Sunday, January 26, 2014
Taskirah
Saya katakan pada staf dalam taskirah
Kita orang islam , kita jalankan bisnes adalah kerana keperluan bukan semata - mata keuntungan.
Bukanlah pula diukur tidak mengambil untung. Untung itu rezeki kita dan rezeki orang lain. Bila untung boleh bayar gaji, boleh bayar zakat.
Saya sebutkan jika disebuah kampung tidak ada orang yang pandai memandikan jenazah, sekampung kita berdosa. Jika sekampung ini tidak ada yang menghafal Al-Quran berdosa kita sekampung.
Tanggungjawab ini kita ambil, bukan tunggu orang lain. Bayangkan jika tidak ada konterktor binaan beragama islam, siapa yang boleh membina dan mengubahusai masjid kita sangguh mereka ugama lain membina masjid?.
Jika tidak ada orang muslim yang menanam sayur, adakah kita pasti sayuran yang kita makan bajanya dari punca apa?. Ini bukan main main , ini betul betul.
Oleh itu sokonglah peniaga muslim, mereka baru belajar berniaga. Maafkanlah mereka dengan kesalahan kecil. Untung mereka , mereka zakatkan sekurangnya.
Peniaga muslim selalu dikritik, tak tahu berniaga, tak pandai pusing modal, tak dapat pinjaman, dilaga-lagakan dengan pesaing, difitnah itu dan ini. Itu semua perkara benar yang saya lalui.
Ada yang tersungkur layu, ada yang berdendam, ada yang kuat terus kukuh berlari.
Sahabat ku para usahawan muslim.
Jadikanlah perniagaan ini satu ibadat, satu perjuangan. Jika anda fikir ianya sebuah perjuangan memberi option kepada muslim yang lain saya percaya jati diri anda begitu kuat.
Siapa lagi jika bukan kita yang punya kedai roti, siapa lagi kalau bukan kita punya syarikat catering, siapa lagi kalau bukan kita punya kilang buat soya cincau macamFaizal Yusof yang jamin halalnya. Siapa lagi yang boleh buat hotel untuk orang muslim kalau bukan dimpian group.
Marilah sama-sama kita menyokong antara satu dengan yang lain bukan jatuh menjatuh antaranya. Bukan dapat apa...apa lah guna gabungan itu dan ini, kumpulan itu dan ini tetapi kita masih tidak menerima ketidaksamaan.
Majulah bisnes untuk ugama dan negara.
Coach Bahar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment