Sunday, September 29, 2013
Tip marketing untuk butik bukan musim raya
1. Keluar dari kedai
Masuk ke pasar-pasar malam, terpulanglah nak guna van ke, kereta ke, motor ke tak kisah. cuba anda perhatikan orang kemboja menjual kain sepanjang tahun di pasar-pasar malam. Masuk tapak-tapak ekspo untuk menjual baju anda, ianya lebih baik dari baju-baju anda terperap tidak dijual. cari duit pusingan, jual murah sedikit dari harga butik membuatkan orang ramai terpaksa beli.
2. Projek sedekah
Anda mempunyai kedai butik, anda anjurkan tabung bersedekah baju kepada fakir miskin ke misalnya, anak yatim ke misalnya. buat pakej kepada mereka yang ingin menyumbang.
3. Projek pakaian seragam
Anda boleh mencuba memperkenalkan baju seragam berupa baju kurung dan baju batik untuk pejabat, untuk persatuan, untuk pelajar sekolah berasrama, pasukan kompang, pasukan yasinnan kampung dan banyak lagi. mereka akan menempah banyak lebih dari 30 pasang tempahan...itu kan berbaloi. buat iklan promosi dan berikan maklumat dan idea kepada mereka.
4. Idea kratif
Selain membuat baju kurung, cuba anda fikirkan kain-kain ni boleh buat apa? saya kurang mahir tapi tentu boleh dibuat. mungkin anda ada kain yang lebihan jahit yang lepas. mungkin anda boleh buat sarung bantal satu set dengan alas tilam untuk keluarga atau bilik anak-anak. Mungkin anda boleh buat alas komputer, penutup makanan dan lain-lain yang anda lebih arif...
5. Agen
Ini idea biasa melantik agen, tetapi pastikan mereka bayar..kalau tidak hutang anda makin menyempit. tumpukan kepada mereka yang bekerja..
6. Menjual secara on-line
Tetapi perlukan idea yang kratif, saya cadangkan anda memilih pelanggan sebelum masuk dalam bisnes on-line kerana sudah terlalu ramai mereka yang menjual secara on-line. Jika tidak mungkin anda hanya membuang masa anda.
saya berikan lagi 5 tip untuk anda...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment