Monday, July 28, 2014

Jatuh dan bangun dalam bisnes




------------------------------------------
Jatuh dan bangun dalam bisnes
=======================
Mak saya selalu sebutkan dan pesan pada saya yang dalam kehidupan ini untuk kita sampai sesuatu distinasi yang kita nak tuju, kekalahan dan kemenangan kecil itu adalah seperti kaki kiri dan kaki kanan. Kita pasti akan jumpa kesukaran dalam melangkah dan kita akan jumpa kemenangan dalam melangkah menuju kejayaan target sebenar.
"Jika mendung dan hujan itu seolahnya kedukaan dan panas mentari selepas hujan itu adalah keceriaan. Kita perlukan keduanya untuk melihat kebahagiaan indahnya pelanggi".
Ramai orang sukakan kemenangan dan kejayaan dari lebih ramai yang bencikan dengan kekalahan dan kegagalan. Sebenarnya kekalahan dan kegagalan itulah sebenarnya guru terbaik dalam kehidupan kita untuk kita memperbaiki hidup dari hari ke hari yang mendatang.
-----------------------
BIsnes oh bisnes
=============
Begitu juga dalam kehidupan sebagai seorang usahawan. Dalam bisnes anda akan temui kegagalan dan kejayaan. Anda jangan harapkan hidup anda akan terus hebat tanpa dugaan dan cabaran. Selalu saya dengar yang 9/10 orang yang mula berniaga akan gagal dalam tahun pertama percubaan mereka. Saya tidak pernah mengira secara tepat.
Thsunami kegagalan sebenarnya boleh melanda bila-bila masa dan dengan siapa sahaja. Dalam berniaga kita hanya merancang yang baik-baik sahaja. Kita merancang jualan, stafing, operasi bisnes berjalan baik dan yang lainnya dalam kadar sempurna. Sebaliknya banyak masalah akan timbul dalam perjalanan untuk menuju kejayaan tersebut. Walau anda punya pasukan yang baik, stratigi jualan yang terhebat , belum tentu bisnes anda akan berjalan seperti yang anda rancangkan.
Dalam perniagaan, anda akan jumpa jalan sukar mungkin di permulaan , pertengahan atau dimana sahaja perjalanan bisnes anda, cabaran dan rintangan itu pasti ada. ramai yang angggap mereka akan dibayar dengan kejayaan dengan hasil kerja keras mereka dalam bisnes sebelumnya, itu belum pasti.
Saya pernah dalam peringkat permulaan bisnes, saya hanya ada tinggal RM2 sahaja dalam poket saya dan tiada langsung duit dalam bank. Saya bermula semula. Saya pernah dapat bayaran ratus ribu sehari dan bulan depannya duit tu habis diguna untuk projek seterusnya. Saya pernah ditarik kereta kerana gagal menbayar dengan bank bayaran bulanan nya. Saya pernah mendapat surat merah saman dari bank kerana gagal membayar. Setiap perkara yang berlaku itu saya jadikan pengajaran dan belajar sesuatu darinya untuk tidak lagi berlaku masa hadapan.
Saya pernah mendapat panggilan bank dimana cek yang saya keluarkan kepada pembekal tendang kerana saya tidak menguruskan dengan baik keluar masuk duit dengan betul. Cerita ini boleh anda dengar dengan siapa sahaja yang pernah berniaga. Tetapi itu semua tidak melunturkan semangat saya dalam berniaga dan terus berjuang sehingga sekarang. Ini semua asam garam dalam bisnes.
Saya pasti anda punya cerita sendiri tentang kegagalan dalam bisnes. Jika bukan cerita anda tetapi mungkin cerita kawan-kawan dan saudara mara anda dalam perjuangan bisnes. Ramai orang kita ketawakan kegagalan mereka yang telah mencuba tetapi tidak menilai mereka yang langsung tidak pernah mencuba. Lebih ramai yang diluar sana yang menuding jari dengan bercerita dengan kesalahan dan kegagalan orang lain dalam bisnes tetapi mereka sendiri tak pernah berniaga.
---------
Pilihan
=====
Anda akan terus tenggelam dalam lautan masalah atau anda boleh mengambil keputusan berenang ketepian untuk menyelesaikan masalah anda tadi. Biarkanlah masalah anda dan teruskan perjalanan dan matlamat anda dalam bisnes. Saya belajar banyak sekali cerita kehidupan bisnes dalam perjalanan jatuh bangun bisnes saya.
Kegagalan boleh berlaku bila-bila masa, ianya tidak kira kena kepada syarikat yang kecil atau syarikat yang besar. siapa mahukan kegagalan, lihat sahaja syarikat penerbangan MAS, dengan terhempasnya 2 kapal terbang MH370 dan MH17 menyebabkan syarikat mengalami kerugian yang sangat teruk.
Saya pernah mengalami kerugian beratus ribu dalam bisnes saya yang terpaksa di tutup walaupun bisnes itu pernah berjalan lebih dari tiga tahun. Anda tidak patut malu dengan kegagalan bisnes anda.
Anda tidak boleh menyalahkan takdir dan anda tidak boleh menyesal apa yang telah berlaku. Apa yang anda harus buat dan lakukan adalah menyelesaikan masalah dihadapan anda sekarang. Jika anda lari dari masalah akhirnya masalah itu pasti akan datang semula. Selesaikan satu persatu dan inilah masanya anda perlu bersabar.
" Anda akan sentiasa dilihat salah selagi anda dalam keadaan kalah "
Bila kemiskinan mengetuk pintu, nascaya sahabat dan saudara lari mengikut tingkat. Perkara ini terus begini, selagi kekayaan datang semula kepada mu.
----------
Nasihat
======
Jika anda rasa anda dalam keadaan GAGAL dan tertekan sekarang. Saya nasihatkan untuk anda bertenang, Tarik nafas dalam-dalam dan selesaikan satu persatu. Ada masalah yang anda boleh selesaikan sekarang dan ada masalah yang anda perlu masa untuk menyelesaikan nya. Allah maha pemurah dan pasti memberi jalan penyelesaian nya, tinggal lagi anda perlu banyak bersabar dan teruskan usaha.
Ramai sangat orang yang telah gagal dan berjaya semula. Ada mereka yang pernah gagal dan berjaya semula dengan menulis buku dan berceramah menceritakan kegagalan mereka yang lepas. Anda tidak patut bersedih, anda tidak sentiasanya gagal. Anda adalah orang yang pernah mencuba dan belum berjumpa formula kejayaan.
Berdoalah dan berusahalah untuk keluar dari kegagalan semalam, kesatlah air mata mu. dan terus berdiri gagah tanpa halangan. Anda akan menjadi orang yang lebih hebat.
Secara jujurnya, setiap kegagalan saya yang lepas ada sesuatu hikmah disebaliknya untuk saya lebih baik. Baru saya faham " Allah turunkan sesuatu kepada kita itu pastinya, TERBAIK untuk kita, SELAYAKNYA kita terima dan TEPAT pada masanya.
Saya doakan anda terus ceria dan selamat hari raya.
------
Iklan
====
Sesiapa yang ingin membeli buku saya " Tranformasi Idea Menjadi Realiti" dan buku "bangun selepas jatuh" boleh berbuat seperti arahan dibawah
--------------------------------
Cara pembelian BUKU
==================
1. Buat bayaran RM50 di buat ke No akaun maybank number 151052252907 Maybank atas nama Baharuddin Mohamed. Bayaran ini termasuk bayaran POS laju
2. Hantar email ke coachbaharuddin@gmail.com dengan tajuk " Saya beli buku ". Berikan nama anda, ALAMAT surat menyurat, phone dan email juga bukti pembayaran.
3. Saya akan kirimkan buku ini untuk anda.
Coach bahar.

2 comments:

Syariman said...

terima kasih krna inspire n encourage aku.rasa bermotivasi skit baca blog hang ni.gracias.

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.