Friday, January 3, 2014

prolog..

Moga apa yang saya tulis tidak disalah anggap. saya hanya berkongsi rasa dan idea.

Tahun 2014 tahun ke-lima D'impian Group ditubuhkan. Saya dan isteri menubuhkan syarikat ini bermula dari sebuah impian hingga menjadi realiti. Kini D'impian Group telah sedikit dewasa dengan mempunyai 19 cabang bisnesnya.

Bukan tidak susah...ianya dibangunkan dengan peluh jerih dan tenaga yang maksimum. bukan tak ada masalah, terlalu banyak ragam dalam berniaga kami larung. bank kata puan Ainon Mohd. "jalan terus" je.

Banyaklah teori dibaca digunakan dan diaplikasikan. kesalahan yang dibuat walaupun bukan 100% salah , dihadam sendiri. kadang-kadang berlinang air mata pun ada untuk menyelesaikan masalah...tetapi kami membuatkan segala cabaran dan halangan sebagai kekuatan ukhwah kami suami isteri juga keluarga yang terdekat.

Dalam berhati-hati kekadang kami pernah ditipu, kerugian beratus ribu dan kami bangkit semula dengan tidak menyalahkan keadaan yang ada. saya menulis dari hati. saya menulis kerana ingin memberitahu bisnes bukanlah hanya cerita gembira.

Dari sebelumnya sehingga kami mempunyai ramai pekerja. saya dan isteri tidak pernah mengambil gaji. saya laburkan gaji kami untuk staf dan pelaburan d'impian semula. Kami dulukan pada yang lain. mungkin ada yang mempertikaikan tindakan itu, buat apa kerja kuat tetapi tidak mengambil gaji. itu lah juga sebabnya kami hidup biasa-biasa dan tidak bermewah.

Mak kata, rezeki kami untuk orang lain. kamu tempat mengalirnya rezeki orang lain. rezeki kami ada ditempat lain.

Ya...ya...saya tahu semua tindakan saya itu bukanlah untuk dihargai. tidak siapa yang tahu sehingga saya menceritakan disini. gaji saya adalah dari pelaburan dan kerja pribadi saya yang lain. sudah cukup untuk isteri dan anak-anak saya.

rupanya motivasi bekerja lebih memuncak bila kita bekerja untuk kebajikan orang lain. jika saya tidak bekerja maka lebih ramai yang mengharapkan dan bergantung pada saya dan isteri. mereka semua ada keluarga yang besar. gaji mereka untuk keluarga mereka, minum pakai mereka dan kehidupan mereka. termasuk pembekal, partner bisnes, kontraktor, penyewa, kerajaan dari ambilan cukai, pelabur...

saya menulis bukan untuk di ikut...saya menulis bukan satu kebanggaan tetapi saya menulis dari hati. hati saya tersentuh setiap kali ada staf yang mengucapkan terima kasih walaupun pendapatan mereka sedikit. saya ramai staf, mereka juga tidak tahu dengan perkara ini. untuk apa saya memberitahu.

Saya mohon 
doa dari semua untuk saya terus bermotivasi untuk terus kehadapan selagi nyawa dikandung badan.


No comments: