Showing posts with label BERJAYA dalam perniagaan. Show all posts
Showing posts with label BERJAYA dalam perniagaan. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Motivasi 5

"Dalam berniaga selagi anda tidak melibatkan diri dan memimpin dalam bidang jualan @ pemasaran, anda tidak akan menjadi jutawan"


Saya bukan penilik nasib, saya pun belum kenal siapa anda tapi saya boleh jangka nasib anda 3 @ 5 tahun anda dari sekarang. Anda akan sama sahaja seperti sekarang jika apa yang anda buat hari ini sama je dengan semalam, apa yang anda buat semalam sama minggu depan, bulan depan, tahun depan tidak berubah. Anda tidak berfikir, berusaha untuk mengubah nasib anda dan keluraga anda. Anda perlu bertindak sekarang..ya sekarang.


Pengalaman :: Bila saya mula membuka D'impian Parit Raja 3 tahun dulu, saya didatangi ramai orang termasuk orang kampung yang membantah saya membuka hotel disitu. Kononnya saya membuka dan mengalakan sarang maksiat. Saya cuba menjelaskan dan berbaik dengan mereka, ada yang mengugut. Ada juga yang menyusahkan dengan memlaporkan itu dan ini kepada pihak berkuasa tempatan seperti majlis, bomba dan lain-lain. saya pesankan kpd staf saya supaya bersabar dan bekerja dengan baik. Akhirnya sekarang mereka yang mengadu datang semula kepada d'impian, mereka dapat biz buat kuih, isteri mereka dapat bekerja, anak mereka bekerja di sana, biz kawasan semakin maju. Memang macam tu lah...selalunya idea kita dalam biz jarang disambut dengan baik, diperlekeh, diperkecilkan, apa yang perlu anda buat adalah berkerja bersunggu-sungguh dan terus berdoa.



"sungguh sukar untuk memulakan sesuatu, rupanya lebih sukar untuk meneruskanya dan mengekalkannya"..

"Anda tidak perlu hebat utk semua perkara. Jadilah apa yg anda impikan sekiranya tidak anda akan menyesal sepanjang hayat. Utk memastikan anda berjaya dgn impian anda. Anda harus lebih ekstrem mengejarnya." Selamat berjuang..

Nasihat :: Memang anda ada pangkat, kebetulan anda lebih tua @ anda juga ada pengalaman lebih luas dalam SATU perkara tetapi ini tidak bermaksud anda lebih betul dari yang lain. Hormat-menghormati, sayang-menyayangi, faham-memahami masih perlu kepada mereka dibawah anda atau mereka yang lebih muda atau mereka yang kurang berpengalaman. jadinya jangan mereka dibuli tapi perlu dibimbing kearah lebih baik ....

"pengetahuan dan ilmu sahaja tidak mencukupi, ia perlu di praktikkan. Juga kemahiran juga tidak mencukupi anda perlu melakukannya" JOM...

Nasihat :: bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang. Jgn biarkan satu kelemahan dan kekurangan kita menutup beribu kelebihan & nikmat yg kita ada. Jgn dilayan perasaan kecewa & dukacita. Sedangkn kita mesti ada rasa bahagia & gembira. Apa yg kita belum capai hari ini, insyaallah akan diberi suatu hari nnt. Jgn berhenti berusaha & jgn lupa berdoa. Anda bukan hidup bersendirian , sekurang-kurangnya saya...

Nasihat :: salah satu yang menyebabkan kita berasa 'stress' di tempat kerja adalah disebabkan kegagalan kita menangani 3P iaitu 'Planning', 'Prioritizing' dan 'Praying'. Kadang2 perancangan dah cantik tapi gagal memahami keutamaan juga menempah kegagalan.

"Amat mudah utk kekal sederhana. Anda hanya perlu menghabiskan masa dgn hal-hal biasa dan bersama orang biasa tetapi alang-alang anda mempunyai impian, impikanlah sesuatu yg besar. Untuk melaksanakan impian yg besar anda perlu berfikir dan bertindak luar biasa juga ekstrem...setuju ke "like"

Saya tak nak jadi KAYA, tetapi saya harus KAYA" Demi mereka, agamaku, keluargaku, anak-anak ku dan negara ku. Doakan saya..

Friday, September 30, 2011

BAB 2:: REFORMASI KENDIRI, Peta Mencapai Kejayaan


Pendahuluan;

Pertamanya aku minta maaf kerana aku bukan lah orang yang terbaik untuk membicarakan tentang perkara di atas. Hanya tujuan aku ingin berkongsi pendapat dengan rakan-rakan semua terutamanya golongan remaja. Di sini juga aku sedar akan tanggung jawab aku masa hadapan yang makin mencabar dalam mengejar kejayaan di dunia dan di akhirat. Mungkin dengan tajuk ini dapat aku lakarkan gambaran sebuah kejayaan bagi rujukan bersama.

Masa aku sekolah rendah dulu, aku berangan-angan nak masuk sekolah asrama penuh. Ya le masa tu budak kampung macam aku mana le ada keluar daerah.. Selalu aku berazam untuk berjaya macam sepupu aku yang juga jiran aku pada masa tu. Dorongan masa tu hanyalah ingin melihat dan merasa duduk asrama, pakai baju batik (seragam sekolah), naik bas balik kampung, berjauhan dengan keluarga dan berseronok di luar tanpa kawalan keluarga(ingat aku masa tu)jauh sekali sasaran aku nak belajar betul-betul dan jadi pelajar pandai. pasal itu agaknya aku dah lari dari asrama seawal tingkatan 2 balik ke kampung kerana terget aku nak duduk asrama dah tercapai masa tu. bagai mana aku menzahirkan cita-cita aku masa tu,ingat lagi aku simpankan cebisan impian kejayaan aku tu dalam tin susu dan aku sorokan di bawah rumah di celah-celah susunan kayu.


Berbelas tahun kemudiannya aku jumpa semula tin susu tu, walaupun karat marat tapi cebisan itu masih dapat aku baca, aku tersenyum melihat cebisan impian aku masa silam. Dari kecil semua orang kata aku kena cemerlang dan berjaya. Untuk berjaya aku terpaksa sentiasa beringat dan berwaspada. Dari sekolah rendah, kena dapat keputusan baik untuk masuk asrama. Bila tingkatan 3, kena belajar bebetul pasal nanti tak boleh masuk kelas sains. Dah masuk kelas sains dan ambil SPM kena bebetul pasal kalau tak pas kang tak boleh masuk Universiti. Dah masuk universiti kena lak belajo bebetul kalau tak nanti kena buang, kalau tak kena buang pun nanti susah nak dapat kerja pasal keputusan teruk, sampai le aku ambil master ngan PhD ni sama je …tiap hari le aku kena ingat dan berhati-hati, aku terasa penat mengejarnya. Bila aku nak sampai penghujungnya yang aku tahu memang tak ada garisan penamat. Cuma bila aku fikir balik, kecemerlangan dan kejayaan aku hanya berorientasikan exam dari dulu sampai sekarang.

Definasi Kejayaan

Kini, mungkin aku telah melalui akan separuh kejayaan(yang aku tafsirkan sendiri/kemahuan aku) itu semua dan kini juga aku tertanya kembali Adakah aku merancang untuk semua dan adakah ia hanya nasib menyebelahi aku?. Perkara ini yang akan aku kupas disulan dengan pengalaman hidup aku masa silam. Bagi permulaan bicara, aku bincangkan tentang apa yang diperkatakan kejayaan dari pandangan peribadi aku.

Semalam, aku berkesempatan berbual dengan seorang kawan aku kat sini (dia yang aku anggap telah berjaya) dengan topik perbualan tentang kejayaan. Perbualan aku bermula dengan pertanyaan “apa yang di katakan kejayaan dan bagaimana orang yang berjaya”. Perjuangan dalam hidup manusia amat luas daerahnya. Ada perjuangan yang kecil dan ada perjuangan yang besar. Contoh perjuangan yang kecil ialah apa jua usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Asas bagi menentukan kecil atau besar tahap perjuangan itu ialah:

1.Matlamat perjuangan.
2.Halangan atau cabaran terhadap perjuangan.
3.Risiko atau pengorbanan yang diperlukan.

Namun begitu ada orang yang keliru. Mereka meletakkan perjuangan untuk mencapai kejayaan di dunia sebagai perjuangan yang utama dan mengabaikan perjuangan untuk mencapai kejayaan di akhirat. Sebenarnya orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia sahaja adalah orang yang akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat, sedangkan orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di akhirat sebenarnya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah Taala:

(Surah Al-Hadid” Ayat 20-21)
Ertinya: Ketahuilah bahawa apa (yang dikatakan) kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu ( dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan ) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan) tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanaman suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan di dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Berlumba-lumba kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.Malangnya ada pula orang yang tidak mempunyai perjuangan lansung dalam hidupnya, mereka hanyut bagaikan kiambang di sungai. Mereka diracuni oleh fahaman jabariah iaitu berserah pada takdir tanpa usaha, atau mereka mengikut arus dan perubahan zaman tanpa prinsip dan pendirian, iman mereka rapuh, amal ibadah mereka tidak menetap dan akhlak mereka dicorakkan oleh berbagai-bagai budaya.

Definisi kalau ikut buku tak tahu le, tapi kata kawan aku tu kejayaan seseorang itu di ukur bila mana seseorang itu telah mencapai cita-cita dan matlamat yang ingin di capainya dan bergantung kepada individu itu sendiri. Sebagai contoh kalau seorang pelajar itu menduduki peperiksaan SPM dan matlamatnya untuk berkelulusan baik dan dapat masuk ke universiti sebagai satu kejayaan dia pada masa itu demikian juga kejayaan seorang teruna memiliki dara sebagai suri hidupnya buat selama-lamanya itu juga di sebut kejayaan. Bila kita merasa akan kejayaan itu makin hampir atau telah memilikinya hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan kekuasaanNYA. Bagi pandangan aku, inti bagi kejayaan seseorang ni aku rasa adalah matlamat pada dirinya yang aku akan kupas lebih mendalam dalam penulisan yang akan datang.