Thursday, September 26, 2013

Bagaimana anda mahu lakukan untuk bersara awal ?




Biasanya umur persaraaan adalah antara 60 - 65 tahun, tidak mustahil untuk anda merancang untuk bersara lebih awal dari itu. Saya berikan 15 tip bagaimana anda boleh bersara awal dari umur persaraan. beberapa perkara perlu anda buat dan ikut peraturan yang telah saya berikan.

1. Rancang umur persaraan anda.
Anda perlu menetapkan matlamat umur berapa untuk anda bersara, misalnya umur anda sekarang adalah 37 tahun, mungkin anda mahu bersara pada umur 40 tahun.

2. Learn to manage finances.
Terdapat banyak cerita orang yang menang loteri berjuta dan akhirnya papa kedana. sebelum anda memikirkan bagaimana boleh anda mendapat banyak lagi duit , anda perlu belajar bagaimana menguruskan duit dengan baik. mulakan simpanan untuk hari persaraan anda. Mula untuk berjimat dan membeli perkara yang lebih penting terlebih dahulu.

3. Belajar
Anda harus belajar sesuatu yang anda minat sebelum anda bersara, jika ada degree atau diploma lebih baik. jika tidak anda boleh menumpukan beberapa perkara kemahiran yang boleh mendatangkan duit bila zaman persaraan nanti.

4. Membuat simpanan awal dan lakukannya sekerap mungkin
Lebih kerap dan lebih awal anda menyimpan lebih cepatlah anda pencen. gaji sekarang anda asingkan siap-siap untuk anda menyimpan. buat satu tabungan khas yang tidak diusik dan target untuk jumlah yang kita dapat. Saya nasihatkan untuk menyimpan sekurangnya 10% dari hasil bulanan anda.

5. Reduce your expenses.
Anda bukan semestinya mengikat perut untuk tidak berbelanja. Cuba ambil kertas dan senaraikan apa yang anda beli dan belanja setiap bulan. sebenarnya lebih 15% yang anda beli adalah perkara yang anda tidak perlukan. 

No comments: