Bisnes dari rumah
Bila lihat sahaja tajuk di atas saya percaya ramai yang masih skeptikal tentang peluang yang mampu di perolehi dari idea ini.
Apa dia bisnes dari rumah?
Bisnes dari rumah merupakan kerja yang sah bukanlah sesuatu yang pelik. Terutama yang masih berfikiran kolot termasuk saya dahulu pun selalu fikirkan cari kerja, kerja tetap, kerja pejabat, kerja dengan orang!
Tidak semestinya!
Orang yang bekerja dari rumah adalah yang kreatif, berkemahuan tinggi, mencipta kerja sendiri dan percaya rezeki itu datang dari Allah swt.
OK. Bagaimana nak kerja dari rumah ni. Nak buat apa.
Salah satu cara yang mudah untuk bermula adalah dengan menjual produk informasi. Ia adalah produk yang menerangkan atau penyelesaian kepada satu topik dan selalunya dalam bentuk penulisan, video, audio, gambar dan sebagainya.
Ada dua cara untuk hasilkan produk ini samada anda hanya sediakan dalam bentuk digital yang mana ia boleh di download dari internet atau anda juga boleh hasilkan produk informasi dalam bentuk fizikal seperti buku, phamplet, CD, DVD dan pelbagai lagi.
Ini adalah ideanya yang sangat praktikal jika anda mahukan satu bisnes dari rumah yang anda boleh mulakan dalam masa yang singkat.
Mungkin di Malaysia perkara ini adalah satu perkara pelik. Di UK, Eropah dan US mereka yang bekerja dari rumah ini sudah mula di kena kan cukai kerana pendapatan mereka lebih dari pendapatan mereka yang makan gaji. saya pernah tinggal di Uk selama lebih empat tahun. Ada diantara sahabat saya yang pendapatanya berbisnes online menjual melalui ebay. itu sudah 10 tahun dulu, kini mereka jauh lebih hebat.
Sahabat saya Zubaile Abdullah juga semasa tinggal di UK menjual tekit konsert dan tekit pelawanan bola sepak yang tak pernah dia pergi dengan mudah dan cepat melalui bisnes online.
Sahabat saya, Roslan Ab Hamid dan Mba San menjadikan penulisan dan menerbitkan buku sumber pendapatan mereka. jika kena gayanya , melalui penulisan anda boleh menjadi jutawan dalam masa setahun dari hasil jualan buku dan ebook.
"Segalanya mungkin jika anda dalam ketidakpastian", kemingkinan yang teruk tidak akan berlaku jika anda yakin pada apa yang anda lakukan.
Wednesday, January 15, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment