-------------------------------
Nasib Penjaja Tepi Jalan
=================
Asas berniaga adalah menjual, tak pandai menjual anda tak boleh berniaga. Asas menjual adalah menjaja, tak pandai menjaja anda tak pandai menjual sebanarnya. Ramai orang anggap bisnes perlu besar-besar. Bisnes baru mula perlu dari bawah, dari bawah perlu lakukan barang. Untuk lakukan barang anda perlu menjaja dan menjual.
15 tahun dulu saya pernah menjaja dan berjual ditepi jalan, dipasar tani, di bawah flat perumahan di sekitar Shah Alam dan Bangi. Masalah besar saya adalah operasi oleh pihak berkuasa, angkut semua barang kami berniaga sedangkan baru seminggu. Kami buka, orang lain yang tutupkan. Mereka kata kami berniaga secara HARAM. entah mana yang haramnya, sampai sekarang saya tak tahu.
------------------------------------------------------
Apa yang berbeza mereke dangan kita
==============================
Saya sudah sampai ke banyak negara, lebih 40 negara, sama ada saya bekerja, melancong dan belajar. Terbaru saya ke Bangkok,Thailand dan Jakarta, Indonesia. Dua perkara yang berbeza saya lihat penduduk tempatan mereka sangat minat berniaga kecil-kecilan di masa sahaja dari rumah hingga lah ke lorong kecil di bandar raya. saya lihat tak ada pulak orang asing yang berniaga di sana.
Saya lihat berbeza di negara saya, Malaysia tercinta. Para peniaga kecil ini dijadikan musuh pihak berkuasa. Berniaga kononnya perlu yang macam dalam TV tu pakai baju kod korporat , pakai kereta besar dan berumah besar ..itu baru berniaga katanya. Menjaja ni berniaga tak ada kelas.
Kita banyak benarkan orang asing berniaga, pergi je lah di ibu kota siapa yang banyak berniaga. Mereka datang dari kemboja, tanah jawa, pakistan dan afrika selatan, mereka dibiarkan. bila mereka berniaga dan tawan satu kawasan, penguatkuasa nak masuk pun takut , ianya sudah dijaga. Jalan pudu, Jalan Silang...cakap je jalan apa kat KL tu.
---------------------------------------
Tak kisah lah haram ke halal
======================
Tak kisahlah mereka datang haram ke datang halal mereka boleh menjual. Mereka banyak duit, mereka buat duit dan mereka hantar duit mereka di negara mereka. Macam mana negara kita nak banyak duit sebab banyak pengaliran keluar dari duit masuk.
Orang kita nak berniaga kecil-kecil di susahkan, ada lesen, ada kebenaran, ada itu dan ada ini. kalau semua ni tak ada kena tutup. lepas tu mereka cakap " saya dapat complen, saya jalankan tugas sahaja. jika anda melawan anda melawan kakitangan awam menjalankan tugas. Anda boleh dipenjara.
----------------------------------------
Saya faham, anda pun faham
=======================
Saya faham, saya cukup faham mungkin ada beberapa perkara yang tak elok di pandang jika ada ramai yang menjaja. kita nak tunjuk pada siapa sebenarnya, samanlah kalau mereka benar-benar buat kotor dan tanpa alasan , ambil lah tindakan. mereka kejap je tu, dah dapat duit mereka akan pindah ke kedai besar.
Tapi semangat anak muda nak berniaga datangnya dari berniaga kecil-kecil lah bukan terus besar. disuruh masuk pasar tani. jangan cakap le, sepuluh tapak pasar tani diberi kepada orang yang sama dan akhirnya di jual kepada warga asing. Lepas tu cakap kat sini sana, orang kita tak pandai nak berniaga.
Lepas tu cakap dan buat kempen masuk dalam TV dan surat khabar, "kita ada ber juta ringgit untuk bantu penjaja, tapi tak ada yang memohon?, kata menteri dan ahli politik". Pihak kerajaan pun sama, yang negeri pembangkang lagi le teruk.
------------------
Teori oh teori
===========
Kita terlalu banyak teori, orang dah ke bulan kita masih berbincang cerita dasar yang mendasar. Baru ni saya ke Thailand. Ditepi lorong saya berjumpa satu gerai keteta tolak yang menjual pelbagai jenis biskut yang kotaknya cantik.
saya tanyakan, dari mana dia beli semua biskut ini dan ramai orang membelinya. Peniaga itu menceritakan saya yang dia membuatnya dari rumah sahaja tetapi dia membuat pakajing yang baik untuk mudah dijual. Dia punya mesin sendiri yang boleh nampak pembungkusan yang lebih kemas. saya cukup kagum dengan inovasi mereka, mereka lebih memikirkan bagaimana boleh menjual daripada sibuk bagaimana kita boleh membuat. Selain dia ada gerai kereta tolok sekarang ada beberapa tempahan dari kedai kek dan roti untuk produk mereka. Dia berimpian punya kilang sendiri hujung tahun ni.
Saya berpendapat, berniaga besar mana pun asasnya dari menjual. biarlah anak muda tu belajar menjual. janganlah terlaku tegas dengan peniaga sendiri sedangkan mereka lah yang berpotensi untuk membayar cukai yang besar untuk negara. Apa yang nak diharapkan orang asing yang menjual lebih murah, mereka kaya dan mereka lari balik ke negara asal mereka. Mereka hanya mencari rezeki yang halal di sini. Itu impian mereka.
Sahabat saya seorang warga Indonesia, punya kedai air yang berpendapatan 1000 sehari. Sahabat saya seorang kemboja dah ada 3 kedai di Muar menjual baju dan kain. Begitulah mereka, mereka tiada keluarga disini, mereka boleh menjual dengan lebih murah, mereka boleh kerja 14 jam sehari untuk dapat duit. peniaga kita punya beberapa kekangan lain.
------------------------
Wahai bangsa ku
==============
Wahai anak bangsa ku, mereka boleh kaya...kenapa kita tidak. Dulu kita dijajah. penjajah mengambil hasil bumi dan tenaga kita dan kekayaan negara di bawa ke nagera asal mereka. Ini adalah penjajahan cara baru. Marilah kita mula berniaga, janganlah kita seronok membeli barangan dari luar, dari negara china , dari kemboja dan dari mana sekalipun. Kita kerja, kita carikan duit orang lain. dulu masa nak raya, ada lah pendapatan mak kita dikampung upah menjahit sekarang beli baju semuanya dari luar. Kita melopong je lah .....
Wahai pemimpin ku, dengarlah kelohan anak muda ini. mereka baru mahu berniaga. jangan ketawakan mereka, bantulah mereka.
Wahai sahabatku , maafkanlah kekurangan mereka peniaga dan penjaja baru dari kesempurnaan, bantulah mereka dengan membeli barang mereka moga mereka boleh maju.
Saya peniaga, saya sudah lebih 10 tahun berniaga dan 7 tahun secara sepenuh masa. saya tidak dapat mana-mana pinjaman dari kerajaan ataupun Bank sehingga saya di lihat kaya atau saya benar-benar boleh membuktikan saya kaya.
Pihak bank mementingkan diri mereka sendiri dengan kononnya memberi pinjaman kepada mereka yang tidak beresiko. Saya dengar..saya tahu yang sebenarnya banyak tidak membayar hutang adalah mereka yang meminjam berjuta ringgit bukannya dari peniaga." orang miskin letak duit dan simpan duit di bank untuk beri orang kaya pinjam duit bank " .
Ini sekar satu cerita, bukan saya sahaja yang sedar. ramai yang dah sedar dan sehingga kita tidak boleh buat apa-apa. Saya akan berjuang apa yang termampu hanya memberi kesedaran. ayuh bangsa ku , marilah berniaga dan terus berniaga.
Coach Bahar
Penjaja Korporat
Adakah anda setuju ? like dan komen
Monday, July 28, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Setuju sangat.
Post a Comment