Wednesday, April 24, 2013

Masalah orang berniaga 02 :: gagal mengurus aliran tunai



Aliran tunai penting bagi memastikan pembelanjaan dibuat mengikut budget yang telah ditetapkan. Perkara ini memerlukan disiplin yang tinggi oleh usahawan.

Selalunya yang berlaku adalah kerana usahawan menggunakan duit lebih dari pendapatan yang di perolehi. Kawal pembelanjaan kecil, ini yang selalunya merugikan kita.

Asingkan gaji dengan pendapatan bisnes, anda sebagai usahawan harus mengambil gaji dan mengasingkan duit bisnes dengan duit pribadi. Ada sesetangahnya pula membelanjakan duit dengan perkara yang kurang penting.

seorang kenalan saya suka sangat menukar warna cat kedainya dan membuat renovation kecil kedainya setiap 6 bulan sekali. Jika pembelanjaan yang anda keluarkan tidak boleh meningkatkan jualan syarikat, anda perlu berfikir 2 kali sebelum bertindak.

Anda perlu mengurus aliran tunai syarikat dengan baik, jangan belanja lebih dari pendapatan yang di perolehi. perlu tahu bila masa yang sesuai untuk memberhentikan sesuatu.

Masalah orang berniaga 01 :: tidak merancang



Antara masalah utama bagi kebanyakan peniaga adalah gagal merancang atau tidak tahu merancang. Kadang-kadang jika mahu membuka sebuah kafe misalnya bukan sekadar anda tahu memasak sudah cukup untuk berjaya dalam bidang tersebut. 

Ramai orang berniaga hanya terikut-ikut orang lain berniaga, nampak satu perniagaan kawannya maju dan di ikutnya untuk berniaga jenis yang sama, lebih malang lagi di tempat yang sama. Walaupun anda menjalankan perniagaan yang sama tetapi anda perlu sedar yang anda akan menghadapi masalah yang berbeza dan suasana yang berbeza untuk di selasaikan.

Walaupun sesetengah mereka merancang tetapi perancangan yang dibuat salah dan tidak sesuai dengan masa, tempat dan keadaaan. Perancangan yang di buat tidak mengikut kaedah yang betul.

Mereka hanya memikirkan keuntungan yang bakal di perolehi dari memikirkan perkara-perkara seperti pasaran , ekonomi setempat , faktor lain yang berubah dan lain-lain. Akhirnya perniagaan tadi tidak akan bertahan lama.

saya jumpa antara mereka yang membuka franchises pada mulanya mendapat keuntungan yang lumaian tetapi akhirnya pendapatan mereka merundum disebabkan faktor persekitaran. contohnya anda membuka kafe franchises itu hanyalah di taman perumahan yang tidak mempunyai cukup ramai orang. tak mungkin jika kedai makan atau ais krim mereka nak beli setiap hari dengan makan makanan yang sama dan akhirnya terpaksa di tutup.

renung-renungkan

Sunday, April 21, 2013

Pagi isnin

Salam ceria,

Enam langkah demi langkah menyelesaikan kerja yang bertimbun pagi isnin::

1. Sampai office kemas meja, atur barang-barang ditempat yang betul jangan berserabut.
2. List semua perkara yang terfikir tentang kerja, sama ada melibatkan anda atau orang lain. Cth :: kertas kerja A belum siap, nak siapkan hari ni. contoh lain :: Si pulan belum siapkan kertas kerja B.
3. Delete semua senarai yang melibatkan orang lain, tulis semula perkara yang HANYA melibatkan diri anda. Tentu senarainya jadi pendek.
4. Tulis semula dengan mengikut keutamaan kerja.
5. Senyum dan mulakan perkara yang pertama dan lakukan seterusnya.
6. Terus fokus siapkan kerja-kerja tadi

selamat mencuba dan moga semua ceria pagi isnin yang indah ini.

Saturday, April 20, 2013

cari duit part time

Ramai tanya saya :: saya nak berniaga apa ya?

saya pun kurang pasti anda boleh berniaga apa, saya sekadar boleh menceritakan pengalaman saya. 

Kalau anda masih bekerja, lepas kerja dan waktu malam anda boleh lakukan kerja part time untuk cari duit. ambil kertas dan buatkan rancangan perniagaan tentang idea anda, kalau boleh gunakan bisnes plan canvas. kalau anda sudah tidak bekerja lebih baik, anda boleh beniaga dan menjaja sepenuh masa.

Saya berikan contoh jika anda ada motor, beli tong dan letakan di belakang motor. beli barangan seperti martabak segera atau keropok atau kuih karipap segera secara borong, dan upahkan orang buat atau nak lagi untung buat sendiri. lepas tu jual ke taman-taman berhampiran anda dengan menjaja. jual kat pasar malam ke , up-town ke, jual di pejabat-pejabat ke. cubalah. untung anda mesti pastikan lebihkan 30%-40%, jangan kurang dari itu.

saya tanyakan adik yang selalu bawa jual barang dari rumah ke rumah tu dia dapat lebih RM500 sehari, kalau seminggu berapa untung nya kalau sebulan tuan/puan boleh kira sendiri. lebih 3000-4000 untung nya.

idea lain....ok apa yang anda boleh buat lagi. potong rumput boleh tak?. jika boleh anda ambil upah potong rumput kat taman-taman. tentulah kena modal sikit beli mesin rumput.

kalau upahnya rm30 sebuah rumah / sebulan. kalau sempat 5 rumah sehari wow banyak tu duitnya. (5 rumah x RM30 = RM150 x 20 hari / sebulan = RM3000. itu part time je..kalau malu, malas , ingat kerja tu tak professional...akhirnya sampai tahun depan pun tuan/ puan masih bertanya pada diri ...."nak berniaga apa ya"

saya cuma berikan idea je dan saya faham memang banyak masalah untuk buat. ini sebagai contoh dan ada 1001 contoh lain jika tuan mahu saya berikan idea..tapi untuk bermula janganlah banyak berikan alasan...dan bertindak cepat. sekarang....

Marketing penting dalam seni berniaga

Pengalaman ::

Sahabat saya seorang doktor mata, beliau telah berniaga 3 tahun tetapi dari hari ke hari perniagaannya semakin tenat. beliau masih bersemangat untuk berniaga kedai cermin matanya dan mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan semula jualannya.

Beliau membuka kedai cermin mata tersebut di sebuah pekan kecil yang mempunyai 3 kedai cermin mata yang lain yang sudah lama. kebanyakan penduduk telah lama dan selesa dengan kedai yang sebelum ini dah bertahun-tahun, itu alasan nya .

Dr. Nordin membuat keputusan untuk berhenti berniaga dan kecewa dengan kegagalan tersebut. Beliau telah hiang segalanya, kereta yang dulu mewah semasa beliau kerja telah dijual, rumahnya di Kuala Lumpur juga telah dijual untuk menanggung operasi perniagaannya.

Isterinya seorang guru yang banyak bekorban, mereka mempunyai anak 4 yang masih kecil. Dengan desakan berniaga akhirnya mereka terpaksa berpindah ke bahagian atas kedai dengan tinggal di situ dengan seadanya tanpa perabut.

Dr. Nordin kecewa dan berjumpa saya dan mengadu nasib. Saya mohon 3 bulan untuk beliau bersabar dan menjalankan seni perniagaan yang betul, Dr Nordin adalah seorang yang baik, tetapi kurang bercakap dan bercampur. sebenarnya saya lihat kedainya tidak ada cacat celanya, masalah besarnya adalah beliau kurang adakan promosi.

Kebanyakan usahawan kita memang baik dalam bidang teknikal tetapi ramai juga yang tidak belajar seni berniaga, seni pengurusan jika ada pun melalui pengalaman setelah gagal. Membuka sebuah perniagaan adalah lebih mudah dari mempertahankan nya.

Saya meminta Dr Nordin menyiapkan satu presentation tentang kesihatan mata. saya memintanya memohon memberi ceramah percuma kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan tahunan dengan tajuk kesihatan mata. Diakhir ceramah tersebut kami memberikan kopun promosi dan potongan kepada semua pelajar. Potongan bingkai cermin mata sehingga 70% kepada semua dan hanya boleh di tuntut oleh 5 orang pertama setiap hari sabtu sepanjang tahun. Semua boleh pakai kopun tersebut termasuk atuk, nenek, makcik asalkan ada kopun tersebut. peperiksaan mata diberi percuma.

Apa yang berlaku, akhirnya beraturlah setiap sabtu orang berkerumun datang ke kedainya. dari hari ke hari bertambah maju. jika anda peniaga baru sebenarnya perlu kita memberitahu orang tentang perkhidmatan kita dan mereka pelanggan perlu mencuba perkhidmatan kita terlebih dahulu dan mereka yakin. gunakan formula "1 bawa 5", jika satu pelanggan datang dan berpuas hati dengan perkhidmatan kita, mereka akan mempromosikan pekhidmatan kita pada orang lain.

Sebenarnya sebelum ini memang kedainya memberi promosi yang sama kepada pelajar tetapi mungkin target marketing nya tersalah.

Akhrirnya setahun telah berlalu, kawan saya seorang ini sudah boleh tersenyum lebar dengan penghasilannya sekarang. Beliau semakin yakin diri dan berterima kasih dengan saya. saya sebutkan berniaga perlu belajar selain kita tahu ilmu teknikal, berniaga ada seninya. Saya ajarkan beliau bisnes plan canvas untuk memperkukuhkan perniagaan nya, sekarang beliau sudah berkira-kira untuk membuat cawangan yang kedua. Dia suka saya lebih lagi suka.

Saya masih belajar ilmu berniaga ... hanya berkongsi pengalaman yang sedikit



Monday, April 15, 2013

Tips ke-5 :: Network Your Networks


Dalam berniaga anda perlu ramai kenalan, kenalan akan memberi anda bisnes dan peluang niaga. bantu dengan ikhlas kenalan anda dan insyaallah satu hari nanti mereka akan membantu anda dalam perniagaan. Anda boleh menambah kenalan anda dari rakan-rakan kenalan anda. bagaimana jika anda mengenali 5 orang rangkaian rakan anda, berapa ramai rakan anda sekarang?. sekarang tentu anda dapat bayangkan betapa berkesannya dan hebatnya rangkaian ini.

Tip ke-4 :: Jaga hubungan baik dengan pelanggan.



Hubungan baik dengan pelanggan dan bakal pelanggan adalah sangat penting. mereka yang telah pernah menggunakan produk kita adalah duta kita untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan kita kepada rakan lain. Mereke juga pastinya akan terus menggunakan perkhidmatan kita jika selesa.

Pemasaran melalui 'mulut ke mulut' adalah sangat berkesan kepada bisnes baru dan bisnes kecil. Hubungan baik ini boleh dilakukan dengan banyak cara sebagai contohnya melalui perjumpaan, e-mail, facebook, telifon dan lain-lain. Paling kurang hantarlah kad hari lahir atau kad selamat hari raya kepada pelanggan anda tanda ingatan anda pada mereka.

lebih-lebih lagi anda adalah pemilik perniagaan anda sekarang, mereka mahukan layanan anda. Selalunya berjayanya suatu barang itu dijual bukan kerana produknya tetapi siapa yang menjualnya.

Saturday, April 13, 2013

Tip ke-3 :: Gunakan facebook dan twitter untuk menarik pelanggan kenal produk dan bisnes anda dengan memberi beberapa 'kejutan'.

Satu hari satu Tip :: 50 stratigy pemasaran paling berkesan untuk perniagaan kecil.

Sebagai contoh :: 

Masukkan gambar produk dan perkhidmatan anda didalam facebook. Beri beberapa soalan kepada bakal pelanggan dan memberi hadiah kepada pemenang. sebagai contoh soalan nya berapa kotak produk yang berada didalam kotak tersebut?. cuba teka itu dan ini, anda perlu jujur dan mereka akan cuba menjawab dan share produk anda kepada rakan-rakan mereka.

contoh :: Berapa jumlah durian durian dibawah? atau berapa kilo berat durian tersebut ? cuba teka dan anda akan mendapat hadiah menarik dari saya.

dan anda sebenarnya menjual aiskrim durian atau kuih berasaskan durian atau anda ada dusun durian ....



Friday, April 12, 2013

Tip ke-3 :: Usah berhenti mencari rangkaian bisnes baru.

Satu hari satu Tip :: 50 stratigy pemasaran paling berkesan untuk perniagaan kecil.

Lebih ramai orang yang anda jumpa berkemungkinan lebih ramai anda berjumpa bakal pelanggan baru anda. Saya percara dari rakan boleh mendatangkan bisnes baru, saya mendapat banyak bisnes dari rakan-rakan saya membantu. 

Anda jumpa seorang dari mereka, mereka akan kenalkan 5 orang baru yang anda belum kenal sebelum ini. Ambil masa dengan mereka dengan sesekali minum kopi bersama mereka di warong dan sampaikan kepakaran anda, berkawan dengan ikhlas.

Beritahu plan bisnes anda dan masa depan anda dan kenapa bisnes anda terbaik. Mereka akan cadangkan nama anda kepada bisnes-bisnes baru mereka. insyaallah. Database pelanggan lah antara perkara penting untuk anda urus dengan baik.

Tip 2 :: Berkongsi pengalaman dan kepakaran bisnes anda secara percuma

Satu hari satu Tip :: 50 stratigy pemasaran paling berkesan untuk perniagaan kecil.

Berusaha untuk memberitahu kepakaran, credibility dan value bisnes anda kepada seberapa ramai orang diluar sana. Cuba berikan tip atau kongsi melalui seminar percuma kepakaran bisnes anda. Cara ini adalah cara yang terbaik melalui media massa tempatan, facebook atau blog dan forum. 

Banyak communities sekarang mempunyai forum / bulletin atau risalah sendiri dan cubalah masukan iklan anda melalui paper atau on-line forum mereka untuk iklankan diri anda. tidak semistinya semuanya perlu on-line berbaiklah dengan persatuan atau kelab di tempat anda untuk mereka kenal anda dan bisnes anda. Insyaallah berjaya

Tip 1 :: Anda perlu KELUAR dari kedai

Satu hari satu Tip :: 50 stratigy pemasaran paling berkesan untuk perniagaan kecil.

Tip 1 :: Anda perlu KELUAR dari kedai

Anda seorang usahawan jangan hanya menumpukan pelanggan datang ke kedai anda. Sekarang masanya sudah berubah, anda perlu keluar mencari pelanggan melalui media baru seperti media on-line seperti facebook, website dan blog, ada 13 juta pengguna facebook di Malaysia dan meningkat setiap hari. Lebih ramai orang berbicara tentang perkara yang lebih serious melalui on-line termasuk bisnes. Anda perlu mempunyai website atau facebook walaupun anda mempunyai kedai. menggunakan on-line membolehkan pelanggan terus berinteraksi dengan anda dan anda boelh bertemu potensi pelanggan anda disini. Update selalu informasi, gambar dan informal interaksi antara pelanggan dengan peniaga.

siapa yang berminat tip-tip pemasaran...

Friday, April 5, 2013

Tip usahawan ke-37 :: Nak berniaga perlu sabar dan usaha bersungguh.

Gambar Hiasan tiada kaitan dengan penulisan dibawah 
Subjek yang saya minat semasa zaman persekolahan dan di universiti dulu adalah subjek matematik. Subjek ini perlukan latih tubi yang tidak henti setiap hari untuk menguasainya. jika anda sudah menguasai sesuatu sub topik biasanya datanglah soalan macamanapun anda akan dapat menyelesaikannya dengan cepat dan mudah. lebih banyak latihan, lebih cepat anda boleh selesaikan soalan berikutnya. Kemahiran anda menguasai subjek itu adalah selari dengan latih tubi yang berterusan.

Saya gunakan anologi yang sama tentang perkara ini untuk pandai berniaga. didalam buku metametik ada banyak sub topik untuk anda menguasainya. anda perlu menguasai setiap sub topik dalam perniagaan dan buat latihan. semakin banyak anda berlatih, semakin minat anda buat dan semakin lama anda berpengalaman menjadikan anda semakin mahir menguasai ilmu perniagaan. kadang-kadang ada perlu gabungan pengetahuan dari semua sub topik tadi untuk menyelesaikan satu soalan rumit.

Dalam proses menguasainya anda perlu bersabar dan bersabar. mungkin anda tersalah cara jalan tetapi membuatkan anda lebih berhati-hati untuk menyelesaikan soalan seterusnya yang lebih kurang sama. gabungan pengetahuan pemasaran, pengurusan, operasi membuatkan anda cepat matang.

Saya pernah membuka beberapa perniagaan yang modalnya bukan sedikit dan pendapatan jualan kurang daripada overhead yang diperlukan. saya rugi 10 ribu sebulan dalam tempoh 6 bulan berturut-turut. Saya berfikir, saya mencari formula, saya mencuba pelbagai experiment, saya banyak belajar hingga saya berjaya membuatkan syarikat itu berkeuntungan dari keadaan rugi sebelumnya, membuatkan saya puas. Ini semua kerana saya pasti mesti ada jalannya penyelesaiannya dan perlu bersabar.

Jika anda membina sebuah perniagaan yang baru, ianya perlukan tenaga, perlukan idea, perlukan modal. cuba bayangkan anda membanggunkan sebuah restoran dengan kos renovation 300 ribu dan anda putus asa dengan usaha anda hanya kerana anda rugi sebulan 5 ribu. Jika anda teruskan anda baru rugi 5 ribu sebulan tetapi jika anda tutup sekarang anda sudah rugi 300 ribu sekaligus.

Dalam penulisan saya sebelum ini saya ada nyatakan yang anda sepatutnya mempunyai cash untuk wang pusingan selama sekurang-kurangnya 6 bulan. ya ...ya ... saya faham, anda rugi tapi usahalah dan bersabar. inilah berniaga namanya. saya juga tahu teori yang menyatakan anda perlu tahu bila anda perlu berhenti jika perniagaan anda mengalami kerugian. "tanya pada diri, kenapa aku tak boleh sedangkan ramai peniaga diluar sana boleh melakukan nya". selalu saya percaya yang jawapan pertama saya fikir adalah jawapan terbaik untuk saya buat, tentu ada jalannya.

Saya nasihatkan anda untuk berniaga bersungguh-sunggguh. alang-alang mandi biar basah, alang-alang berniaga biar sampai kaya. Pendatang halal dan haram pun boleh berniaga menjadi kaya raya di malaysia kenapa kita tak boleh. bersungguh-sungguh lah. ada beberapa peniaga melayu yang saya jumpa mempunyai pendirian berbeza. kata mereka "saya berniaga nak senang sikit tak tergopoh datang ofice jam 7 sebab saya kerja sendiri dan ini syarikat saya sendiri". Ramai menyangka dengan berniaga mereka boleh bersenang lenang, SALAH. sepatutnya anda perlu lebih kuat berusaha, kalau dulu anda datang pejabat jam 8 sekarang berniaga anda datang jam 6 pagi. 

Wednesday, April 3, 2013

Tip usahawan ke-97 :: Modal berniaga perlu efektif.


Ramai orang ingin berniaga, baguslah. Ramai juga antaranya, hasrat mereka terbantot disebabkan tiada modal perniagaan. Soalan yang sangat biasa saya terima dalam seminar-seminar saya adalah "dimana boleh saya dapatkan modal?". 

Jika saya katakan pada mereka berniaga tak semestinya gunakan modal? menyebabkan jawapan saya itu tidak berapa boleh diterima kebanyakan peserta. Jika anda berniaga kecil-kecilan anda tidak perlu menggunakan modal, modal anda adalah idea. Untuk bisnes pertama anda pilihlah perniagaan yang kuang menggunakan duit kertas sebagai modal. modal anda boleh tukarkan sebagai services dan idea berniaga. Itukan pilihan anda dan kuasa anda memilih bisnes apa yang anda mahu jalankan untuk dapat duit.

Satu lagi cara adalah jadikan pembekal kita sebagai modal kita, branding kan bisnes kita dengan kuasa 'trust'. saya beri contoh paling kecil, anda mendapat tempahan membuat kuih karipap 1000 biji. bolehkah anda bincang dengan tokey pekedai yang anda biasa ambil barang untuk mengambil dahulu tepung dan membayarnya esok setelah anda mendapat duit dari pelanggan. Jika tidak diberi cuba lagi perkara yang sama kepada pembekal yang lain. Saya faham ianya perkara yang sukar tetapi ianya lebih mudah daripada anda mencari modal dengan meminjam dengan saudara mara dan sahabat handai.

Kita pergi kepada persoalan pokok. Cerita tentang modal, biasanya jika anda mahu membuka satu perniagaan baru yang bermodalkan 100 ribu, berapa duit cash yang perlu ada pada anda atas tangan sekarang. Biasanya ramai usahawan jika mahu buka berniaga, bersemangat dan berjiwa besar. Kadang-kadang ada duit 100 ribu dibuat bisnes untuk kapasiti 300 ribu. sebanarnya , saya cadangkan jika modal permulaan bisnes anda jangkakan 100 ribu anda perlu ada 300 ribu ditangan.

mengapa ? kerana melalui pengalaman saya banyak bisnes yang dibuka dengan hanya modal cukup-cukup makan menyebabkan ramai peniaga menghadapi masalah selepas perniagaan itu beroperasi. Sebagai contoh sudah siap restoran cantik-cantik tak cukup duit untuk modal pusingan untuk beberapa bulan awal. Mereka juga tidak cukup modal untuk budget pemasaran macam mana orang nak tahu restoran anda baru dibuka, anda sudah jangkakan bagaimana nasib pemilik restoran tersebut ....kan..kan. Anda perlu ada duit lain untuk sekurang-kurangnya duit pusingan 6 bulan di awal perniagaan anda. Duit itu juga penting bagi perkara-perkara kecemasan.

Kita selalu harapkan panas hingga ke petang..rupanya hujan ditengah hari. oleh itu kita perlu ada payung mengelakan kita basahi hujan tadi, itu anologi saya tentang modal perniagaan anda perlu efektif. Saya membuka hotel pertama saya dengan modal yang sedikit, saya bernasib baik punya rakan-rakan dan pembekal yang menyokong saya. wang renovation yang saya buat boleh dibayar berperingkat setelah hotel saya beroperasi. saya menggunakan duit yang ada untuk operasi hotel dan duit luar jangka.

JANGAN ....JANGAN harapkan pinjaman baru anda nak fikir berniaga, memang tak jalan. Pihak bank hanya memberi pinjaman kepada 2 ketegori orang iaitu mereka yang kaya dan mereka yang nampak kaya, itu adalah pilihan anda.

Tip usahawan 102 :: Melayu perlu belajar berniaga dari bawah

Rakan kongsi terbaik adalah rakan sebilik anda


Berniaga bukan hanya sekadar mereka yang mempunyai wang dan membuka kedai untuk berjual, anda perlu ada ilmu. Melayu perlu belajar dari bawah untuk tahu seluruh operasi perniagaannya. 

Jika anda membuka restoran misalnya, perlulah tahu bagaimana menguruskan nya, bagaimana mencari tukang masak, pandai merasa masakan, tahu target pasaran, bagaimana melayan pelanggan walaupun semua itu tidak anda buat.

Jika anda pernah menjadi tukang masak dan masakan anda sedap itu bukan memasitikan perniagaan restoran anda berjaya. Anda perlu tahu lokasi, menu yang sesuai, budaya setempat dan lain-lain. Anda tidak boleh terlalu yakin dengan ilmu teknikal yang anda ada menjamin kejayaan walaubagaimanapun itu adalah kelebihan anda.

Kebanyakan mereka baru berniaga terus nak buka berniaga yang besar-besaran. walaupun tindakan itu tidak salah tetapi perlulah ukur baju dibadan sendiri. Mulakanlah kecil-kecilan, dan berkembang dari satu cawangan ke cawangan lain, dari satu jenis perniagaan ke perniagaan yang lain.

Belajarlah dari pengalaman, tanyalah dari orang lain, aplikasikanlah dari pembacaan. Ini semua penting untuk memastikan anda berjaya dalam perniagaan anda.Saya sudah jumpa mereka yang dari seribu modalnya berdekit-dekit mengumpul beratus ribu. saya juga saksikan mereka yang bermodal ratusan ribu akhirnya berhutang keliling pinggang.

Perkara paling basic adalah anda perlu belajar untuk berniaga. berniaga adalah satu seni memujuk orang lain memberi duit kepada anda dengan bersebab. ilmu teknikal yang anda tahu hanya sebahagian dari seninya.

Saya punya cerita yang menarik boleh dikongsikan bersama. satu ketika dulu saya ditemukan sepasang suami isteri separuh umur yang baru sahaja berhenti bekerja dari kerajaan. Beliau asalnya adalah seorang ketua jabatan dan mempunyai rangkaian kenalan dari ahli politik hingga pembekal. Dia berjaya mendapat pinjaman dari kerajaan bernilai jutaan ringgit. saya kagum dengan beliau.

Beliau membuat perniagaan baja oraganik. beliau terlalu yakin dengan apa yang beliau lakukan menghasilkan untung yang lumaian. malangnya beliau tidak membuat analisa pasaran sebelum membangunkannya. kadang-kadang untuk mendapat pinjaman dan bantuan kerajaan mungkin bukan perkara sukar jika anda punya kenalan dan kertas kerja yang dilakar cantik.

saya bertanyakan beberapa soalan dan prbincangan basic, adakah baja ini berkualiti, dimana mahu dipasarkan, sudahkah dibandingkan harga dengan pesaing. soalan-soalan mudah saya menjadikan beliau marah, kononnya saya tidak menyokong bangsa sendiri maju dalam perniagaan. saya berlalu pergi dengan belum sempat semua persoalan yang saya tanyakan kerana kebetulan saya pernah membuat kilang baja dan gagal.

Selang beberapa tahun, saya dikhabarkan kilang bajanya telah tutup. beliau hanya beroperasi selama 4 bulan dengan pelbagai alasan yang kononnya sukar mendapat pekerja, tidak ada sokongan dari peladang untuk membeli bajanya dan pelbagai masalah. Akhirnya mesin yang di beli menggunakan duit pinjaman ditarik oleh pihak bank.

Tetapi saya percaya dengan semangat kentalnya beliau boleh berjaya. Beliau perlu belajar dan pengalaman kegagalan itu menjadi salah satu silibus pembelajaran beliau. anda tidak perlu sombong untuk belajar walaupun sudah berjaya.

sila share kepada sahabat yang minat berniaga

Tuesday, April 2, 2013

Level seorang usahawan

Saya pecahkan kepada 3 'level' usahawan. level yang pertama adalah usahawan yang hanya pandai cari duit. Perkara ini sangat asas, dan dari usahawan yang berniaga kecil-kecilan hinggalah besar ramai pandai cari duit. Tapi mereka tidak sedar mereka baru sampai ke level pertama dalam ilmu keusahawanan. 

Kadang-kadang kebanyakan usahawan fikir dia sudah menjadi seorang usahawan yang berjaya jika sudah banyak duitnya. level ini hanya memerlukan anda pandai mencari duit contohnya anda berniaga apa pon asal mendatangkan duit termasuk beli barang lepas tu jual iaitu trading. Kadang-kadang jual itu dan kadang kadang jual ini. level ini kalau orang tanya "kau meniaga apa sekarang ?" jawabnya "semua aku buat kecuali menjual bulan dan bintang".

Level ke-dua dari anda pandai mencari duit, anda harus belajar memilih projek yang buat duit. contohnya dulu anda hanya menumpukan untuk mendapatkan duit tapi sekarang anda pandai mengira untung dan ruginya (ROI) dari projek yang dibuat. Anda sudah lebih matang memilih hanya perniagaan yang bertahan lama dan untungnya banyak yang anda buat. level ini anda sudah tidak hanya menjual tapi berniaga, anda tidaklah menjual semua barang untuk hanya mendapat duit.

Level ke-tiga dan yang paling penting adalah anda perlu pandai mencari orang yang boleh memcari duit untuk anda melalui berniaga. Jika anda masih bekerja untuk perniagaan anda itu bukan usahawan namanya, anda sebenarnya masih pekerja untuk bisnes anda. level ini perlu ambil masa untuk kematangan dalam perniagaan untuk sampai ketahap ini.

Level ini anda perlu memilih perniagaan yang anda rasa sesuai, langkah kedua anda perlu mencari pakar untuk mengurus perniagaan itu tadi, berikan kepercayaan penuh pada dia. setelah anda lihat perniagaan itu berkembang anda buat adjustment pada mana-mana yang anda rasa perlu buat dan terus buat untung.

Anda punya masa 24 jam sehari, kekayaan sebenar adalah kebebasan masa. Anda perlu menjadi usahawan yang bijak mengatur mesin-mesin duit anda untuk memberi lebih banyak duit kepada anda. anda perlu belajar bagaimana duit boleh bekerja untuk anda dan bukan lagi anda bekerja untuk duit.

Anda perlukan tip-tip teori saya dalam perniagaan, sila share supaya lebih ramai mendapat menfaat darinya. terima kasih:: Baharuddin Mohamed