Pengalaman ::
Sahabat saya seorang doktor mata, beliau telah berniaga 3 tahun tetapi dari hari ke hari perniagaannya semakin tenat. beliau masih bersemangat untuk berniaga kedai cermin matanya dan mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan semula jualannya.
Beliau membuka kedai cermin mata tersebut di sebuah pekan kecil yang mempunyai 3 kedai cermin mata yang lain yang sudah lama. kebanyakan penduduk telah lama dan selesa dengan kedai yang sebelum ini dah bertahun-tahun, itu alasan nya .
Dr. Nordin membuat keputusan untuk berhenti berniaga dan kecewa dengan kegagalan tersebut. Beliau telah hiang segalanya, kereta yang dulu mewah semasa beliau kerja telah dijual, rumahnya di Kuala Lumpur juga telah dijual untuk menanggung operasi perniagaannya.
Isterinya seorang guru yang banyak bekorban, mereka mempunyai anak 4 yang masih kecil. Dengan desakan berniaga akhirnya mereka terpaksa berpindah ke bahagian atas kedai dengan tinggal di situ dengan seadanya tanpa perabut.
Dr. Nordin kecewa dan berjumpa saya dan mengadu nasib. Saya mohon 3 bulan untuk beliau bersabar dan menjalankan seni perniagaan yang betul, Dr Nordin adalah seorang yang baik, tetapi kurang bercakap dan bercampur. sebenarnya saya lihat kedainya tidak ada cacat celanya, masalah besarnya adalah beliau kurang adakan promosi.
Kebanyakan usahawan kita memang baik dalam bidang teknikal tetapi ramai juga yang tidak belajar seni berniaga, seni pengurusan jika ada pun melalui pengalaman setelah gagal. Membuka sebuah perniagaan adalah lebih mudah dari mempertahankan nya.
Saya meminta Dr Nordin menyiapkan satu presentation tentang kesihatan mata. saya memintanya memohon memberi ceramah percuma kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan tahunan dengan tajuk kesihatan mata. Diakhir ceramah tersebut kami memberikan kopun promosi dan potongan kepada semua pelajar. Potongan bingkai cermin mata sehingga 70% kepada semua dan hanya boleh di tuntut oleh 5 orang pertama setiap hari sabtu sepanjang tahun. Semua boleh pakai kopun tersebut termasuk atuk, nenek, makcik asalkan ada kopun tersebut. peperiksaan mata diberi percuma.
Apa yang berlaku, akhirnya beraturlah setiap sabtu orang berkerumun datang ke kedainya. dari hari ke hari bertambah maju. jika anda peniaga baru sebenarnya perlu kita memberitahu orang tentang perkhidmatan kita dan mereka pelanggan perlu mencuba perkhidmatan kita terlebih dahulu dan mereka yakin. gunakan formula "1 bawa 5", jika satu pelanggan datang dan berpuas hati dengan perkhidmatan kita, mereka akan mempromosikan pekhidmatan kita pada orang lain.
Sebenarnya sebelum ini memang kedainya memberi promosi yang sama kepada pelajar tetapi mungkin target marketing nya tersalah.
Akhrirnya setahun telah berlalu, kawan saya seorang ini sudah boleh tersenyum lebar dengan penghasilannya sekarang. Beliau semakin yakin diri dan berterima kasih dengan saya. saya sebutkan berniaga perlu belajar selain kita tahu ilmu teknikal, berniaga ada seninya. Saya ajarkan beliau bisnes plan canvas untuk memperkukuhkan perniagaan nya, sekarang beliau sudah berkira-kira untuk membuat cawangan yang kedua. Dia suka saya lebih lagi suka.
Saya masih belajar ilmu berniaga ... hanya berkongsi pengalaman yang sedikit
Saturday, April 20, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment