Monday, December 30, 2013

coach bahar

Coach berkata, setiap nasihatnya bergantung kepada level seseorang. Apa yang saya tulis ini adalah tips-tips yang diberikan berdasarkan level yang dikatakan beliau sebagai sesuai dengan saya. Tidaklah terlalu besar, baru nak bertatih. Ok, Tak perlu mukaddimah yang panjang, saya senaraikannya di bawah. Kita mulakan dengan tips pertama:

1. Sebagai Usahawan/business owner, kita jangan terbeban dengan kerja-kerja yang tak perlu. Kerja operasi harian yang rutin. Contohnya, kerja kena check barang mentah cukup atau tidak. paip bocor siapa nak baiki, pengeluaran cukup atau tidak dan pelbagai perkara lagi yang mana ia boleh di selesaikan oleh orang lain. Kita sebagai pemilik perniagaan mestilah bebas, fikiran bebas, bebas dari rutin kerja seharian yang mana setiap bahagian sudah ada orang yang sesuai berfikir untuk kita. Bagaimana kita mahu tenang dan mencari idea untuk kembangkan perniagaan jika selalu dibebani oleh kerja-kerja remeh temeh? Walaupun remeh temeh, ia tetap memerlukan kudrat dan masa emas kita. Tapi, bagaimana mahu bebas? ok, kita ke point no.2,

2. Jangan takut gajikan orang yang mahir dan pandai. Nak tunggu lubang jadi dulu, baru nak cari cangkul? Tak boleh bang, kena cari cangkul, baru boleh buat kerja (gali lubang). Sememangnya kebanyakan dari kita takut dengan tanggungan gaji atau dengan kata lain, takut nak bayar gaji lebih dari kemampuan kita. Saya setuju sebab saya pun begitu. Cuma selepas satu masa, saya buat kerja gila. Duit tak ada tapi staff berbelas orang. Tapi dengan adanya staff barulah saya boleh buat duit. Duit itu dibayarnya gaji berbelas orang itu. Apa yang nak saya katakan disini adalah, KEBERANIAN. Dan perkataan itulah yang membezakan antara usahawan berjaya atau tidak. Berani mengambil risiko. Kebanyakan usahawan yang bersenang lenang hari ini adalah usahawan yang BERANI. Tapi bukan juga yang berani membuta tuli. Berani bukan sebarang berani, berani mereka, BERANI BERILMU. Buat apa ambik staff jika tak ada kerja. Nak besarkan pasaran pun kena ada staff tambahan. Dan satu lagi, setiap tindakan kita mestilah di mulakan dengan doa. Allah akan memberikan kita ketepatan, kekuatan dan keberanian dalam membuat keputusan yang berisiko jika kita ‘tanya Allah’ dulu.

3. Jika anda sudah jumpa sesuatu perniagaan yang bernilai dan sesuai dengan anda, JANGAN MENOLEH KEBELAKANG LAGI, teruskan, go ahead, jalan terus dan jangan pikIr panjang lagi. Gomo ia sampai ia jadi mesin duit kita. Dengan istilah lain, FOKUS. Sebab kesemua orang berjaya adalah orang yang fokus. Orang yang baru nak stabil pun boleh collapse jika tak FOKUS, apatah lagi kita yang belum lagi. Ada masanya untuk kita diversify business kita. Dan kita sendiri yang akan ketahuinya nanti. Bagaimana? “ Surround your management team with staff better than you”

4. Jangan takut beriklan. Iklan, Iklan, Iklan. Teruskan beriklan. Teruskan memberitahu umum apa kita buat, apa produk kita, apa kelebihan kita, kelebihan produk kita dan apa-apa saja. Kita akan berjaya jika kita memiliki ‘brand’ yang bagus dan dikenali. Brand ini yang memudahkan kerja kita jadi kaya, ‘hari-hari hari raya’..

5. Berfikir di luar kotak. Cari kaedah bagaimana orang lain yang buat duit untuk kita. Bagaimana kita boleh buat duit dengan tanpa adanya kita, duit masuk macam air pasang dalam. Tidak logic? Logikla.. Cuma kena fikir, study, baca buku dan yang paling penting, bergaul la dengan orang yang lebih hebat dari kita. Orang itu akan cara tak sengaja akan keluarkan idea bagaimana duit boleh bekerja untuk dengan sentuhan minimum dari kita. 

6. Gajikan ‘budak jahat’ sebagai pengurus Quality Control kita. Sebab, apa? Sebab dia memang suka complain dan cari salah dan sememangnya itu tugas QC untuk mencari apa yang tidak sempurna.

7. Gajikan orang yang bijak tapi malas bagi menjadi pengurus kerana ia takkan sibuk-sibuk nak cari kerja di tempat lain walaupun bertahun-tahun mereka bekerja dengan kita. Sebab apa? Sebab dia pun malas nak cari kerja. Hahahaha. Bunyi macam gila dan tak logic, tapi itu juga yang berlaku di syarikat saya. Yang kekal paling lama adalah yang paling pemalas… hahaha..


No comments: