Abadikan nama ABAH sebahagian rangkaian bisnes saya |
<< Cerita Abah >>
Masa saya kecil, arwah abah selalu suruh saya cari duit sendiri kalau nak beli apa-apa. Saya kerja kat kebun tebu kawan dia, saya kerja angkat batu merah buat jalan kat kebun cina. saya akan jual keladi, ubi dan sayur yang abah petik dari hasil kebun akan saya jual keliling kampung. hasil jualan di bahagi dua dengan abah. Saya suka dapat barang yang saya mahu. Abah suruh saya usaha untuk dapat apa saya nak
Abah selalu nasihat saya, simpan duit..simpan duit..lama-lama jadi bukit. Dulu arwah abah bawa teksi. dia ada satu tabung duit kecil. dia akan masuk kan duit 20 sen dan sepuluh sen dalam tabung tu. dia kata " simpan duit tiap hari, walau sedikit duit tu berguna masa kita memerlukannya". Arwah abah suruh saya menyimpan, duit yang di simpan berguna bila kita memerlukan.
Bila saya mulakan bisnes pertama saya, saya buat perkara yang sama. Saya ingat lagi bila saya pecahkan tabung, saya dapat lebih 20 ribu setelah lebih setahun menabung. Antara bisnes pertama saya adalah cyber cafe. Semua duit kecil saya masuk dalam tabung tiap hari ikut petua abah.
<< Cerita Mak >>
Bila saya dah kerja, saya akan beri mak duit tiap bulan . mak tinggal dikampung dan jarang saya nampak mak guna duit. tapi setiap kali saya beri duit kat mak dia akan senyum dan ambil seperti puas pada hatinya.
Satu hari, saya pernah susah dalam bisnes. Susah dan susah betul, masa tu mak hulurkan duit kat saya " ini duit yang kau beri mak tiap bulan, mak tolong kumpulkan . Pakailah ni duit kau, berniagalah dan bangun semula ". Walaupuan saya tak nak duit tu tapi mak paksa saya ambil. mak suruh guna duit tu.
<< Pengajaran >>
Jika ada orang tua lagi, ikutlah cakap dan nasihat mereka. Apa yang mereka cakap itu keramat. Jika manpu berilah mereka duit jika sudah bekerja. walau sedikit ataupun banyak. Mereka bukan macam kita, mereka sangat teliti dalam hidup dan melihat masa depan. hidup kita berkat.
No comments:
Post a Comment