Friday, September 20, 2013
Small Marketing Changes With a Big Impact
1. Letak link facebook / tweeter didalam setiap email yang anda hantar.
Perkara ini nampak simple tetapi berkesan. ini menambah lagi jika anda berikan beberapa promosi kepada mereka. bisnes anda akan berkembang dengan sendirinya.
2. letak info bisnes anda didalam business card anda.
idea :: Memang jarang orang buat tetapi ianya tidak mustahil dimana mereka yang dapat business card dari anda dan dibelakang card tersebut anda berikan 10% potongan harga kepada produk anda, kerana mereka adalah rakan anda. idea yang lain adalah anda meletakkan gambar produk yang anda jual. ini semua bergantung kepada bisnes apa yang anda jalankan.
3. Penyediaan website produk dan syarikat
Perkara ini seperti boleh dikatakan wajib, masalahnya banyak peniaga memandang ringan perkara ini. website syarikat lebih-lebih lagi produk perlu diselenggara dengan baik, dengan gambar yang baik. kini zaman IT ramai pelanggan dan bakal pelanggan kita akan melihat website kita sebelum memilih produk kita.
4. Position yourself as an expert.
Anda membuat beberapa produk atau perkhidmatan, periklanan ini adalah percuma dan ianya berkesan. Anda akan dicari orang tentang produk tertentu atau perkhidmatan tertentu jika mereka tahu anda adalah pakarnya.
5. Iklankan perkhidmatan anda pada website / blog yang mempunyai bisnes yang mempunyai perkaitan.
Jika anda mempunyai syarikat catering, mungkin link facebook atau blog anda boleh ada di website mereka yang menjual card khawin secara on-line.
6. Phone marketing dan SMS marketing
pelajari teknik phone marketing dan SMS marketing, cubalah mendalami cara ini dan mungkin ianya berkesan. perincikan produk anda atau perkhidmatan anda dan buatkan supaya ianya boleh dijual melalui phone
7. Test, measure and test again.
Walau telah saya berikan beberapa tip marketing yang berguna untuk syarikat dan perniagaan anda, perkara ini perlu anda lakukan. anda perlu mencuba pelbagai cara, test , measure dan cuba sekali lagi memastikan keberkesanan percubaan anda tadi.
semoga berjaya
coach bahar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment