Ramai tanya saya :: saya nak berniaga apa ya?
saya pun kurang pasti anda boleh berniaga apa, saya sekadar boleh menceritakan pengalaman saya.
Kalau anda masih bekerja, lepas kerja dan waktu malam anda boleh lakukan kerja part time untuk cari duit. ambil kertas dan buatkan rancangan perniagaan tentang idea anda, kalau boleh gunakan bisnes plan canvas. kalau anda sudah tidak bekerja lebih baik, anda boleh beniaga dan menjaja sepenuh masa.
Saya berikan contoh jika anda ada motor, beli tong dan letakan di belakang motor. beli barangan seperti martabak segera atau keropok atau kuih karipap segera secara borong, dan upahkan orang buat atau nak lagi untung buat sendiri. lepas tu jual ke taman-taman berhampiran anda dengan menjaja. jual kat pasar malam ke , up-town ke, jual di pejabat-pejabat ke. cubalah. untung anda mesti pastikan lebihkan 30%-40%, jangan kurang dari itu.
saya tanyakan adik yang selalu bawa jual barang dari rumah ke rumah tu dia dapat lebih RM500 sehari, kalau seminggu berapa untung nya kalau sebulan tuan/puan boleh kira sendiri. lebih 3000-4000 untung nya.
idea lain....ok apa yang anda boleh buat lagi. potong rumput boleh tak?. jika boleh anda ambil upah potong rumput kat taman-taman. tentulah kena modal sikit beli mesin rumput.
kalau upahnya rm30 sebuah rumah / sebulan. kalau sempat 5 rumah sehari wow banyak tu duitnya. (5 rumah x RM30 = RM150 x 20 hari / sebulan = RM3000. itu part time je..kalau malu, malas , ingat kerja tu tak professional...akhirnya sampai tahun depan pun tuan/ puan masih bertanya pada diri ...."nak berniaga apa ya"
saya cuma berikan idea je dan saya faham memang banyak masalah untuk buat. ini sebagai contoh dan ada 1001 contoh lain jika tuan mahu saya berikan idea..tapi untuk bermula janganlah banyak berikan alasan...dan bertindak cepat. sekarang....
Saturday, April 20, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment