Jika saya katakan pada mereka berniaga tak semestinya gunakan modal? menyebabkan jawapan saya itu tidak berapa boleh diterima kebanyakan peserta. Jika anda berniaga kecil-kecilan anda tidak perlu menggunakan modal, modal anda adalah idea. Untuk bisnes pertama anda pilihlah perniagaan yang kuang menggunakan duit kertas sebagai modal. modal anda boleh tukarkan sebagai services dan idea berniaga. Itukan pilihan anda dan kuasa anda memilih bisnes apa yang anda mahu jalankan untuk dapat duit.
Satu lagi cara adalah jadikan pembekal kita sebagai modal kita, branding kan bisnes kita dengan kuasa 'trust'. saya beri contoh paling kecil, anda mendapat tempahan membuat kuih karipap 1000 biji. bolehkah anda bincang dengan tokey pekedai yang anda biasa ambil barang untuk mengambil dahulu tepung dan membayarnya esok setelah anda mendapat duit dari pelanggan. Jika tidak diberi cuba lagi perkara yang sama kepada pembekal yang lain. Saya faham ianya perkara yang sukar tetapi ianya lebih mudah daripada anda mencari modal dengan meminjam dengan saudara mara dan sahabat handai.
Kita pergi kepada persoalan pokok. Cerita tentang modal, biasanya jika anda mahu membuka satu perniagaan baru yang bermodalkan 100 ribu, berapa duit cash yang perlu ada pada anda atas tangan sekarang. Biasanya ramai usahawan jika mahu buka berniaga, bersemangat dan berjiwa besar. Kadang-kadang ada duit 100 ribu dibuat bisnes untuk kapasiti 300 ribu. sebanarnya , saya cadangkan jika modal permulaan bisnes anda jangkakan 100 ribu anda perlu ada 300 ribu ditangan.
mengapa ? kerana melalui pengalaman saya banyak bisnes yang dibuka dengan hanya modal cukup-cukup makan menyebabkan ramai peniaga menghadapi masalah selepas perniagaan itu beroperasi. Sebagai contoh sudah siap restoran cantik-cantik tak cukup duit untuk modal pusingan untuk beberapa bulan awal. Mereka juga tidak cukup modal untuk budget pemasaran macam mana orang nak tahu restoran anda baru dibuka, anda sudah jangkakan bagaimana nasib pemilik restoran tersebut ....kan..kan. Anda perlu ada duit lain untuk sekurang-kurangnya duit pusingan 6 bulan di awal perniagaan anda. Duit itu juga penting bagi perkara-perkara kecemasan.
Kita selalu harapkan panas hingga ke petang..rupanya hujan ditengah hari. oleh itu kita perlu ada payung mengelakan kita basahi hujan tadi, itu anologi saya tentang modal perniagaan anda perlu efektif. Saya membuka hotel pertama saya dengan modal yang sedikit, saya bernasib baik punya rakan-rakan dan pembekal yang menyokong saya. wang renovation yang saya buat boleh dibayar berperingkat setelah hotel saya beroperasi. saya menggunakan duit yang ada untuk operasi hotel dan duit luar jangka.
JANGAN ....JANGAN harapkan pinjaman baru anda nak fikir berniaga, memang tak jalan. Pihak bank hanya memberi pinjaman kepada 2 ketegori orang iaitu mereka yang kaya dan mereka yang nampak kaya, itu adalah pilihan anda.
3 comments:
Usahawan menyumbang pembangunan negara
Terima kasih tuan berkongsi maklumat tentang modal pusingan ni. Sememangnya kalau modal pusingan tak mencukupi untuk menampung segala kos, bisnes boleh gulung tikar. Saya pun belajar dari kesilapan yang lalu..
Post a Comment