Gambar Hiasan tiada kaitan dengan penulisan dibawah |
Saya gunakan anologi yang sama tentang perkara ini untuk pandai berniaga. didalam buku metametik ada banyak sub topik untuk anda menguasainya. anda perlu menguasai setiap sub topik dalam perniagaan dan buat latihan. semakin banyak anda berlatih, semakin minat anda buat dan semakin lama anda berpengalaman menjadikan anda semakin mahir menguasai ilmu perniagaan. kadang-kadang ada perlu gabungan pengetahuan dari semua sub topik tadi untuk menyelesaikan satu soalan rumit.
Dalam proses menguasainya anda perlu bersabar dan bersabar. mungkin anda tersalah cara jalan tetapi membuatkan anda lebih berhati-hati untuk menyelesaikan soalan seterusnya yang lebih kurang sama. gabungan pengetahuan pemasaran, pengurusan, operasi membuatkan anda cepat matang.
Saya pernah membuka beberapa perniagaan yang modalnya bukan sedikit dan pendapatan jualan kurang daripada overhead yang diperlukan. saya rugi 10 ribu sebulan dalam tempoh 6 bulan berturut-turut. Saya berfikir, saya mencari formula, saya mencuba pelbagai experiment, saya banyak belajar hingga saya berjaya membuatkan syarikat itu berkeuntungan dari keadaan rugi sebelumnya, membuatkan saya puas. Ini semua kerana saya pasti mesti ada jalannya penyelesaiannya dan perlu bersabar.
Jika anda membina sebuah perniagaan yang baru, ianya perlukan tenaga, perlukan idea, perlukan modal. cuba bayangkan anda membanggunkan sebuah restoran dengan kos renovation 300 ribu dan anda putus asa dengan usaha anda hanya kerana anda rugi sebulan 5 ribu. Jika anda teruskan anda baru rugi 5 ribu sebulan tetapi jika anda tutup sekarang anda sudah rugi 300 ribu sekaligus.
Dalam penulisan saya sebelum ini saya ada nyatakan yang anda sepatutnya mempunyai cash untuk wang pusingan selama sekurang-kurangnya 6 bulan. ya ...ya ... saya faham, anda rugi tapi usahalah dan bersabar. inilah berniaga namanya. saya juga tahu teori yang menyatakan anda perlu tahu bila anda perlu berhenti jika perniagaan anda mengalami kerugian. "tanya pada diri, kenapa aku tak boleh sedangkan ramai peniaga diluar sana boleh melakukan nya". selalu saya percaya yang jawapan pertama saya fikir adalah jawapan terbaik untuk saya buat, tentu ada jalannya.
Saya nasihatkan anda untuk berniaga bersungguh-sunggguh. alang-alang mandi biar basah, alang-alang berniaga biar sampai kaya. Pendatang halal dan haram pun boleh berniaga menjadi kaya raya di malaysia kenapa kita tak boleh. bersungguh-sungguh lah. ada beberapa peniaga melayu yang saya jumpa mempunyai pendirian berbeza. kata mereka "saya berniaga nak senang sikit tak tergopoh datang ofice jam 7 sebab saya kerja sendiri dan ini syarikat saya sendiri". Ramai menyangka dengan berniaga mereka boleh bersenang lenang, SALAH. sepatutnya anda perlu lebih kuat berusaha, kalau dulu anda datang pejabat jam 8 sekarang berniaga anda datang jam 6 pagi.
No comments:
Post a Comment