Monday, July 28, 2014

Penjaja Korporat



==============
| Penjaja Korporat |
==============
Saya bukanlah banyak sangat masa atau tak ada kerja lain saya nak buat. Ramai jumpa saya dan menegur saya bila saya menjaja karpet minggu lepas di jalanan tempat orang lalu lalang di bandar raya JB minggu lepas.
Saya menjaja karpet dan biskut raya. Saya tahu asas penting berniaga adalah lakukan barang. Saya suka mencabar diri saya sendiri. Selalu saya pesan dengan kekawan yang berniaga, keluar dari kedai, jual barang yang orang suka dan jual kat tempat orang berkumpul. Saya bukan cakap je, saya lakukannya.
---------
Segan
=====
Saya tak rasa apa-apa, mungkin kalau ada orang jumpa saya menjaja dan tak kenalkan latarbelakang saya mungkin mereka ingat penjaja ni terdesak sangat. Ianya benar bila melihat galagat pelanggan bila saya approach mereka membeli. Ada yang bersahaja, ada yang mengelak dari nak bertembung jalan dengan kita, ada yang masam mukanya tapi tak kurang yang senyum lebar dan membeli produk kita dengan senang hati.
Saya berpendapat jika anda berniaga, anda sepatutnya boleh lakukan semua perkara walaupun asas. Pandai tak pandai buat , itu perkara kedua. Sebagai contoh, saya ada syarikat catering, kerja saya tak lah sampai bawa lori hantar makanan dan canopy di rumah penggantin tapi walau begitu saya masih boleh memandu lori jika diperlukan atau staf saya bercuti.
Kekadang bila jadi BOS, kita hanya pandai mengarah itu dan ini dan tidak pernah kisah apa yang berlaku staf bawahan kita. Ramai bis yang tak tahu perasaan orang bawahan kita, mereka semuanya penting dan aset syarikat. Saya nasihatkan kepada bos-bos sedunia janganlah macam tu. Arwah ayah saya pesan pada saya "kita kena jaga orang yang buat kerja untuk kita"
---------
Cerita
=====
Satu hari dulu, tak lama dulu. Saya pernah membantu staf saya di dapur angkat pinggan mangkuk di majlis perkhawinan untuk salah satu projek catering D'impian Catering syarikat saya. Kebetulan minggu tu ada 8 majlis yang perlu diselia, tak cukup staf, saya sendiri turun padang.
Kebetulan pula jumpa seorang sahabat lama saya, saya taklah kenal sangat dengan dia tetapi pernah ke pejabat saya semasa pernah menjadi CEO GLC sebuah syarikat gergasi dulu tak lama dulu sebelum saya berhenti dan menumpu sepenuh masa dalam bisnes saya. Dia minta projek dan melobi projek dengan saya pada masa itu.
Bila dia jumpa saya " BAHAR, kenapa sampai macam ni. aku dengar juga ko berhenti kerja. sedap-sedap duduk kerusi CEO dan berbilik air-cord, ko berhenti kerja nak buat apa. Sekarang tak sangka sampai susah macam ni. Sabarlah. ". Dugaan hidup katanya.
Saya senyum je. Mungkin sahabat saya rasa saya sudah jatuh hingga terpaksa kerja pramusaji dan membantu catering selepas saya tidak bekerja.
Hidup yang paling bahagia bila, kita tidak mengharapkan kita dipuji dan kita tidak terasa bila kita dikeji.
--------------------------------
Hidup Seorang Peniaga
==================
Hidup seorang peniaga perlu degil, perlu luar biasa, perlu berpandangan jauh, perlu berwawasan besar. Kekadang percaturannya tidak seperti orang biasa. Anda perlu boleh memimpin dan dalam masa yang sama anda perlu belajar untuk di pimpin.
Asas sebuah perniagaan adalah menjual, anda perlu belajar menjual. tak guna produk anda sehebat manapun tetapi tak dapat menjual. Asas menjual adalah menjaja, anda perlu keluar dari perasaan malu berjumpa orang untuk terus menjual. formulanya mudah, jumpa 10 orang untuk anda jual 1 barang. jika anda nak lakukan 100 barang, berapa percubaan anda harus lakukan?. Anda boleh jawab sendiri.
---------------
Pandangan
=========
Ada orang yang memandang tinggi orang yang berniaga, ada orang yang memandang rendah orang yang menjaja. yang memandang rendah kerana mereka ingat berniaga ni perlu besar-besar, untung besar, kereta besar, cakap besar. Mereka yang berniaga jalanan ni adalah mereka yang tertinggal dan terdesak. Itu persepsi mereka, biarkan. Mereka tak ramai kawan, saya ramai kawan peniaga pasar malam yang berkereta BMW dan bergaji berbelas ribu sebulan. Tuan pernah jumpa mereka? ..
Minggu lepas, dua kali saya dihalau semasa menjaja. Pertama saya dihalau oleh syarikat gergasi besar pesaing penjual karpet yang berhampiran dengan tempat saya buka tu. Pada masa itu, ada beberapa orang yang mengikut saya menjaja. saya sebutkan kepada salah seorang sahabat saya yang turut menjaja. "Irfan, kenapa mesti kita takut padanya? Ada manusia, dengan Allah pun dia tak takut. Jadi, PILIH mana satu ketakutanmu."
Sebuah perjalanan cerita
KORPORAT Jalanan.
Coach Bahar

No comments: