sangka, aku ingat lagi aku ada jual PC kat seorang pelajar UiTM masa tu dan dia minta aku hantar kat rumah dia. Macam biasa aku pi le hantar pc kat rumah dia dan jumpa pada keluarga dia. Keluarga
dia punya le baik siap jamu aku makan malam…hehehe. Cerita punya cerita bapak dia ni kerja dan jadi bos kat satu syarikat jepun kat shah alam. Dia mintak aku datang pejabat dia esok dan bawak profil syarikat aku. Esoknya aku pi le, rupanya dia minta aku scan virus pc dia je..aku buat je la. Dia kata bayar berapa ni... la, aku kata tak payah le.. scan virus pun nak kena bayar, aku ingatkan dia nak beri aku projek ke.

3 hari lepas tu dia telefon aku balik dan minta aku datang balik kat pejabat dia, aku ingat kan virus apa le yang menyerang nampak terdesak sangat dia mintak aku datang cepat. Dia cakap dengan aku Lembaga Pengarah syarikat dia dah tengok profil syarikat aku dan diorang bersetuju untuk beli
komputer 20 biji dari syarikat aku tapi kena cepat. Aku dengar macam tak percaya lak ….betui ke ni ke pak cik ni atau dia buat kelakar dengan aku. Itu le antara projek – projek pertama yang aku dapat.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah tak semua yang kita usaha akan memperoleh kejayaan dan kadang-kadang rezeki yang kita tak sangka-sangka macam datang bergolek je kat kita…yang penting kita usaha. Dari situ perniagaan aku dari hari kehari makin maju dan akhirnya lepas 6 bulan aku mampu mengajikan Hj sani dan join dalam syarikat aku.

Dibawah ni aku buat le sedikit garis panduan, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Tapi ini Cuma pandangan pribadi aku je jangan ada yang menyalah anggap yang aku ni nak jadi pakar motivasi lak. Apa yang aku pegang adalah apabila kita punya ilmu, kita haruslah
menyampaikan nya walaupun sedikit. Berikut adalah beberapa rahsia kejayaan
usahawan-usahawan yang aku kutip dari pembacaan yang aku buat:

RAHSIA KEJAYAAN USAHAWAN BERJAYA

• Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga.

• Sediakan strategi dan perancangan dalam perniagaan korang

• Buat perancangan korang dan mestilah korang komited dengan perancangan yang dibuat.

• Jangan abaikan pelanggan. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun siapa perlulah dipenuhi.

• Anggap perniagaan ini sebagai peperangan. Korang tidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal,
berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini korang akan bermati-matian mempertahankan perniagaan yg ada.

• Luangkan sedikit masa korang untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan korang.

• Sentiasalah korang merendah diri walaupun korang telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan korang.

• Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika korang puas, wang akan datang bergolek.

• Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, korang buat. Jika orang lain tidak buat, korang buat, korang akan berjaya.

• Mesti sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada orang bawahan korang sendiri.

Walaupun korang sudah berjaya, anggapkan sahaja korang belum berjaya. Dengan ini, korang akan sentiasa berusaha.

• Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun korang telah berjaya.

• Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri korang apabila korang berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk merehatkan otak kita.

• Sekali korang melakukan perniagaan ini, korang mesti melakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada hari korang tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangat korang akan luntur.

• Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan yang batin.

• Cakap mesti serupa bikin.

• Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.

• Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.

• Jangan anggap perniagaan ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda.

• Berikan kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila korang sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati korang semata-mata kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilah peluang kepada mereka.

• Sentiasa mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripada teknologi maklumat.

Dalam keluaran yang akan datang aku masih akan
menceritakan pengalaman aku berniaga. Tapi dalam
keluaran yang akan datang aku banyak bercerita tentang
cerita-cerita Hj ikwan, aku ditipu orang, orang tak
bayar hutang dan kejayaan-kejayaan “kecil” dalam dunia
perniagaan ku, macam mana di marah orang, proses
pinjaman yang merumitkan dan banyak lagi. Tunggu
sambungan nya… terima kasih

"hasil tulisan 8 tahun dulu...sekadar berkongsi"

Wednesday, September 28, 2011

Motivasi Kendiri

Petua mulakan perniagaan:1. dimana ada keinginan, disitu ada jalan. 2.Wang hasil niaga mesti utk berniaga, utk pembelanjaan pribadi mesti ditetapkan sebagai gaji. 3. Ahli kongsi yg terbaik adalah ISTERI sendiri 4. Setelah bank-in duit, cuba lupakan. 5. Carilah perniagaan yg dpt dimulakan tanpa perlu meminjam.

Jangan selalu ambil pusing @ Ambil tahu @ "jaga tepi kain org" dgn masalah org lain, takut - takut masalah orang itu akan jadi masalah kita. Adalah lebih baik melihat dan @ memikirkan @ meniru kejayaan org yg berjaya nescaya mudah-mudahan kejayaan juga akan megeringi kita seperti mereka yg berjaya.

‎"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Semua org yg berjaya saya lihat berkorban, bekerja kuat, berusaha, belajar bersungguh sebelum mereka "berjaya" akhirnya. Patutlah ramai dikalangan kita tidak berjaya sebab selalu nak senang dulu, suka main-main buat kerja, pemalas dan menipu diri sendiri. mana nak maju macam ni.

Kita belajar utk menjadi peguam, belajar utk menjadi jurutera, belajar utk menjadi juruteknik, belajar utk menjadi guru, belajar pengurusan perniagaan. tetapi kita tidak diajar untuk pengurusan kewangan individu, itu sebab selalu je gaji tak cukup....apa pendapat anda?

Anda punya "idea atau produk" yg baik utk dijual, anda punya "kepakaran" yg terbaik utk mula kan perniagaan. Anda juga punya "pengalaman" yg lama bekerja dalam bidang perniagaan dan anda juga punya tempat yg terbaik sebagai tapak berniaga. TETAPI anda masih GAGAL memulakan @ GAGAL dalam perniagaan (Fakta : 80 org dari 100 berniaga tetapi gagal selepas 6 bulan). Anda rasa kenapa

‎"Esok dapat gaji, jangan terus bayar hutang. Ambil 30 pratus bayar diri sendiri dgn (simpan utk dana kecemasan: 30 pratus, simpan tunai: 30 pratus, simpan masa depan: 40 pratus). Baru selebihnya 70 pratus dr gaji anda uruskan utk aktiviti harian spt bayar hutang kereta, rumah, makan minum, bersiar dan lain-lain." Fikir hari ini, dibuat esok. Bahar-Kota Mekah.

Lama tak jumpa ya "idea". Ko pi mana, banyak kerja khawin ke?, ke sibuk jejalan window shoping, mementang le kebelakangan ni aku sibuk sikit, langsung ko tak menjengok. Mai le datang berbual dgn aku, tengah dok sesorang mengelamun ni. Aku belanja ko secawan kopi pak arab harum baunya, ko sukakan. Datang le "idea" ada sesuatu nak bincang ni.

Ramai yg besar, tidak kurang juga yg kecil. Ramai yg sihat, ada yg sakit. Ramai yg kulitnya hitam, ada yg putih. Pasti ramai yg kaya, tak kurang juga yg miskin. Ada yg tua, ada yg masih muda. Ada lelaki, ada perempuan. Tetapi tujuan mereka satu menghambakan diri pada ALLAH yg satu. Kita semuanya sama disisiNYA. Buang lah jauh-jauh sombong kita itu, kita hanya hambaNYA, hingga diri kita ini adalah hakNYA.

Terdapat empat perkara penting yg perlu pada anda untuk menjadi seorang yg "kaya, berjaya dan bertakwa". Perkara-perkara tersebut adalah 1. Ilmu, 2.Mentor@Sifu@Guru 3.Sistem dan 4.Kuasa bertindak. Anda telah mempunyai ke empat-empat perkara tersebut?

Enam sebab seseorang itu selalu menghadapi kegagalan:
1. Selalu memberi alasan utk berjaya.2. Tidak berani dgn kejayaan 3. Berkawan dgn org yg selalu memberi alasan 4. Lambat bertindak 5. Rasa hidup sudah cukup selesa 6. Tidak mahu hidup luar biasa @ takut dgn cabaran. Anda ada salah satu senarai diatas?

Motivasi Diri: Mengejar satu matlamat harus mempunyai 3 peraturan asas "permintaan" iaitu permintaan itu perlu jelas, permintaan itu perlu ditulis dan jangan fikir macam mana nak capai. Taman jati diri dgn permintaan itu dahulu, lama kelamaan akan sebati. Bahar-UHSB @D'impian Group

‎20 tahun dulu abah cakap kat aku: Hidup kita ni, paling lama pun 60 tahun je, kalau lebihpun bonus. 20 Tahun kau belajar; 20 tahun lagi kau bekerja cari duit dari apa yg kau belajar; dan 20 tahun terakhir kau makan dari duit yg kau kerja. Senang betul metametik abah, tapi itu yg dia buat. Adakah aku mampu?

‎"Ubahlah diri anda, dari keadaan anda sekarang kepada keadaan yg anda inginkan. Dari seorang yg biasa-biasa sahaja, kepada seorang yg luar biasa. Dari seorang yg takut kepada kejayaan, kepada seorang yg sentiasa mencuba pelbagai kaedah utk berjaya, lebih berjaya dan terus berjaya."

Assalammualikum semua "Rahsia untuk bergerak ke hadapan ialah memulakan sesuatu. Rahsia utk memulakan sesuatu ialah memecahkan tugas-tugas kompleks dan sukar kepada tugas-tugas yg mampu di uruskan, dan mulakan perkara pertama" semoga berjaya. Bahar-Kota Mekah

‎" Kita lihat dari mata (tempurong), mereka lihat dari mata (burung). Manakan sama .... Dimana kita selepas ini.

Salam buat staf d'impian "Betapa ramai manusia yg membazir bakat mereka hanya kerana kekurangan sedikit keberanian" dan " Janganlah kamu menilai mereka yg mencuba dan gagal. Tetapi nilailah mereka yg gagal mencuba". Bahar-Kota Mekah.

‎"Tiada apa yg berubah bagi diri tuan pd hari ini berbanding semalam kecuali dgn 2 perkara kitab@buku yg tuan baca dan siapa org yg tuan jumpa". Wahai anak-anak ku tuntutlah ilmu sesempurna mungkin. Ayah insaf bersama mereka yg alim di sini, siapa lah kita nak disisi NYA yg maha kuasa. Msg utk irfan dan adik-adiknya

‎"Masa ada 3 sahaja. Semalam , hari ini dan Esok". Semalam telah berlalu, esok belum pasti . Yang ada hanya hari ini. Gunakan kesempatan ini utk membuat kebaikan sebanyak mungkin yg kita mampu. Bahar-Kota Madinah, 11 Malam 10.05.2011

‎"kadang-kadang nilai sifat bersyukur itu lebih tinggi darjatnya dari bersabar", Nampak dimata kasar lahiriahnya "mereka" itu rugi @ kalah, tetapi Allah punya kuasa memberi keuntungan @ kemenangan atas kehendaknya. yang penting kita berusaha dan bertawakal. bahar



Panduan Usahawan: Tetapkan dan tulis matlamat pendapatan setahun, pecahkan jangkaan pendapatan kepada bulan dan minggu. Seterusnya fikir bagaimana dan atur stratigi mendapatkan pendapatan tersebut. Tentu tuan terkejut, memperolehinya sebelum jadual yg ditentukan. Buat sekarang jangan tunggu esok.


Motivasi dari saya

Anda punya pilihan untuk mengikut 'sistem' yg sedia ada tetapi hanya mereka yg luar biasa mencipta 'sistem' mereka sendiri utk di ikut oleh anda. Itu pilihan anda.

Modal asas setiap manusia adalah "rupa" dan "akal". beruntunglah anda kalau anda punya lebih "rupa", juga nasib anda baik jika anda dapat memaksimamkan penggunaan "akal" anda. Tapi janganlah kedua-duanya tak ada @ tak diguna.

Ada tiga "level" dalam perjuangan anda utk menjadi usahawan berjaya. 1. Anda harus pandai cari duit (Basic), Level 2. Sudah ada duit, anda harus bijak mencari projek untuk buat duit. 3. Level ke-tiga adalah anda pandai mencari orang untuk buat duit. Dimana "Level" anda sekarang?

Nasihat: alang- alang jadi pelajar biarlah belajar betul-betul. Alang jadi pensyarah biar yg terbaik, alang berniaga biar sampai kaya.

Ada dua perkara dlm dunia yg membezakan dan menjadi sempadan martabat antara anda dgn adik-beradik anda@ saudara mara anda @ kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja. Perkara itu adalah ketinggian ilmu seseorang dan kekayaan harta dunia. Pilihan anda utk memilihnya atau mendapat kedua-duanya, kerana Allah.

Magrib: Ku lihat langit, Sedang menoleh masa lalu, Sedang merenung masa depan. Sudah tua rupanya aku, banyak yg belum dilakukan. Menyusun semula keutamaan matlamatnya. Supaya meninggalkan yg lebih "bernilai hakiki".

Hanya berfikir dan berangan tidak akan mengubah apa-apa diri anda dari diri anda yg semalam. Utk berjaya anda perlu bertindak.

"Dari memikirkan utk menyakiti adalah lebih baik berfikir utk membahagiakan org lain". Janganlah serang menyerang dalam FB tak guna pun. "Menang jadi abu, kalah jadi arang".

Bertahun-tahun anda mengejar dan berfikir utk "berjaya" tetapi yg dipandang orang adalah "kegagalan" anda juga. bertahun-tahun anda membina dan menjaga perhubungan kawan @ saudara mungkin sekelip mata perhubungan dibina akan putus juga. Bertahun-tahun anda berniaga, sehari sahaja boleh di tutup kedainya. Berfikirlah 2 kali untuk membuat sebarang keputusan dalam hidup kita. Bahar2011

‎"Ayuh bangsaku, ayuh keluar dari kegelapan dan kemiskinan. Jangan asyik dengan soalan "bagaimana utk dimulakan". Jawapan bagaimana tidak akan tuan temui dalam kamar dingin yg 'aden tenteram' itu".

‎"Jatuh bangun adalah kehidupan dan kehidupan adalah jatuh bangun. Kehidupan juga adalah perjuangan yg panjang dan berterusan". Muar Julai 2011.

Untuk berjaya, lupakan siapa diri anda pada masa lalu. Tanya pada diri sendiri, "SIAPA" anda pada masa akan datang. Anda buat....anda dapat...., adoh semputtttttt.

Setiap hari dalam perjalanan hidup, pekerjaan, perniagaan atau apa sahaja yg kita lakukan diselesaikan @ dibuat mengikut turutan "keutamaan" oleh KITA. Oleh kerana itu MEREKA juga punya urutan keutamaan sendiri. Jika keutamaan MEREKA gagal KITA turutkan @ tunaikan, sepatutnya janganlah pula MEREKA menyalahkan KITA tidak mengikut keutamaan MEREKA kerana KITA sendiri punya turutan keutamaan.