Monday, July 28, 2014
Cerita Hari Raya 2014 yang menyentuh jiwa
============================
Cerita Hari Raya yang menyentuh jiwa
============================
Selamat hari raya buat semua sahabat walau dimana sahaja berada. Tahun ini saya beraya di kampung halaman saya di Muar. Suasana gembira dan ceria buat semua terutama anak-anak saya dengan persiapan hari raya yang sederhana. Tiap tahun sebenarnya saya beraya di Klang bersama keluarga ibu mertua saya. Setiap tahun saya beraya diklang kerana saya memang tinggal di Muar jadinya saya akan berhari raya di rumah mak mertua saya. Cuma tahun ni kami buat keputusan untuk beraya di Muar.
Kita melihat sesuatu perkara dari sudut berbeza, Tahun ini saya betul tersentuh dengan kata-kata mak bila aku salam mak pagi tadi. Kuhulurkan salam kemaafan atas segalanya kesalahan yang saya lakukan. katanya " Alhamdulilah,dapat mak beraya tahun ni bersama mu, anak ku. Tahun lepas mak rasa macam mak tak dapat dah nak beraya bersama tahun ni. Alhamdulilah Allah panjangkan umur kita. Maafkan mak". Saya tak dapat menahan air mata, walaupun sukar sebenarnya air mata ini jatuh lagi di depan mak. Mak semakin tua dan uzur.
Tahun ini lain sikit dengan tahun sebelumnya. tahun ni saya berkampung sampai malam raya menjual kuih raya. Lelong biskut raya.Jam 1 pagi baru habis lelong.kenangan ini lebih 15 tahun dulu saya buat. walaupun setiap tahun saya menjadi pembekal biskut raya, sudah lama saya tidak menjual sendiri.
Tahun ni saya bersama anak-anak mengambil satu tapak di K.Mall Muar tiga hari sebelum raya untuk menjual biskut raya. Wah pengalaman yang hebat ...lebih lagi pengalaman buat anak-anak saya menjual. Mereka berbakat menjual dan tawar menawar. Semua anak saya yang besar saya bawa mereka menjual, buang rasa malu dan sanggup bekerja susah untuk berjaya.
=============
Cerita Pagi Raya
=============
Pagi ni saya solat sunat Aidilfitri di masjid kampung saya. Ramai anak-anak perantauan pulang penuh sesak Masjid dengan orang kampung sampai melimpah keluar. lepas solat, bila saya mahu pulang, saya terlihat seorang anak kecil berumur lebih kurang 8 tahun duduk di sudut tangga dengan muka masam mencuka.
Jemaah ramai sudah pulang, saya kebetulan lambat sedikit sebab berjumpa kawan lama dan berbual kosong. Saya menyapa budak lelaki tersebut, saya lihat baju melayunya pudar, sempit dan dia hanya memakai seluar sekolah.
"Adik kenapa tak balik lagi, kan hari raya. Tukar baju raya dan bermain dengan kekawan. Pergi rumah kawan dapat duit raya "
Budak itu memandang dalam ke mata saya. Dia masih diam. saya tidak kenal anak ini. saya memujuknya dengan bertanya lagi " Ayah mana ?, Ambil duit raya ni ". Saya hulurkan sampul duit raya JDT. "Adik tinggal di mana, pak cik hantarkan" umpanku mula berhasil. Dia mula senyum dan saya duduk di sebelahnya.
===========
Tersentuh Hati
===========
Saya tanya sekali lagi, " adik tinggal dimana, kenapa tak tukar baju raya ?. Kenapa tak balik lagi,nanti mak risau . Ayah kat mana ".
.
.
Dia mula bersuara
" Saya tinggal di Seremban, saya balik rumah nenek. Ayah saya dah meninggal ". Dia menjawab cukup ringkas.
Saya tersandar ke dinding, remuk hati saya. Lebih saya rasa pilu bila dia sambung cerita. Ayahnya meninggal lebih kurang setahun yang lepas di sebabkan kemalangan jalan raya, dia rindukan ayahnya. Dia mula menanggis. Dia tak dapat ke kubur ayahnya hari raya pertama hari ini, sebab itu dia bersedih kerana teringat ayahnya. Dia anak yang sulung dari empat beradik dan pulang kekampung bersama ibunya.
Saya sungguh sayu bila dia ceritakan lagi, baju yang dia pakai adalah baju terakhir ayahnya belikan dulu. Dia sungguh gembira pada masa itu. Bila nak raya ayahnya akan pergi membeli baju raya dan kelengkapan raya bersama mereka sekeluarga. Itu semua menjadi kenangan indah buatnya. Seluarnya sudah tidak muat dipakai sebab itu dia pakai seluar sekolah sahaja hari ini.
Allahuakbar..Allah Maha Besar. Allah mahu mengetahui ... rindu anak pada ayahnya.
======
Nasihat
======
Pagi raya ini dalam ramai yang bersuka dan gembira masih ada mereka yang derita, sengsara dan sedih. Saya tidak dapat menahan kesedihan dipagi raya ini. Allah hantarkan saya satu pengalaman yang cukup berharga. Saya peluk erat anak itu. Saya hanya boleh memberi kata motivasi dan semangat padanya. Saya tahu, dia rindukan ayahnya seperti hati saya meronta rindukan Arwah abah yang telah pergi buat selamanya 18 tahun yang lalu.
Buat semua sahabat ku, ingatlah dan ambillah pengajaran dari cerita ini. cerita ini mungkin pernah tuan puan dengar dengan kisah sebelumnya. Ingatlah lebih ramai yang memerlukan bantuan dan perhatian di sekeliling kita. Kita perlu berusaha untuk membahagiakan orang lain. Lebih ramai yang sebenarnya mahukan bahagia tetapi bukanlah disebabkan mereka tidak berusaha tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.
Jika anak ibu dan ayah lawati mereka, jika punya kawan doakan mereka. Semua orang punya masalah tersendiri, jadikan hari raya sebagai mengstuktur semula hubungan antara kita. Mana yang terlebih dan terkurang di perbaiki bersama. Memohon Maaf di antara kita.
Anak kecil ini tidak tahu apa-apa dengan masa depan nya. Dia tidak peduli di nampak buruk dan compang camping. Dia tidak kisah dengan hari raya dan merecun, dan baju baru, dan kuih raya. Dia rindukan ayahnya.
Ya Allah kau berikanlah sedikit keceriaan buatnya.
Coach Bahar
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.
Doa buat keluarg MH370 dan MH17, berat mata memandang lebih berat lagi bahu memikul.
Like, komen dan share. saya ceitakan kisah anak kecil ini nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment