Rakan kongsi terbaik adalah rakan sebilik anda |
Berniaga bukan hanya sekadar mereka yang mempunyai wang dan membuka kedai untuk berjual, anda perlu ada ilmu. Melayu perlu belajar dari bawah untuk tahu seluruh operasi perniagaannya.
Jika anda membuka restoran misalnya, perlulah tahu bagaimana menguruskan nya, bagaimana mencari tukang masak, pandai merasa masakan, tahu target pasaran, bagaimana melayan pelanggan walaupun semua itu tidak anda buat.
Jika anda pernah menjadi tukang masak dan masakan anda sedap itu bukan memasitikan perniagaan restoran anda berjaya. Anda perlu tahu lokasi, menu yang sesuai, budaya setempat dan lain-lain. Anda tidak boleh terlalu yakin dengan ilmu teknikal yang anda ada menjamin kejayaan walaubagaimanapun itu adalah kelebihan anda.
Kebanyakan mereka baru berniaga terus nak buka berniaga yang besar-besaran. walaupun tindakan itu tidak salah tetapi perlulah ukur baju dibadan sendiri. Mulakanlah kecil-kecilan, dan berkembang dari satu cawangan ke cawangan lain, dari satu jenis perniagaan ke perniagaan yang lain.
Belajarlah dari pengalaman, tanyalah dari orang lain, aplikasikanlah dari pembacaan. Ini semua penting untuk memastikan anda berjaya dalam perniagaan anda.Saya sudah jumpa mereka yang dari seribu modalnya berdekit-dekit mengumpul beratus ribu. saya juga saksikan mereka yang bermodal ratusan ribu akhirnya berhutang keliling pinggang.
Perkara paling basic adalah anda perlu belajar untuk berniaga. berniaga adalah satu seni memujuk orang lain memberi duit kepada anda dengan bersebab. ilmu teknikal yang anda tahu hanya sebahagian dari seninya.
Saya punya cerita yang menarik boleh dikongsikan bersama. satu ketika dulu saya ditemukan sepasang suami isteri separuh umur yang baru sahaja berhenti bekerja dari kerajaan. Beliau asalnya adalah seorang ketua jabatan dan mempunyai rangkaian kenalan dari ahli politik hingga pembekal. Dia berjaya mendapat pinjaman dari kerajaan bernilai jutaan ringgit. saya kagum dengan beliau.
Beliau membuat perniagaan baja oraganik. beliau terlalu yakin dengan apa yang beliau lakukan menghasilkan untung yang lumaian. malangnya beliau tidak membuat analisa pasaran sebelum membangunkannya. kadang-kadang untuk mendapat pinjaman dan bantuan kerajaan mungkin bukan perkara sukar jika anda punya kenalan dan kertas kerja yang dilakar cantik.
saya bertanyakan beberapa soalan dan prbincangan basic, adakah baja ini berkualiti, dimana mahu dipasarkan, sudahkah dibandingkan harga dengan pesaing. soalan-soalan mudah saya menjadikan beliau marah, kononnya saya tidak menyokong bangsa sendiri maju dalam perniagaan. saya berlalu pergi dengan belum sempat semua persoalan yang saya tanyakan kerana kebetulan saya pernah membuat kilang baja dan gagal.
Selang beberapa tahun, saya dikhabarkan kilang bajanya telah tutup. beliau hanya beroperasi selama 4 bulan dengan pelbagai alasan yang kononnya sukar mendapat pekerja, tidak ada sokongan dari peladang untuk membeli bajanya dan pelbagai masalah. Akhirnya mesin yang di beli menggunakan duit pinjaman ditarik oleh pihak bank.
Tetapi saya percaya dengan semangat kentalnya beliau boleh berjaya. Beliau perlu belajar dan pengalaman kegagalan itu menjadi salah satu silibus pembelajaran beliau. anda tidak perlu sombong untuk belajar walaupun sudah berjaya.
sila share kepada sahabat yang minat berniaga
1 comment:
selalu dan amat kerap bila cari seni berniaga di internet hanya seni berniaga orang cina yang paling popular...text tentang melayu berniaga hanyalah dari sudut negatif sahaja..melayu ni tak pandai berniaga ke??amat lah diharap agar orang melayu lebih buka mata dalam seni berniaga...terima kasih.
Post a Comment