Sejak kebangkitan rakyat indonesia dari tahun 1998, indonesia terumbang ambing dalam keadaan ekonominya. kebanyakan rakyatnya hidup dengan 2 dolor seminggu. tetapi dari tahun 2007 hingga 2012 menunjukkan peningkatan kuasa membeli yang meningkat mendadak disana. rakyat indonesia lebih dari 280 juta, mereka mempunyai kuasa beli sendiri tidak perlu dari pengaruh luar jika mereka mahu.
dari kajian menunjukan hanya dalam 5 tahun indonesia telah meningkatkan taraf hidup rakyatnya sebanyak 50 juta orang. ya benar saya juga selalu kesana, mereka sangat rajin dan saya rasa mereka akan menjadi kuasa ekonomi dunia 15 tahun yang akan datang bila dapat menyelesaikan beberapa perkara pentadbiran negara mereka terutamanya rasuah. Tetapi sejak kebelakangan ini perkara ini sedikit demi sedikit diselesaikan.
Akhirnya mungkin kita tidak akan mendapat pembantu rumah dan pekerja dari indonesia kerana negara mereka sendiri telah menjanjikan 'surga' bagi mereka.
persoalannya adalah peningkatan 50 juta orang dari berpendapatan rendah ke berpendapatan sederhana adalah satu gelombang yang sangat besar.
Beberapa sektor seperti pendidikan dan kesihatan menjadi tumpuan mereka. jika ada usahawan kita yang dapat melihat perkara ini sebagai peluang mungkin boleh mendapat manfaat darinya. mereka masih menghormati malaysia sebagai 'orang kaya' dan kalau kena gayanya boleh bergabung dalam bidang perniagaan.
Saya berikan contoh mungkin kolej atau universiti kita boleh membuka kampus yang lebih banyak di sana dan mempunyai kampus di sini, lihat sahaja sunway university lebih 50% pelajarnya adalah dari orang kaya indonesia. begitu juga hospital , mungkin boleh kita buka disana dan mempunyai hospital kembar disini. mungkin malaysia boleh menumpukan kepada perkhidmatan hospital yang lebih baik perkhidmatan nya dan kepakarannya. mereka yang datang bukan sahaja melancong tetapi mereka datang untuk berubat. banyak bangunan pencakar langit dan shopping market disana baru dibuka kebelakangan ini.
dari hanya menumpukan pasaran online malaysia apa salahnya kekawan yang membuat bisnes on-line melihat pasaran ini juga..fikir-fikirkan.
mereka maju kerana mereka mahu berubah
buah fikiran subuh
Tuesday, September 3, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment