Monday, January 27, 2014

kalau betul ..betul lah

Kalau betul ...saya cakap betul, kalau salah, saya cakap salah. kalau saya tak suka, saya cakap tak suka. sebab saya rakyat biasa yang perlukan perubahan dan perlukan pemimpin yang cerdik memimpin.

+ saya tak suka barang naik harga, patut banyak cara lain kerajaan boleh tolong seimbangkan ekonomi.

+ saya tak suka kerajaan beri BR1M kat rakyat sebab negara lebih memerlukan pembangunan , nak pakai duit banyak, tak suka malaysia lebih banyak berhutang

+ saya tak suka YB - YB asik gaduh sesama sendiri dan kurang membila rakyat

+ Saya lagi tak suka....tak suka...tak suka... bila ada yang letak jawatan dan nak adakan pilihanraya sesuka hati..membazir, ini bukan masanya untuk terlalu berpolitik. sepatutnya semua berganding tangan memperbaiki keadaan yang ada....mungkin saya terlalu berfikiran positif.

tolong lah buat kerja wahai YB-YB dan orang politik ... janganlah kami rakyat dipolitik kan. korang ni...kata nak sama-sama kerja membangunkan negara. apa alasan korang , pun saya tak terima.

saya ramai kawan politik, korang jangan macam ni ekk, saya taku korang pemimpin sejati dan HEBAT itu sebab saya pilih korang Faizul SallehHasmi HashimMas Ermieyati Samsudin, saiful rizal, YB Budiman Mohd Zohdi dan YB Mohammad Taslim.

Ini bukan pasal pas, bukan pasal pkr atau mca atau bukan pasal umno. ini pasal kepentingan negara.

cukup la buat le kerja...kerja la..beri idea positif.

berita dun PKR letak jawatan dan pilihanraya semula.

http://www.malaysiakini.com/news/252901coa

Sunday, January 26, 2014

Taskirah



Saya katakan pada staf dalam taskirah 

Kita orang islam , kita jalankan bisnes adalah kerana keperluan bukan semata - mata keuntungan.
Bukanlah pula diukur tidak mengambil untung. Untung itu rezeki kita dan rezeki orang lain. Bila untung boleh bayar gaji, boleh bayar zakat.

Saya sebutkan jika disebuah kampung tidak ada orang yang pandai memandikan jenazah, sekampung kita berdosa. Jika sekampung ini tidak ada yang menghafal Al-Quran berdosa kita sekampung.

Tanggungjawab ini kita ambil, bukan tunggu orang lain. Bayangkan jika tidak ada konterktor binaan beragama islam, siapa yang boleh membina dan mengubahusai masjid kita sangguh mereka ugama lain membina masjid?.

Jika tidak ada orang muslim yang menanam sayur, adakah kita pasti sayuran yang kita makan bajanya dari punca apa?. Ini bukan main main , ini betul betul.

Oleh itu sokonglah peniaga muslim, mereka baru belajar berniaga. Maafkanlah mereka dengan kesalahan kecil. Untung mereka , mereka zakatkan sekurangnya.

Peniaga muslim selalu dikritik, tak tahu berniaga, tak pandai pusing modal, tak dapat pinjaman, dilaga-lagakan dengan pesaing, difitnah itu dan ini. Itu semua perkara benar yang saya lalui.

Ada yang tersungkur layu, ada yang berdendam, ada yang kuat terus kukuh berlari.

Sahabat ku para usahawan muslim.

Jadikanlah perniagaan ini satu ibadat, satu perjuangan. Jika anda fikir ianya sebuah perjuangan memberi option kepada muslim yang lain saya percaya jati diri anda begitu kuat.

Siapa lagi jika bukan kita yang punya kedai roti, siapa lagi kalau bukan kita punya syarikat catering, siapa lagi kalau bukan kita punya kilang buat soya cincau macamFaizal Yusof yang jamin halalnya. Siapa lagi yang boleh buat hotel untuk orang muslim kalau bukan dimpian group.

Marilah sama-sama kita menyokong antara satu dengan yang lain bukan jatuh menjatuh antaranya. Bukan dapat apa...apa lah guna gabungan itu dan ini, kumpulan itu dan ini tetapi kita masih tidak menerima ketidaksamaan.

Majulah bisnes untuk ugama dan negara.

Coach Bahar

USRAH KELUARGA.

USRAH KELUARGA.



Jika dipejabat , anda ada SOP yang nak di ikut. Jika dalam bisnes kita ada bisnes plan atau skt ( sasaran kerja tahunan ) untuk kita target. Kita meeting untuk bahagikan kerja masing masing. 

Tetapi bagaimana kita mengatur kerja dan arahan untuk anak-anak dirumah sedangkan setiap hari kita sibuk dengan kerja dan bisnes kita.

Ini cara saya, saya sekadar berkongsi.

Saya adakan usrah atau perjumpaan mingguan untuk keluarga selwpas solat. Biasanya saya adakan pada malam jumaat. Anak-anak saya kecil lagi, tetapi mereka biasa, sudah bertahun tahun saya lakukan...mereka tertunggu tunggu setiap minggu.

Jika saya tak buat , isteri saya akan memimpin pada minggu itu.

Apa yang saya buat dalam usrah mingguan?

1. Saya akan berikan nasihat. Saya akan ceritakan beberapa perkara yang berlaku dalam keluarga. Saya akan ulang-ulang apa target kita untuk setiap orang.

Disini saya dan isteri akan cakapkan apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka

2. Saya akan sampaikan arahan dan tugasan mingguan kepada mereka. Ini untuk itu dan itu untuk siapa.

3. Saya akan dengar rintahan, cerita, luahan, lawak dari mereka. Setiap orang anak saya dan isteri saya akan bercerita apa yang berlaku seminggu sudah dan apa perancangan yang akan dibuat minggu hadapan. Saya biarkan mereka bercakap dan bercerita sepuasnya.

4. Mereka akan tahu perkara penting untuk setiap orang dan ingat mengingat. Mereka boleh komen dan nasihat antara satu sama lain tak kira kecil dan besar. Mereka boleh mengadu hal mereka dan orang lain pada saya dan isteri.

5. Bercakap. Saya melatih mereka bercakap, saya mahu mereka biasa bercakap. Saya tak mahu mereka pandai bekerja tetapi tak pandai menyampaikan apa yang mereka telah capai.

Mereka belajar marketing. Ramai orang pandai menanam, pandai membuat tetapi kurang pandai menjual.

6. Mendengar dan menghadam teguran. Melatih mereka mendengar dan belajar dari apa yang berlaku dari setiap orang.

7. Mereka akan mendapat pandangan semua sebelum melakukan sesuatu kerja minggu hadapan. Mereka akan minta pandangan.

8. Mereka belajar sesuatu dari semua cerita

9. Ini formula anak-anak rapat antara satu sama lain dan mendengar cakap.

10. Belajar bertanggungjawab apa yang mereka lakukan.

Sekadar berkongsi

Tuesday, January 21, 2014

BUKU


Pantang larang bisnes baru bangun


+ buat dari kecil dan gunakan modal sendiri.

Buatlah apa sahaja bisnes, asal boleh buat duit. Belajar cari duit dulu baru belajar cari projek buat duit. Akhirnya boleh pandai cari orang yang buat duit untuk anda. 

Kadang-kadang kita baru belajar berbisnes kita perlu cari minat kita dalam bisnes. Ikut orang dulu, belajar dari kecil. 

+ belajar menjual dari sibuk membuat

Ramai orang kita pandai membuat, ramai orang yang pandai menanam tetapi tak pandai menjual. Nadi sebuah perniagaan adalah dari aktiviti pemasaran nya.

+ jangan pinjam duit sedara mara, kalau tak jadi bercerai berai.

Nak buat apa bisnes maju tapi buat duit untuk orang lain. Biar kecil tapi berhasil.

+ asingkan gaji dengan pendapatan syarikat

Satu hal lagi ramai rakan bisnes yang buat bisnes dapat duit enjoy sendiri. Dapat 10 ribu beli itu dan ini untuk diri sendiri. Hutang persinal , sendiri bayar. Hutang syarikat , staf kerja untuk bayar hutang.

+ displin tinggi

Ramai yang ingat bila kerja dan berniaga sendiri boleh sesuka hati datang pejabat lambat sesuka hati buka kedai jam berapa. Buat macam anda bekerja , pergi ke pejabat, jangan ikut orang lain. Rakan niaga saya berbangsa cina walau sudah 20 tahun berniaga masih membuka kedainya jam 9 pagi sebelum keluar buat marketing.

+ pergi cari ilmu dengan membaca dan hadir seminar . Jangan saya duit menuntut ilmu dengan ilmu anda boleh menjana banyak lagi duit.

Pelaburan yang baik adalah melabur untuk memandaikan diri sendiri.

+ fokus dan jangan tamak

Jangan buat bisnes ikut -ikut, tengok orang buat itu ..... nak buat itu. Tengok orang boleh buat ini....stop niaga yang itu buat yang ini. Mana kesudahannya.

+ gunakan teknologi media sosial facebook dan blog.

Boleh mempercepatkan untuk anda maju dalam bisnes.

+ bersabar dengan jati diri yang tinggi.

Orang berniaga bukan macam orang makan gaji. Ramai orang tak faham, anda perlu sanggup bekerja 7 hari seminggu dan on call 24 jam. Semua kerja kuat anda akan terbalas tidak berapa lama lagi.

Anda belajar sesuatu dalam perkongsian ini. Sila line dan share.

Sunday, January 19, 2014

Hidup anda , 100% tanggungjawab anda.

1. Anda perlu bertanggungjawab dengan diri anda 100% termasuk hasil yang anda perolehi, kualiti tahap kesihatan, pendapatan , hutang piutang, perniagaan anda, tahap pendidikan anda dan perasaan anda sekarang.

Mudah untuk difaham, anda bertanggungjawab secara keseluruhan hidup anda. Anda tidak boleh menyalahkan orang lain, menyalahkan keadaan, menyalahkan nasib dan takdir. " Anda tidak boleh menyalahkan angin, musim dan keadaan tetapi anda boleh mengubah diri anda sendiri"

2. Buang jauh-jauh dengan alasan
ada yang mengatakan 99% orang yang terus menerus gagal adalah mereka memberi alasan. Saya belajar satu formula iaitu ( situasi + tindakan = hasil ). Jika dalam situasi sekarang dan masalah anda sekarang contohnya , apa tindakan anda untuk mendatangkan hasil yang lebih baik. atau jika anda mahukan hasil yang terbaik esok, apakah tindakan anda hari ini dalam situasi anda sekarang.

termasuk anda sudah malas untuk membaca posting saya yang panjang menjela, mungkin hasilnya ada terlepas peluang mendapat ilmu yang bermunfaat ini. saya cadangkan jika tiada masa copy atau share posting ini dan nanti boleh dibaca semula.

3. Apabila anda tidak suka HASILNYA, tukar tindakan anda.

4. Anda tidak boleh mengubah suasana, anda boleh mengubah tindakan anda untuk mendapatkan hasil yang baik.

contoh jelas, bagaimanakah anda untuk anda mengubah keadaan ekonomi yang merundum kebelakangan ini. paling kurang anda hanya boleh bercakap dan bersembang menghempas meja dan menyalahkan orang lain.

Mungkin ada faktor lain dan orang lain salah dalam keadaan dan suasana sekarang, persoalannya bolehkan anda mengubahnya?. lebih baik anda berfikir bagaimana anda mengubah tindakan anda untuk terus berjaya.

Dalam suasana begini, mungkin anda boleh menukar produk atau menukar cara marketing. jangan hanya duduk dikedai menunggu pelanggan tetapi keluar ke pasaran mencari orang.

Jika ada peluang mengubah nanti, lakukan perubahan itu.

5. Apa yang anda alami hari ini adalah kesan dari hasil tindakan masa lalu.

6. Tindakan yang sama akan memberi result yang sama. selalu kita dengan mereka yang beruntung adalah mereka yang lebih baik dari semalam. itu hanya impian semata-mata. hari kita mengubah tindakan kita adalah hari kita mula berubah menjadi lebih baik. sekiramya kita mahukan hasil yang berbeza, kita perlu melakukan sesuatu yang berbeza.

7. Berhenti menyalahkan orang lain.

8. Berhenti merungut dan lakukan sekarang. jika anda merungut pun , apa yang anda dapat. Anda akan terus beremosi

9. Kita perlu mencipta apa yang kita mahukan. jika tidak, anda hanya menerima sahaja apa yang akan terjadi pada diri kita. Selesaikan secepat mungkin dan usah bertangguh, sebelum keadaan bertambah teruk.

10. Berhati-hati amaran lampu kuning.

Sebelum sesuatu berlaku , kita selalunya mendapat beberapa isyarat gerak hati. jika anda tidak mempedulikannya, hidup anda akan lebih parah.

Selalunya gerak hati mendapat lampu kuning dengan kita terbayang-bayang, lintasan fikiran yang tak baik, muncul rasa takut dan mimpi di malam hari.

11. Hidup kita akan menjadi lebih mudah segera bertindak.

12. Prinsip mudah tetapi sukar di laksanakan

tumpukan perhatian dengan hasil yang mahu di capai dan tindakan apa yang anda lakukan.


Thursday, January 16, 2014

Tip untuk jadi pensyarah

Pensyarah bukan sahaja di universiti, kadang-kadang anda menjadi pensyarah di tempat kerja anda, mungkin anda seorang guru dan mungkin anda seorang wakil rakyat, anda adalah seorang pensyarah. 

1. Jadilah pakar

Anda perlu menjadi pakar dalam bidang yang anda pilih. ini bermakna anda perlu masa untuk belajar dan terus belajar. usah mengharap dengan ijazah anda sahaja, ilmu cepat berkembang. menjadi seorang pensyarah dan seorang pakar perlu banyak membaca, berjumpa dengan pakar juga. Pensyarah yang hebat akan melahirkan pelajar yang hebat.

2. Menguasai ilmu

Bukan sahaja anda menyertai sebagai seorang pensyarah, tetapi anda perlu menguasai bidang tersebut. untuk menguasai anda perlu pastikan anda sentiasa menang dan keterdepan dalam bidang anda. ramai pensyarah saya kenal mahu mereka serba boleh, tahu semua ilmu, ini perkara yang membuatkan anda tidak fokus anda tidak dikenali menjadi seorang pakar.

Ambil satu bidang, contohnya anda seorang pensyarah bisnes, bercakap dengan perkara bisnes terlalu banyak dari operasi hinggalah teknik pemasaran. Mungkin anda menguasai satu bidang supaya anda dirujuk di bidang "pembiakan duit". anda akan dijadikan rujukan dalam bidang yang anda menguasainya. Anda perlu juga buktikan apa yang anda cakap , itu juga apa yang anda buat. 

3. Serlahkan diri

Jika anda sudah banyak membaca, jika anda sudah menguasai, rugilah anda dan rugilah orang lain tidak mengenali anda dan meminta nasihat kepada anda. dalam semua perkara anda pesaingan, anda perlu menyerlahkan diri anda, caranya adalah menjadi orang pertama muncul dalam pasaran semasa mereka mencari penyelesaian masalah. 

Dua cara yang selalu saya lakukan adalah tidak mengulang apa yang orang lain lakukan dan memilih cara dan jalan lain untuk sesuatu masalah. Jika ramai yang memilih ke kiri anda ambil jalan kekanan. bila ramai yang bertanya kenapa anda kekanan dan mengikut anda ke kanan , anda perlu memberi tahu mereka yang sebenarnya jalan kekiri boleh juga diguna dan menunjukan jalan yang lebih mudah melalui jalan kiri. 

4.Media 

Di tempat anda, faham dimana ada media. media akan membawa anda terkenal. media bukan semata-mata akhbar, facebook, media mungkin dari orang yang berbisik-bisik.

5. berikan yang sempurna.

Jika anda dianggap lain dari yang lain, berikanlah lebih dari apa yang dijanjikan. kelainan bukan sahaja dari segi perkara yang boleh dilihat, juga sesuatu perkara nilai. Jadikan orang tertunggu - tunggu untuk mendengar dan menanti untuk berjumpa dan bertemu anda. ilmu yang anda bawa perlu up to date .

Saya masih ingat seorang pensyarah saya mengajar dalam satu subjek , didalam satu kelas dia membawa selaras senapang yang tidak berpeluru. setiap kuliahnya kami ternanti-nanti kelainan nya , dan syarahan nya sungguh bermakna dan digunakan hingga kini.

perlu 'menguasai'

Malam ni saya bersama anak lelaki saya Irfan Baharuddin keluar minum, bercampur dengan orang kampung bertanya khabar. 

Dalam perjalanan kereta saya berbual perkara yang ringan-ringan. Soalan yang terpacul dari irfan adalah mengapa ada orang yang gagal dan ada orang yang berjaya dalam satu bidang yang sama. soalan yang cukup memberangsangkan saya untuk menjawab. 

saya sebutkan 

Ada tujuh perkara yang irfan perlu tahu dalam bab ini

1. Allah jadikan 'kegagalan' untuk kita hambanya menikmati kemanisan 'kemenangan'. Proses kegagalan adalah proses pembelajaran manakala proses kemenangan adalah proses mengukur sama ada kita bersyukur atau sebaliknya.

2. Untuk menang, ifran tidak boleh hanya 'menyertai' sahaja sesuatu dan irfan perlu 'menguasai'. buatlah sehabis baik, dalami benar-benar perkara tersebut, kunyah lumat dan telan.

kadang kala , beberapa kemenangan tidak perlu sampai 'memiliki'. Ramai orang mahu menjadi pakar banyak perkara, perkara itu bagus ...tetapi lebih ramai yang hanya menyertai tetapi tidak menguasainya. Kadang-kadang dia menang dan kadang-kadang dia kalah. mereka yang menang akan menulis sejarah, manakala yang kalah akan menulis puisi.

perkara yang ayah berikan ini adalah perkara semua perkaitan hidup, sama ada dalam pelajaran, dalam bisnes dan dalam pekerjaan.

irfan perlu menang, ciptalah kemenangan sendiri. bila kalah sebahagian atau semua kita akan lemah. Jika kita lemah, kita akan takut. Bila kita takut , kita akan ikut cakap orang. Bila kita dengar cakap orang kita akan lebih selalu kalah.

Mungkin sebahagian nya irfan belum faham, sebahagian yang faham irfan lakukan dahulu. Ayah berikan dua dulu syaratnya , yang lain ayah berikan kemudian.

Wednesday, January 15, 2014

Bisnes dari Rumah

Bisnes dari rumah 

Bila lihat sahaja tajuk di atas saya percaya ramai yang masih skeptikal tentang peluang yang mampu di perolehi dari idea ini.

Apa dia bisnes dari rumah?

Bisnes dari rumah merupakan kerja yang sah bukanlah sesuatu yang pelik. Terutama yang masih berfikiran kolot termasuk saya dahulu pun selalu fikirkan cari kerja, kerja tetap, kerja pejabat, kerja dengan orang!

Tidak semestinya!

Orang yang bekerja dari rumah adalah yang kreatif, berkemahuan tinggi, mencipta kerja sendiri dan percaya rezeki itu datang dari Allah swt.

OK. Bagaimana nak kerja dari rumah ni. Nak buat apa.

Salah satu cara yang mudah untuk bermula adalah dengan menjual produk informasi. Ia adalah produk yang menerangkan atau penyelesaian kepada satu topik dan selalunya dalam bentuk penulisan, video, audio, gambar dan sebagainya.

Ada dua cara untuk hasilkan produk ini samada anda hanya sediakan dalam bentuk digital yang mana ia boleh di download dari internet atau anda juga boleh hasilkan produk informasi dalam bentuk fizikal seperti buku, phamplet, CD, DVD dan pelbagai lagi.

Ini adalah ideanya yang sangat praktikal jika anda mahukan satu bisnes dari rumah yang anda boleh mulakan dalam masa yang singkat.

Mungkin di Malaysia perkara ini adalah satu perkara pelik. Di UK, Eropah dan US mereka yang bekerja dari rumah ini sudah mula di kena kan cukai kerana pendapatan mereka lebih dari pendapatan mereka yang makan gaji. saya pernah tinggal di Uk selama lebih empat tahun. Ada diantara sahabat saya yang pendapatanya berbisnes online menjual melalui ebay. itu sudah 10 tahun dulu, kini mereka jauh lebih hebat.

Sahabat saya Zubaile Abdullah juga semasa tinggal di UK menjual tekit konsert dan tekit pelawanan bola sepak yang tak pernah dia pergi dengan mudah dan cepat melalui bisnes online.

Sahabat saya, Roslan Ab Hamid dan Mba San menjadikan penulisan dan menerbitkan buku sumber pendapatan mereka. jika kena gayanya , melalui penulisan anda boleh menjadi jutawan dalam masa setahun dari hasil jualan buku dan ebook.

"Segalanya mungkin jika anda dalam ketidakpastian", kemingkinan yang teruk tidak akan berlaku jika anda yakin pada apa yang anda lakukan.

Monday, January 13, 2014

Bisnes kontrek ::



Setahun dua ni penurunan ketara dalam bisnes kontrek dari kerajaan mahupun swasta nampak ketara. Jualan salah satu syarikat saya pada tahun 2013 menurun 300% dari jualan tahun sebelumnya. Nampaknya tahun 2014 tak ada nampak tanda positif. 

Bukanlah saya kata tak ada langsung, tetapi rata-rata rakan niaga saya mengalami masalah yang sama. Saya nasihatkan supaya anda yang masih berurusan atau mahu memulakan bisnes kontrek perlu lebih berhati-hati. Mulalah beralih kepada pasaran terbuka. 

Tahun 2014 adalah tahun yang lebih mencabar untuk para usahawan.

Jika anda mula nak berniaga, kalau boleh elak ka perkara dibawah :-



1. Jangan buat ubahsuai kedai canggih manggih sampai habis beratus ribu sedangkan projek belum bermula.

2. Jangan buat pinjaman yang besar-besar dengan bank, lebih teruk jika pinjam dari adik beradik dan sahabat karib. Takut-takut jika bisnes ada masalah hubungan kekeluargaan juga bermasalah. 

3. Jangan buka terlalu banyak cawangan dengan pelbagai perniagaan kerana sukar dikawal selia.

4. Jaga bisnes anda sendiri terutama dalam bab kewangan

5. Jangan dibuat semua keputusan dengan hentam-keromo , tuntutlah ilmu bisnes.

6. Jangan tamak, fokus dengan matlamat anda.

ini dulu...lain kali saya beri lagi. selamat berniaga dan selamat berjuang.

Tip 1 Bisnes masa depan :: Mempunyai rangkaian maklumat yang hebat dan bertindak PANTAS.



Usahawan perlu lebih aktif dalam mendapat maklumat yang tepat tentang bisnes. Mempunyai rangkaian bisnes yang besar adalah lebih berharga dari wang di zaman sekarang. Jika kita baca banyak buku pengembaraan cina , india dan arab telah lama mereka lakukan. mereka berniaga dari satu bandar dan berhijrah ke satu bandar lain dengan hanya membawa barangan yang tidak terdapat dibandar berkenaan. perkara ini telah dilakukan lebih 500 tahun dahulu.

Perkara ini boleh di ulang pada zaman ini, saya telah mengambara lebih 40 negara. saya lihat sesuatu idea bisnes hanya berkembang di kawasan mereka. 90% produk hanya dijual di tempat mereka dikeluarkan.

Kini ekonomi malaysia semakin likat, apa salahnya kita meninjau beberapa perkara diluar seperti di indonesia, singapura dan brunai. Mungkin beberapa idea bisnes di sana boleh dibawa kemari dan sebaliknya.

Perkara ini perlukan maklumat yang tepat, Ayah saya berkata dulu " kita kena jaga orang yang buat kerja untuk kita". kalau saya tafsirkan "kita kena jaga orang yang memberi maklumat yang tepat untuk perniagaan kita" mereka akan sentiasa memberi maklumat kerana mendapat imbuhan dari kita.

Pasaran indonesia besar, pasaran england 6 kali ganda wangnya, pasaran indonesia besar duitnya. Usahawan perlu kratif, perlu cepat dan pantas bertindak melalui maklumat yang diperolehi. Apa yang orang mahukan di suatu kawasan yang terdapat banyak di tempat kita.

fikir-fikirkanlah. Siapa nak tip lagi..

Coach Bahar.

Saturday, January 11, 2014

rangkaian bisnes pantas

Malam ni saya kongsikan satu tip berbisnes, dalam bisnes anda perlu pantas. pantas membau peluang, pantas bertindak dan pantas membina rangkaian bisnes dan akhirnya menikmati kejayaan.

Anda perlu ada rangkaian bisnes yang baik untuk memberi maklumat yang pantas bagi anda. sebenarnya saya teringat arwah ayah saya pesan semasa kecil saya. "bomoh dikampung, orang kampung tak datang. yang datang orang luar".

selepas 20 tahun kemudian baru saya faham, banyak bisnes yang kita buat dan produk yang kita hasilkan dipasarkan secara 'local'. selalunya jika anda pandai membuat sesuatu produk, ramailah yang sebenarnya pandai melakukan produk yang sama.

Seorang sahabat saya pandai memasak nasi beryani. nasi beryani yang terkenal adalah dari batu pahat. dia berniaga lama dalam bidang nasi beryani. satu hari dua tahun yang lalu dia membuat keputusan untuk keluar dan membuat restoran nasi beryani nya di luar daerah. rupanya jualan nya meningkat berkali ganda. dia menambah kekayaan nya berkali ganda dari cara lama hanya menunggu di tempat asalnya.

Perkara yang lebih hebat adalah bila mana dia mengajikan beberapa orang untuk memberi maklumat yang betul kepada nya. baru-baru ini kejadian banjir di pahang. dia bertindak pantas dengan menjual tilam yang di beli dari kilang tilam dikampungnya. dalam sehari tilam laku berlori-lori , dia mendapat duit mudah.

Dia belajar sesuatu dengan hijrah..rangkaian maklumat bisnes adalah sangat penting dan maklumat itu perlu pantas.

Monday, January 6, 2014

04Jan2013 :: Hari ni bersama group coaching bisnes model canvas di shah alam.


Aku yang dulu, bukan aku sekarang


Moga apa yang saya tulis tidak disalah anggap. saya hanya berkongsi rasa dan idea.

Tahun 2014 tahun ke-lima D'impian Group ditubuhkan. Saya dan isteri menubuhkan syarikat ini bermula dari sebuah impian hingga menjadi realiti. Kini D'impian Group telah sedikit dewasa dengan mempunyai 19 cabang bisnesnya.

Bukan tidak susah...ianya dibangunkan dengan peluh jerih dan tenaga yang maksimum. bukan tak ada masalah, terlalu banyak ragam dalam berniaga kami larung. "jalan terus" je.

Banyaklah teori dibaca digunakan dan diaplikasikan. kesalahan yang dibuat walaupun bukan 100% salah , dihadam sendiri. kadang-kadang berlinang air mata pun ada untuk menyelesaikan masalah...tetapi kami membuatkan segala cabaran dan halangan sebagai kekuatan ukhwah kami suami isteri juga keluarga yang terdekat.

Dalam berhati-hati kekadang kami pernah ditipu, kerugian beratus ribu dan kami bangkit semula dengan tidak menyalahkan keadaan yang ada. saya menulis dari hati. saya menulis kerana ingin memberitahu bisnes bukanlah hanya cerita gembira.

Dari sebelumnya sehingga kami mempunyai ramai pekerja. saya dan isteri tidak pernah mengambil gaji. saya laburkan gaji kami untuk staf dan pelaburan d'impian semula. Kami dulukan pada yang lain. mungkin ada yang mempertikaikan tindakan itu, buat apa kerja kuat tetapi tidak mengambil gaji. itu lah juga sebabnya kami hidup biasa-biasa dan tidak bermewah.

Mak kata, rezeki kami untuk orang lain. kamu tempat mengalirnya rezeki orang lain. rezeki kami ada ditempat lain.

Ya...ya...saya tahu semua tindakan saya itu bukanlah untuk dihargai. tidak siapa yang tahu sehingga saya menceritakan disini. gaji saya adalah dari pelaburan dan kerja pribadi saya yang lain. sudah cukup untuk isteri dan anak-anak saya.

rupanya motivasi bekerja lebih memuncak bila kita bekerja untuk kebajikan orang lain. jika saya tidak bekerja maka lebih ramai yang mengharapkan dan bergantung pada saya dan isteri. mereka semua ada keluarga yang besar. gaji mereka untuk keluarga mereka, minum pakai mereka dan kehidupan mereka. termasuk pembekal, partner bisnes, kontraktor, penyewa, kerajaan dari ambilan cukai, pelabur...

saya menulis bukan untuk di ikut...saya menulis bukan satu kebanggaan tetapi saya menulis dari hati. hati saya tersentuh setiap kali ada staf yang mengucapkan terima kasih walaupun pendapatan mereka sedikit. saya ramai staf, mereka juga tidak tahu dengan perkara ini. untuk apa saya memberitahu.

Saya mohon doa dari semua untuk saya terus bermotivasi untuk terus kehadapan selagi nyawa dikandung badan.

Seminar Bisnes Online pada Ahad 05 Jan 2013.






International Conference on Business Practise and Business Administrarion (ICBPBA 2014)



Saya sedang menyiapkan kertas kerja akhir untuk menganjurkan conference yang hebat ini. Saya bercadang mengadakan pada
28 hingga 30 March 2014.

- Mengumpulkan lebih 1000 usahawan seluruh negara dalam pelbagai bidang niaga. 
- lebih 100 kertas kerja bisnes yang dibentangkan dalam perkongsian. 
- prosiding yang diterbitkan dengan penuh idea bisnes oleh usahawan
- ruangan pameran niaga
- 3 penceramah jemputan hebat.
- 8 bidang niaga dibahas dan dibentangkan rahsianya.

Sebenarnya saya sedang fikirkan bagaimana usahawan kita boleh mengembangkan melalui rangkaian mereka, memasarkan luaskan produk atau perkhidmatan mereka dan lain-lain. Usahawan kecil ini dihargai dengan melontarkan idea mereka melalui idea mereka diterbitkan dan dibentangkan.

Saya fikir dan fikir.

Bagaimana selama ini ramai usahawan kecil tidak diketengahkan , ramai tidak mendapat peluang.

Conference atau seminar ini bukan seperti seminar yang biasa. Dia penuh ilmu perkongsian bisnes sebenar. Saya wujudkan 8 area bisnes yang dibentangkan dan peserta boleh memilih seperti menu makanan yang terhidang dengan lauk yang banyak.

Terpulang peserta memilih mana area yang mereka suka. Area bisnes tersebut adalah peruncitan, makanan, pakaian , hartanah, perhotelan, pengeluaran produk, bisnes online, pendidikan dan beberapa area lain..

Biasanya kebanyakan seminar hanya mendengar satu pandangan penceramah tetapi seminar ini anda boleh memilih apa yang anda mahukan melalui pengalaman. Bukan itu sahaja , boleh berjumpa pemilik kilang, kedai, produk dan boleh terus mulakan bisnes. Ramai yang masih mencari-cari bisnes yang ingin mereka ceburi
...dan ini adalah peluangnyaa.

Saya perlukan kerja sama kawan-kawan merealisasikan nya. Saya akan jemput kawan-kawan dari indonesia, brunei dan singapura dan yang lain.

2014 adalah tahun kebangkitan .. tahun perubahan. Insyaallah. Doakan saya dengan idea ini. Mungkin rakan rakan akedamik boleh membantu..dan rakan niaga hebat yang lain.

Saya mencuba untuk melihat seluang sungai berenang dilautan luas.

Coach bahar.

Komen sikit ...kekawan yang budiman.

Friday, January 3, 2014

prolog..

Moga apa yang saya tulis tidak disalah anggap. saya hanya berkongsi rasa dan idea.

Tahun 2014 tahun ke-lima D'impian Group ditubuhkan. Saya dan isteri menubuhkan syarikat ini bermula dari sebuah impian hingga menjadi realiti. Kini D'impian Group telah sedikit dewasa dengan mempunyai 19 cabang bisnesnya.

Bukan tidak susah...ianya dibangunkan dengan peluh jerih dan tenaga yang maksimum. bukan tak ada masalah, terlalu banyak ragam dalam berniaga kami larung. bank kata puan Ainon Mohd. "jalan terus" je.

Banyaklah teori dibaca digunakan dan diaplikasikan. kesalahan yang dibuat walaupun bukan 100% salah , dihadam sendiri. kadang-kadang berlinang air mata pun ada untuk menyelesaikan masalah...tetapi kami membuatkan segala cabaran dan halangan sebagai kekuatan ukhwah kami suami isteri juga keluarga yang terdekat.

Dalam berhati-hati kekadang kami pernah ditipu, kerugian beratus ribu dan kami bangkit semula dengan tidak menyalahkan keadaan yang ada. saya menulis dari hati. saya menulis kerana ingin memberitahu bisnes bukanlah hanya cerita gembira.

Dari sebelumnya sehingga kami mempunyai ramai pekerja. saya dan isteri tidak pernah mengambil gaji. saya laburkan gaji kami untuk staf dan pelaburan d'impian semula. Kami dulukan pada yang lain. mungkin ada yang mempertikaikan tindakan itu, buat apa kerja kuat tetapi tidak mengambil gaji. itu lah juga sebabnya kami hidup biasa-biasa dan tidak bermewah.

Mak kata, rezeki kami untuk orang lain. kamu tempat mengalirnya rezeki orang lain. rezeki kami ada ditempat lain.

Ya...ya...saya tahu semua tindakan saya itu bukanlah untuk dihargai. tidak siapa yang tahu sehingga saya menceritakan disini. gaji saya adalah dari pelaburan dan kerja pribadi saya yang lain. sudah cukup untuk isteri dan anak-anak saya.

rupanya motivasi bekerja lebih memuncak bila kita bekerja untuk kebajikan orang lain. jika saya tidak bekerja maka lebih ramai yang mengharapkan dan bergantung pada saya dan isteri. mereka semua ada keluarga yang besar. gaji mereka untuk keluarga mereka, minum pakai mereka dan kehidupan mereka. termasuk pembekal, partner bisnes, kontraktor, penyewa, kerajaan dari ambilan cukai, pelabur...

saya menulis bukan untuk di ikut...saya menulis bukan satu kebanggaan tetapi saya menulis dari hati. hati saya tersentuh setiap kali ada staf yang mengucapkan terima kasih walaupun pendapatan mereka sedikit. saya ramai staf, mereka juga tidak tahu dengan perkara ini. untuk apa saya memberitahu.

Saya mohon 
doa dari semua untuk saya terus bermotivasi untuk terus kehadapan selagi nyawa dikandung badan.


Thursday, January 2, 2014

Sembilan teknik dan stratigi berbeza mengikut keadaan dalam bisnes anda.



1. Jangan berehat di tempat yang sukar bergerak. Jika diserang anda sukar lari, sukar dibantu, sukar mendapatkan sumber.

Dalam perjalanan bisnes yang anda harungi, anda harus berhati-hati dengan teknik niaga yang luas padangnya.

Walaupun anda berehat sebentar dari bisnes anda harus selalu berwaspada dengan keadaan bisnes anda. Dari semua sudut dan segi perlu diteliti. Jangan terlalu selasa dan mempercayai sistem yang anda bangunkan. Takut-takut thunami tiba bila anda tidak bersedia.

Beberapa bahagian penting tidak diberikan kepada orang lain untuk menguruskan nya. jika anda terlalu berehat dan mahukan bisnes anda dijalankan oleh orang lain, anda perlu lakukan sesuatu sekarang. jika staf kepercayaan anda berhenti maka semua sistem dan bisnes anda lumpuh dan sukar untuk diperbaiki.

2. Jika berbisnes dipasaran terbuka, jangan tidak mengindahkan diplomasi

Ini penting, jika jenis perniagaan anda adalah dipasaran terbuka dimana pelanggan anda adalah pelanggan orang lain juga. terdapat perebutan pelanggan di sini. jangan abaikan diplomasi untuk masuk ke pasaran tersebut. Jika anda berbuat demikian mungkin anda akan ketinggalan, anda dipulau dan anda tidak dapat memahami mukabumi pasaran dengan cepat.kecuali anda bermain pasaran yang tertutup dan bisnes anda tidak ada orang lain yang buat di kawasan itu. sekurang nya anda perlu kenal komeniti sekeliling anda.

3. Usah berlama dalam kawasan yang sukar bergerak dan sukar mendapat bantuan.

Jika anda berbisnes dan mencuba teknik marketing yang terbaru atau pergi ke cara yang lain tetapi tidak menghasilkan hasil yang baik, cepat-cepat berundur kerana lebih lama anda di situ lebih banyak kerugian anda.

kekadang dalam bisnes kita mahu mencuba sesuatu yang baru, jika anda kesan teknik yang terbaru ini tidak bagus atau merugikan cepat-cepat undur dan buat stratigi yang lain.

4. Dalam situasi yang berbahaya rancang jalan keluar.

Jangan tunggu sampai dah teruk, sebagai peniaga dan usahawan hebat anda perlu mempunyai banyak plan untuk keluar dari masalah bisnes. tak kira dari masalah pasaran ke, masalah pekerja ke, masalah kewangan ke..anda perlu cari jalan keluar dengan cepat sebelum terkubur.

Jika ada beberapa ada perlu korbankan, teruskanlah untuk memastikan anda bertahan dalam bisnes anda yang telah lama anda bangunkan.

5. Bila terdesak, usaha bersunguh-sungguh dan bermati-matian

Jika tidak bisnes anda yang mati..ini hakikat. Gunakan segalanya, dan segalanya jika anda masih sayang kepada bisnes anda. jangan simpan ego anda...tukun kebawah untuk minta bantuan. susun semula stratigi dan berkerja habis-habisan

6. Dalam beberapa keadaan , jalan dan pintu yang terbuka luas kekadang perlu di elak.

banyak perkara dalam bisnes adalah hanya persepsi. ramai peniaga berebut dengan gula. bila nampak banyak gula berduyun-duyun semut datang.

kekadang anda perlu memilih jalan minority untuk memastikan bisnes anda lebih kekal. saya berikan contoh, ramai peniaga akan terpengaruh dengan khabar angin dan khabar peluang yang palsu. ramai akan membuka cawangan itu dan ini. tetapi hakikatnya ..... pelanggan hanya sementara dan lambakan pesaiang. orang kita suka bisnes ikut-ikutan.

7. dalam sesetengah keadaan, tahan diri dari menyerang musuh walaupun yakin menang.

Jika anda fikir pesaing bisnes anda kecil dan yakin untuk anda kalahkan, biarkan dia disitu. supaya anda lebih berhati-hati dengan musuh bisnes. kekuatan anda akan bertambah. buang tenaga je nak lawan dan buang duit je nak lawan. wujudkan keunikan dalam bisnes anda.

Kekadang, dalam beberapa keadaan memang pelanggan suka dengan perbandingan warna-warni. bila bisnes anda ada yang dibandingkan maka produk anda akan lebih banyak terjual. dah pergi kedai tu...tapi dikedai anda lebih banyak pilihan dan lebih berkualiti.  ini semua adalah kerana anda lebih kuat, lebih berkualiti dan lebih dipercayai...faham tak ni.

8. Dalam sesetengah keadaan, bersabar untuk menyerang kerana mungkin kekauatan itu tadi hanya mendapatkan sebahagian sahaja dari pasaran.

contohnya : dalam mempromosikan jualan anda, jangan terlalu kerap membuat jualan murah. sehingga orang akan tunggu anda membuat potongan barangan anda. mereka tidak membeli. jika anda selalu , mungkin anda boleh menjual dalam beberapa ketika tetapi idea anda sudah dihidu pesaing anda, mereka juga boleh buat promosi yang sama. tetapi jika masanya anda membuat promosi habis - habisan dengan idea terbaik...habis satu gudang barang direbut orang.

9. lupakan utuk menyerang sesetengah tempat kerana itu adalah stratigi besar

Anda perlu lebih fokus dengan matlamat bisnes anda. jika anda fokus dengan apa yang anda mahu capai anda aka memperolehi apa yang anda mahu.

Anda perlu faham, saya bukan menyebut menyerang dan berlawan itu perlu ada persaingan. tetapi kekadang masa dan diri kita juga adalah musuh utama kita. itu semua adalah perumpamaan untuk mudah difaham...

jika anda mahukan lebih banyak tip , sila like, share dan komen. insyaallah jika ada yang menghargai penulisan saya ini.