-------------------------------------
Dari CEO menjadi penjaja
=====================
Hari ini hari yang ceria
Saya bukan tak ada kerja lain tapi hari ini saya turun sendiri menjaja. saya ke johor menjaja karpet dan kuih raya di tepi kaki lima. Ada seorang mak cik
"kesian ko nak, dah le gemuk berjual tengah panas macam ni. tak ada kerja lain ke nak. "
saya senyum dan menjawab " cari makan anak-anak cik..beli lah kuih satu ni"
mak cik tu pun beli dengan gembira.
Bila jadi peniaga tepi jalan memang banyak dugaan nya. tapi saya pesan dengan kekawan yang nak turut serta tadi. saya ingat pesan arwah abah " berniaga ni rugi dah tentu, untung belum tahu". Kalau tak dapat duit kita dapat pahala sedekah kat orang.
Dari pagi jam 7 siap-siap sampailah jam 12 malam baru kami kemas barang balik, melengas satu badan. saya tak larat nak balik muar. saya tidur hotel di JB je hari ni sebab esok nak berniaga lagi.
Beberapa nasihat untuk mereka yang nak berniaga kali lima
1. buat je, " orang yang tahu dengan orang yang tak tahu bezanya sikit je. yang paling penting buat je. ".
2. Jangan terlalu berharap besar, nanti kecewa besar.
3. Jangan takut, rezeki masaing-masing.
4. Keyakinan diri dan kesabaran menguji ketabahan.
5. Jangan harapkan sempati orang lain, apa yang nak dimalukan kita berusaha menjual.
6. Peniaga kaki lima, mengajar sebenar anda menjadi peniaga sejati. Jatuh bangun dalam bisnes saya mesti teruskan dalam berbisnes.
7. Asas utama berniaga adalah menjual.
8. Rezeki dari Allah, mohon dari Allah.
-------------------------------
Kisah Seorang Penjaja
=================
Sebelah saya menjual kuih dan karpet ada seorang pemuda menjual kerepek. Dari awal saya datang ke tapak, macam saya kenal pemuda ni. rupanya rakan sekampung saya ikbal namanya. Lebih senanglah saya membuka tapak dan menjual barang saya di situ kerana ada orang yang saya kenal.
Saya tanyakan ikbal, ikbal sudah dua tahun berniaga kerepek sejak diberhentikan kerja dari sebuah kilang perabut di Pontian. Asal ceritanya kerana dia selalu melawan cakap pengurusan kerana tuntutannya nak adakan surau di kilang itu ditolak sejak lama. Dengan sebab itu banyaklah pihak pengurusan cari hal dengan dia.
Apa nak takut, rezeki Allah yang tentukan kita hanya berusaha je. Ikbal mulanya hanyalah berniaga kecil-kecilan menjual kerepek di bazar karat di Johor Baharu kerana sudah dua bulan tidak dapat kerja lain. Akhirnya sekarang dia meneruskan kerjayanya sebagai penjual kerepek.
-------------------------
Dia cerita kat saya.
==============
"ikbal macam mana ko jual, berapa ko untung"
"ikbal menjawab, sehari kalau bukan hujung minggu dan bukan bulan puasa sehari aku boleh dapat RM500-600 sehari. Untung kerepek ni tinggi. Kalau kita ambil jual RM8 , harga ambil dengan pembekal dalam RM3.80 macam tu. Lebih kurang 100 % untuk semua kerepek."
"Jadi dalam sebulan ko boleh dapat untung RM5000 sebulan le kalau ko kerja 25 hari".
ikbal senyum " ko memang pandai matematik, cepat je kira. Tapi sebenarnya lebih. aku ada hantar kantin kilang bungkus kecil-kecil jual RM2 satu dan seminggu sekali aku ambil duitnya. Adalah dalam 10 kilang dan kantin sekolah "
Ikbal sambung lagi " Aku tak sangka, bila aku diberhentikan kerja dulu, hidup aku macam gelab gelita. sampai satu masa hidup aku terlalu terdesak hingga aku kuatkan semangat berniaga kerepek. Mulanya malu tu ada, tapi bila dapat duit senyum memanjang. dulu aku kerja lebih 12 tahun gaji aku RM2000 je kat kilang. Alhamdulilah aku jual kerepek pun aku dapat RM7-8 ribu sebulan untuk besarkan anak di ibu kota ni, kos tinggi".
Saya senyum.
Cerita ini selalu saya ceritakan pada mereka yang pergi seminar saya. Belajar menjual dulu untuk asas berniaga. jual barang apa orang nak beli dan jual di tempat orang berkumpul-kumpul. Keluar dari kedai kita untuk menjual.
Dulu saya ceritakan, saya pernah bertanya adik yang jual kerepek dan kacang RM2 yang selalu pusing dari meja ke meja bila kita makan kat restoran selalunya.
Saya tanyakan dia, berapa bungkus satu malam dia dapat jual. dia sebut kalau tak habis tak boleh balik. sehari 100 sekurangnya dan dia bekerja 20 hari sebulan untuk cari duit keluarga mereka. satu bungkus saya anggarkan dia untung RM1 je. kalau seratus sehari bermakna dia boleh dapat RM2000 sebulan dengan bekerja malam kurang dari 3 jam. RM 2000 lebih gaji kerani bank. Kekadang sekarang kerani bank banyak pemilik degree sebab diluar tak banyak kerja.
Itu sebabnya ada seorang peserta seminar saya di Muar berhenti kerja, dan menjual pasar malam menjual mee goreng lepas balik dari seminar saya. Alhamdulilah Ayu dah ada restoran sekarang di kuantan.
--------------------------
Semangat Berniaga
==============
Ramai orang yang semangat berniaga tetapi mereka tak belajar seni berniaga. Lebih ramai orang yang terburu-buru membuka kedai dan pejabat sebelum mempunyai pengalaman menjual. Terlalu ramai yang ubah suai kedai makan dan habis beratus ribu dan bila dibuka, semua termenung depan kedai sebab tak ada orang yang datang ke kedai mereka. Sebenarnya kerja seorang usahawan adalah menjual, aktiviti menjual termasuk aktiviti marketing adalah 70% meliputi kerja seorang usahawan.
Saya nasihatkan anak muda, jika tidak bekerja lagi janganlah bersedih. Wujudkan kerja sendiri untuk diri kita dan tentukan berapa gaji yang patut kita terima. Anak muda perlu lambatkan kegembiraan untuk kejayaan yang lebih besar.
Cerita diatas adalah hanya salah satu koleksi cerita mereka yang berjaya. setelah kumpul duit dan modal sendiri, slow-slow naikan bisnes.
Tak kiralah kita nak berniaga apa sekalipun, berapa baiklah produk kita tu tidak berguna jika tidak boleh dijual. fikir dan fikir bagaimana kita nak menjual laku. kita perlu yakin, keyakinan datang dari apa yang kita lihat dan apa yang kita lakukan disertakan dengan ilmu.
Malam jam 11 malam sebelum balik, saya bertanya semula pada ikbal. Ramai beli kerepek ko hari ni, berapa dapat. dia senyum, " Bolehlah RM2000 hari ni".Insyaallah esok lagi ramai. Bulan Ramadhan ni rezekinya lain macam. kerja sebulan makan setahun. kalau dia dapat RM2000 sehari ada 10 hari lagi masa untuk menjual. Berapa sebulan puasa ni dia dapat ? anda boleh kira sendiri kot. Jika anda belum bertindak untuk bermula, mulakan hari ini bukan esok.
Selamat berniaga dari
Coach bahar
Peniaga kaki lima
Monday, July 28, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment